SAMBUNGAN DARI SIRI 1
Dalam keadaan kepenatan seperti mahu tidur aku melihat lembaga tadi turun ke arahku dan mendepangkan kedua tangannya dan menggayakan seperti sebuah jurus lalu kedua tangannya di halakan ke arah tubuhku , terpancar 1 sinaran warna kebiruan seperti sedang "scan" seluruh tubuhku, Lembaga seperti manusia ini lalu mengangkat sebelah tangannya di hadapan dada dan mengangkat ke atas , tubuhku terasa di angkat dari dalam air dan kemudian di layangkan di hadapannya , kemudian 2 jarinya menyentuh dada di bahagian jantung dan memasukkan sesuatu seperti sebuah energy . Alhamdulillah terasa tubuhku kini kembali bertenaga seperti mula mula melakukan perjalanan astral.
Jelas kelihatan di hadapanku 1 lembaga lelaki berambut putih dan berjanggut putih separas dada , usianya sekitar 40-an menurut tafsiranku, dia sedang memandang sambil tersenyum dan kedua tangannya di belakang " Mari ikut Beta " ajaknya sambil berjalan ke sebuah lorong, aku hanya mengikuti dari belakang.
Kelihatan taman taman yang cantik di kiri dan kanan kami dan di hadapan kami tersergam sebuah Bangunan yang indah berdiri
Bentuknya tinggi tinggi, setiap bahagian yang meruncing adalah lebih tinggi dari bahagian yang lain dan ia di penuhi cahaya putih sementara bangunannya di perbuat dari emas, "Wah mesti kebanyakan rezab emas dunia sudah berpindah ke sini , Inilah Emas Harta Qarun Yang sentiasa bergerak dan ada di dalam Kitab Kitab Lama" Bisikku kepada diri sendiri.
Kami terus berjalan namun perjalanan itu tidak perlahan, 1 langkah seperti 5 langkah jadi perjalanan kami lebih pantas, aku melihat cahaya di atas ...Ya ia masih ada. hatiku gelisah kembali.." Ah.. apa mau buat sudah kena tahan di sini, teruskan saja " Bisikku lagi "...sementara jasadku di kedai member sudah ku tahu pasti selamat kerana kalau dia nak tutup kedai sekalipun dia tidak akan membangunkanku dan pernah dulu aku tertidur lelap di kedainya sehingga jam 2pagi, kedainya cuma menggunakan door password dan aku di berikan kebenaran menggunakannya. Yang aku risaukan kini ialah cahaya tersebut, sekejap terang sekejap malap seolah olah kian memanggil manggil diriku ke atas sana.
Kami sampai di Halaman Bangunan tadi dan ia mempunyai lorong lorong kecil dan setiapnya menuju ke arah Sebuah Gazebo berwarna putih , kiri kanannya di hiasi dengan Pokok Teratai emas dan airnya kebiruan jerneh sampai dapat melihat awan awan di bawah.
