keyword

Rabu, 5 Mei 2021

BENCANA AKAN TURUN TIBA

 Di Sebuah Kerajaan yang berada di sebuah pergunungan........


Keraian Menyambut pengantin baharu dan menyatukan pelbagai Negara, Negeri  di bawah 1 payung naungan di gegarkan dengan kehadiran Seorang Raja Kerajaan Awan yang di Kenali dengan nama Raja Bailin bersama 4 Panglima kanan dan kirinya, Kehadirannya dengan tidak semena mena di hadapan pintu Balairung menyebabkan semua pengawal menjadi kecoh dan para hadirin menjadi tercengang.Ada apakah Raja Kerajaan awan Tahap Teratas ini hadir di keraian ini?

Kerajaan kerajaan Ghaib ini kesemuanya ada lebih dari 118ribu namun umumnya ia merangkumi 3 kerajaan Besar yang di Perintah oleh 5 Raja di Kerajaan Awan , 10 Pemerintah di Kerajaan dasar dan 10 Pemerintah yang bergelar Sultan di Nusantara termasuk Sultan Brunei Darussalam.

Raja Bailin di kenali sebagai Seorang Raja paling terbaik di Langit pertama Namun antara Kalangan Dewa Dewi yang gagal memasuki Alam Kayangan sewaktu Pintu langit ingin di tutup bagi menyambut kelahiran Seorang Rasul pada zaman Dahulu. Akibatnya Mereka mereka ini tersadai dari Awan Paling tinggi, Awan Ke 4,3 2 dan 1 kemudian diikuti Puncak Gunung, Tengah Gunung, Bukit , Belantara , Hutan , Setinggi pucuk Lalang dan Akhirnya di tanah rata , Kelekaan mereka pada ketika itu lah yang menyebabkan mereka lalai untuk mengikuti suruhan Allah SWT.

Kisah ini banyak di Rekodkan di dalam kitab kitab lama di dalam pengajian Pondok Pondok Tua , oleh kerana ia bukanlah sebuah ilmu yang Di tuntut wajib untuk di pelajari maka ia hanya di simpan di dalam simpanan dan hanya di ajarkan kepada Mereka yang sudah melepasi Peringkat Pengajian Wajib ( anggap sahaja sebagai ilmu bonus ). 

Peringkat makhluk paling terakhir sebenarnya bukanlah berakhir di Awan Ke 5, Dan bukan beerti selepas awan ke 5 terus adanya kayangan, Tidak, Jika anda mempelajari ilmu ini maka anda akan mengetahui bahawa Selepas Kerajaan Awan ke lima ada pelbagai lagi Kerajaan lain malah masih ada Beribu ribu Kerajaan sebelum sampai ke tangga pertama Lagit pertama ( bermaksud langit pertama bukanlah sedekat yang di sangkakan Manusia ) melainkan kekuasaan Allah itu yang menyebabkan perjalanan Jibril AS pantas dan laju.

Lagi dekat mereka dengan Tangga pertama Langit pertama maka Lagi hebatlah kekuatan Kesaktian mereka , Ini bermakna Raja Bailin adalah Pemerintah Paling Kuat mendasari kekuatan seluruh pemerintah lain sehingga ke Bumi. 

Sebagaimana yang tok muda ceritakan bahawa golongan yang di gelar dewa dewi dan di puja puja manusia ini dulunya ialah kacukan Jin dan Manusia sewaktu zaman Nabi Sulaiman AS sama setarafnya dengan Ratu Balqis yang salah 1 dari ibu bapanya ialah Jin. Golongan ini di perintahkan Oleh Jibril AS atas suruhan Allah SWT untuk naik ke Langit pertama pada keesokan harinya kerana pada waktu itu langit akan tertutup, Namun kerana ada yang masih leka dengan permainan mereka maka ada yang tertinggal, ada yang sedar di Akhir masa cuba naik ke atas namun tidak sempat dan mereka terus kekal di atas sana sampai ke kiamat. 

Di dalam Ilmu Ghaib ahli spiritual mempelajari bahawa setiap peringkat yang di tempati makhluk kini juga adalah perancangan Allah SWT dan bukan di sengajakan, Salah 1nya ialah untuk menjadi ujian buat manusia dan juga ujian kepada mereka sendiri. 

Tidak terkecuali kepada Raja Bailin , baginda juga turut di sembah manusia sebagai seorang Dewa yang terkuat dan sering meminta minta kepadanya, Namun mengikut rekod sejarah di dalam kitab kitab lama ini mereka ini adalah dari golongan org org yang beriman kepada Allah dan kerana itulah mereka ingin naik ke atas dan tinggal di langit pertama sebagaimana yang di sarankan, cuma kerana mereka alpa dan sedikit lalai maka sangkutlah mereka di atas sana. namun sebagaimana yang tok katakan... ini juga adalah sebahagian dari perancangan Allah SWT. 

Golongan manusia yang cuma mempunyai Fahaman ini akan menyembah apa sahaja yang mereka sangka bagus , kita lihat dulu kisah Ayah Pin yang di sembah dan di puja puja..kita juga boleh lihat 1 Pemuda Bangladesh di Selangor kini di puja puja dan ramai org yang pergi berjumpa dengannya untuk mengambil berkat sedangkan perbuatan itu jelas syirik kepada Allah SWT.

===========================

Kawasan istana menjadi gegar gempita seketika apabila kehadiran Raja Bailin bersama 4 Panglimanya di lewati dengan Pancaran pancaran halilintar sebanyak 2x dan yang ketiga di susuli dengan halilintar emas, Kesemua hadirin Terhormat menundukkan kepala dan rakyat jelata kesemuanya terduduk kaku sebagai tanda hormat. Pintu Balairung seri terbuka dengan sendirinya ..sudah pasti ia terbuka kerana pancaran aura Raja Bailin yang hebat itu . 

Raja Bailin berjalan perlahan memasuki Balairung ke arah Singgahsana , DYM Tengku Raden Wirna Wijaga dan Ratu Sabiqin bersama Permaisuri Urduja sendiri pun bangun dari Singgahsana berdiri di sebelah Kanan dan Kiri Singgahsana " Silakan Tuanku " Kata Tok Sida Istana sambil mengiringi Raja Bailin ke Singgahsana. 

Kini Raja Bailin sudah berada di atas singgahsana , keadaan menjadi diam kaku, tiada apa pun bunyi walaupun seekor cengkerik. Keadaan menjadi hening . Tengku Wirna wijaga kian resah , peluh di dahi memercik keluar ..Kenapakah Raja Awan paling tinggi ini hadir di keraian ini .sedangkan memang sudah jelas bahawa Keraian setiap tahap adalah untuk tahap itu sendiri memandangkan Perbezaan Kasta Peringkat sudah lama di praktikkan, Raja Bagi Rakyat, Raja Bagi Jajahan, Raja Bagi Lapisan dan Raja Bagi Semua Lapisan Alam Dunia/bumi dan itulah dia Raja Bailin Raja Bagi Segenap Lapisan awan Ke