" Silakan duduk " Kata lelaki ini.. Aku hanya menuruti perintahnya , lalu muncul 1 teko panjang dan 2 gelas yang bentuknya aneh seperti bunga , minuman panas yang di bawakan itu amat berbau wangi dan menenangkan sekali, corak di bahagian tepi teko aneh itu kelihatan bergerak gerak , corak itu ialah corak seorang perempuan yang sedang menari sambil duduk mengiring, aku agak teruja juga kerana di kerajaan kami dan lain lain kerajaan yang biasa aku lawati tidak pernah terjumpa teko se aneh itu. Lelaki ini tersenyum memandang wajahku yang sedikit excited melihat teko dan cawannya. " Itu cuma sebuah bekas air biasa" ... " owh ya siapa gerangannya kamu dan mengapa sampai ingin melewati sempadan lapisan dunia?" tanyanya dengan berhemah... aku membetulkan kedudukan dan merenung wajahnya sambil berkata " Patik pemerintah kerajaan Kota Kayangan yang terletak di sini " sambil membuka jari telunjuk dan ibu jari dan keluar energy halus berupa peta dan kemudian aku zoom kan ( Macam zook skrin hp ) di arah yang tepat ke arah kedudukan istana Kota Kayangan ...." Jujur dan ikhlas sekali " balasnya sambil melihatku " Ku kira tadi kamu ialah utusan jin yang ingin mendengar berita di langit , nyata tuan hamba juga adalah dari sebuah kerajaan, maka seharusnya kita berbual di dalam bahasa lebih halus " balasnya lagi... Aku pun bertanya kembali kepadanya " Siapakah Gerangan Tuan Hamba?" soalku teruja.. " Hamba Ialah pemerintah Kerajaan Ini , Kerajaan Awan Ke 5 ( Nama kerajaan di rahsiakan ), nama Hamba Bailin " Semasa dia menyebutkan namanya Bergegar kawasan sekitar dan bergemalah Nama itu di seluruh pelusuk Awan dan bangunan walau suaranya cuma bernada rendah dan lembut. Aku terkejut mendengar Nama itu dan dengan segera bangun separuh badan dan duduk di bawah sambil mengadap sembah " Ampun Tuanku, patik mohon maaf , patik tidak tahu dan ini adalah kali pertama kita berjumpa , Namun patik tahu siapakah Raja Bailin, Pemerintah tertinggi Alam Ghaib di dunia ini yang kesaktiannya mampu memusnahkan 100 kerajaan dalam sekelip mata" kataku sambil menundukkan mata.. Raja Bailin cuma tersenyum " Bangunlah, tidak perlulah melutut di bawah , mari duduk bersama Beta " Katanya . Aku bangun kembali dan duduk di kerusi sebelumnya. "Jika aku mampu memusnahkan Kerajaan Ledang Tahun 2000 dengan sekali hentakan tumit, Raja Bailin ini mampu memusnahkan 100 Buah Kerajaan besar dengan hanya mengerlipkan matanya, ya itu barulah datangnya asal usul " Sekelip mata ", Bisikku kepada diriku sendiri, Aku memandang matanya dan dia merenung sambil tersenyum seolah olah mengetahui isi hati ku. " Adakah nama tuan hamba Tengku Raden Wirna Wijaga?" Tanyanya kepadaku.. " Ya Tuanku " Balasku Pendek... " Tadi beta melihat Tubuh tuan Hamba tidak berdarah Raden tapi berdarah Indera Astana, mengapa perlu memakai gelaran Raden yang lebih rendah dari Gelaran Indera Astana itu?" Tanyanya lagi perlahan.. " Gelaran itu di berikan oleh Almarhum Sultan Mohammad ******** Bapa Mertua Hamba 1 ketika dahulu , lagipula Moyang hamba sudah melakarkan nama ini hampir di semua Kerajaan di Nusantara dan Hamba di kenali dengan Gelaran ini" Balasku bersungguh..." Ah... adakah Moyang Tuan Hamba Bergelar Raden Sako Mahawangsa Yang juga gelarannya di berikan Oleh Sultan tersebut?".. Tanya Raja Bailin.. " Ya Tuanku " Balasku. " Tersangat merendah diri keluarga Tuan Hamba, Beta berasa amat teruja dan gembira bertemu tuan Hamba, Sudah Lebih 1400 Tahun lebih Beta tidak berjumpa Makhluk lain selain hanya dari Atas sana ( Sambil menunjuk ke atas ) dan juga di Negara ini "...Katanya sambil sedikit muka kecewa " Semenjak hadirnya terpisah hari di antara bumi dan langit, bangsa kami terpecah belah kepada beberapa bahagian dan kemudian setelah itu kami di berikan tugasan Khas oleh kerajaan langit untuk menjaga kebajikan manusia, dan sudah tentu tugasan itu juga sudah sampai ke Dalam Tabut kerajaan Tuan Hamba bukan ?" Tanyanya lagi .." Ya ..Ada..Ia di perturunkan dari generasi ke generasi kami juga " Balasku..." Minumlah " Pelawanya sambil menunjukkan ke arah Cawanku sendiri , Aku segera mengambil cawan itu dan menggunakan kedua tangan untuk memegangnya, ketika aku meminum air yang beraroma luar biasa itu aku melihat di dasar cawan ada gambar Seorang wanita luar biasa cantiknya , dan semasa aku mendongakkan kepala untuk memudahkan minum di bibir.... gambar wanita ini berubah menjadi tidak berpakaian ( Berbogel ), hanya sempat sedikit minuman ini masuk ke tekak aku, lantas aku menurunkan gelas itu semula dan meletakkan ke atas meja, muka ku menjadi merah. Raja Bailin melihatku dan ketawa .. "kerana itulah gelasnya kecil namun boleh di minum berjam jam lamanya" Katanya .. " Tidak sopan melihat tubuh wanita begitu lama lama, carilah jalan bagaimana untuk meminumnya tanpa ia menanggalkan pakaian"..sambungnya lagi... " Dugaan apakah ini" bisik hatiku.... Aku mengambil semula cawan ini dan melihat ke dalam, wanita ini kembali berpakaian.. bagaimanakah aku hendak meminumnya tanpa melihatnya berbogel?... lalu ku cuba sekali lagi meminum dengan berhati hati , rupanya ialah kena menundukkan sedikit kepala dan tidak mendongak ketika meminumnya.. bermaksud dengan erti kata lain , jangan meminum air tuan empunya cawan dengan melihat wajah pemiliknya kerana ia jelas kurang adab dan ada perasaan was was. Sebuah pelajaran yang halus ertinya ku pelajari , kemudian aku tersenyum sambil memandangnya.
Perbualan kami agak lama juga cuma untungnya terawangan 1 minit ini seperti lebih dari setengah jam, jadi kami dapat meluangkan waktu lama dari masa dunia sementara cahaya di atas masih mengerlip ngerlip ke arahku.
Banyak perbualan kami mengenai perjanjian Lama, Tabut Tabut ( ertinya kotak emas ) serta Tabut Sulaiman dan lokasi tepatnya di mana , mengenai usaha musuh musuh Allah untuk memusnahkan semua ugama dan kemudian mewujudkan sebuah kerajaan yang ada ugama namun bersifat bebas ( Tiada iman dan berakhlak pura pura ).
Kemudian Soalan yang ku tunggu pun tiba ... Cara perbualan kami juga sudah berubah dari biasa lebih kepada formal Di Raja " Tengku melewati semua kerajaan Awan sehingga mahu terus ke atas untuk tujuan apa ?" Tanyanya kepadaku. " Patik ingin mengikuti cahaya itu " kataku sambil menunjukkan kepada cahaya berkenaan, Raja Bailin melihat ke atas dan tersenyum.." Ahh, cahaya itu ialah dari kerajaan antara langit dan bumi, kerajaan lebih atas dari kerajaan ini.... ia memang sudah ada agak lama bercahaya begitu, tapi Beta tak menyangka pula ia sampai kepada Tengku di bawah" Katanya kepada aku. " Patik ingin mengikutinya kerana sudah lebih 2 pekan patik terganggu dengan bermacam macam bunyi yang keluar dari cahaya ini" Balasku kepada Raja Bailin... " Maaf Tengku. Jika menurut Beta dan Perjanjian Lama dulu Dari sini sehingga ke kerajaan dasar kita tidak boleh mencampuri permasalahan yang berlaku di atas sana, baik ada pelawaan atau mahu naik dengan sendiri atas tujuan tertentu..Namun.. Jika ia memudaratkan Tengku, maka ada tujuan baik untuk Tengku ke sana , Beta Akan memberikan Pelepasan khusus agar Kerajaan Kerajaan Lain tidak menganggu Perjalanan Tengku " Balasnya panjang...
Aku menarik nafas lega, Memang benar sebagaimana yang di ceritakan org terdahulu, Raja Bailin baik orgnya dan bertimbang rasa, Baginda di amanahkan untuk menjaga sempadan Antara Langit dan Bumi dan bertanggungjawab menjaga keselamatan bumi atas izin Allah SWT.. " Jika begitu Tuanku, Patik perlu segera ke sana , entah berapa lama lagi perjalanan patik ini" Kataku kepada Raja Bailin... " Nanti..." Balasnya sambil memegang lenganku... " Beta sudah lama tidak berjumpa saudara mara dari Kerajaan di Bawah kerana tiada urusan penting , jadi beta mahu kiranya kita menjadi saudara .. berikan beta Sehelai rambut Tengku" pintanya... Aku tercengang.. mahu apa dengan rambutku Bisikku.?.. tanpa berlengah aku memberikannya sehelai rambut dan Raja Bailin juga mencabut sehelai rambut berubannya..lantas tangan kanannya di halakan ..kedua rambut itu berterbangan perlahan lahan dan saling mendekati antara satu sama lain lalu berkembar menjadi 1, rambut ini menjadi warna perang keemasan dan kemudian muncul sebuah kotak kaca dan rambut ini dengan sendirinya masuk ke dalam kotak kaca ini ... Kini kotak itu berada terapung di tapak tangan Raja Bailin... Raja Bailin tersenyum " Ini ialah tanda kita bersaudara dan mulai hari ini Sesama kita beta gelarkan Tengku sebagai adinda dan Tengku Gelarkan Beta Sebagai Kekanda , Jika rambut ini bergetar maka ketahuilah Kekanda adinda berada di dalam kecemasan dan kekanda akan menghantar 1000 Pedang Kayangan untuk membantu" Katanya.. " Adinda menerima dengan hati terbuka, terima kasih Kekanda " Balasku gembira.. Mataku bersinar sinar... Pastinya Kini Kabel Kerajaan aku menjadi lebih besar dari biasa. " Owh ya adinda , sebelum itu mari ikut kekanda ke dalam istana , tapi kita harus pantas memandangkan adinda juga di dalam keadaan ingin cepat " katanya sambil memegang lenganku dan terus kami berada di dalam istana iaitu Singgahsana Raja Bailin... Tiada sesiapa di sini melainkan kami berdua
" Adinda lihat di sana" katanya sambil menunjukkan ke arah sebuah gerbang tinggi.." Ya Kekanda "... " Itu ialah gerbang terus ke kerajaan Dasar dan kerajaan Awan di bawah, nanti adinda pulang , singgah lah sebentar dan kemudian adinda boleh memasukinya untuk terus pulang ke Kerajaan adinda tanpa perlu bersusah payah " katanya lagi mempelawa.. Aku membongkokkan badan dan mengadap sembah " terima kasih kekanda di atas bantuan ini , Pasti ia lebih memudahkan adinda kelak " balasku . " Tak perlu menunduk Adinda, kita bersaudara kini, kita bukan di khalayak umum yang lain tidak perlu berhalus resmi istana " ucapnya sambil memegang kedua bahu dan menyambung kembali " Tapi.. gerbang ini cuma 1 hala adinda, apabila adinda memasukinya adinda tidak akan dapat kembali melaluinya melainkan menerusi cara yang sama adinda ke mari, jadi adinda perlu menghabiskan semua urusan adinda sehabisnya sebelum betul betul pulang" ucapnya panjang.." Baik Kekanda, Adinda akan gunakan sebaiknya " ... Sebelum berangkat , Raja Bailin meminta aku memilih 1 baju perisai dan 1 senjata Ajaib dari Kerajaan Awan ke 5.. Apa yang anda lihat di bawah ialah Ilustrasi yang hampir sama 90% dengan perisai yang di berikan, cuma warna perisai ini bewarna keemasan berkilau dan senjatanya tidak sama seperti ilustrasi
"Ia Mempunyai 5000 Sayap di bahu dan di pinggang dan mampu membantu adinda mencapai tempat yang jauh 7x ganda kecepatan kemajuan yang kerajaan dasar miliki, perisai ini juga mampu bertindak sendiri ( Mampu mengawal tubuh pemilik ) sekiranya adinda tidak sadarkan diri atau jika adinda memerlukan perisai ini menjadi dampingan adinda semasa berperang, busur yang adinda pilih ini di perbuat dari Bulu Burung Cenderawaseh dan besinya dari besi yang sentiasa mengetuk di angkasa , panahnya adinda hanya perlu tarik dan ia akan muncul dari energy adinda sendiri, energy kecil namun mampu memusnahkan sebuah gunung kerana ia terhasil dari kekuatan 2 sumber yang ajaib, Ambillah sebagai pemberian kekanda dan kenang kenangan "
" Terima kasih kekanda, amat besar pemberian kekanda ini kepada adinda, adinda amat menghargainya " balasku kepada nya ( Panah ni hanya pernah di gunakan sekali pada tahun 2004 di sebuah lautan dan kesannya amat dasyat sehingga dunia manusia pun terbias dengan kesan bencananya dan ia amat di kesalkan sehingga ke hari ini )
" Izinkan Adinda mengikuti cahaya ini ya kekanda, nanti pulang adinda akan singgah melawati kekanda sebelum berangkat pulang " Kataku sambil memegang tangannya..Raja Bailin cuma menganggukkan kepala dan tersenyum.
Aku lantas memandang ke atas dan terus terbang ke atas, sehingga sudah agak di kelajuan maksima aku membuka kesemua sayap di baju perisai ini dan sekelip mata perjalanan itu lebih laju dari yang di sangkakan... cahaya... di manakah ingin kau bawaku......Di manakah Penghujungnya....suara apakah itu?...........
BERSAMBUNG......
Alhamdulillah. jauh perjalanan luas pengalaman. semoga Allah permudahkan segala urusan tok di dunia nyata arai ghoub
BalasPadamIn sya Allah tuan. Terima kasih
PadamMemang menakjubkan pengalaman Tok
BalasPadamSalam tok..nk tanya apa beza senjata astral yg dibentuk dri tenaga dalam dgn senjata yg ditempa dgn bhn2 tertentu mcm panah yg tok punya?
BalasPadamW. Salam wbt
PadamSenjata astral terbentuk dari tenaga pengamal. Sementara senjata yg di tempa khusus adalah dari bahan bahan asing yg mempunyai tenaganya sendiri. Berbeza dgn tenaga dalaman. Jika pengamal lemah maka tenaga yg di hasilkan juga lemah. Namun bagi senjata yg di tempat biarpun tenaga pengamal lemah. Namun daya dan kekuatan masih tetap kuat
Baik tok..tq for your explanation 👍👍👍
BalasPadamDahsyat. Teringat pla komik malaysia yg sy beli dulu ( penyokong komik malaysia sy ni hihi, sayang tenggelam oleh komik/manga jepun ). Dah stop release. Cerita pasal pontianak melayu pun ada. Pasal org tentera di ghaibkan ke alam bunian kemudian datang dgn kuda unicorn beserta panji2 utk bantu saudara yg bperang dgn komunis.
BalasPadamPaling menarik dalam komik tu ada cerita pasal JUGANAH. Di awali dgn psidangan raja manusia, raja org bunian, raja org kayangan, dan maharaja tho tham ghi yam ta li( seingat sy ada yg kata ni memang nama maharaja jin yg real ) bsidang utk mengatasi ASYOYATIN, yg konon nya asalnya ada lah anggota elit raja kayangan sebelum berpaling menjadi anak murid iblis yg mana selepas kedapatan di kurung dan di penjara yg hanya ada ais entah apa tp iblis muncul dan membebaskan mereka dan gabung kan ketiga tiga jiwa mereka lalu menjadi Asyoyatin yg sering mencari Juganah pilihan nya utk membuat huru hara. Maharaja jin dgn yakin berkata kata bahawa Asyoyatin itu dari golongan nya maka mudah sj bagi nya utk memusnahkan nya namun dia di tegur raja kayangan kerana 2 di antara pengawalnya ( dah lupa panji dan purnama jalau tak silap) pernah bhadapan( cedera atau mati dah lupa). Maharaja jin marah dan menyalahkan raja kayangan kerana ini semua salah dia, lg2 Asyoyatin itu bekas pengawal nya. Namun dalam psidangan itu kedapatan la ada belalang boleh berkata kata yg di tangkap sebelum di bakar yg ketawa yg memberi amaran bahawa Asyoyatin akan datang kpd mereka.
Maaf tok. Kalau maharaja jin tho tham ghi yam ta li ni real, apakah Asyoyatin juga real?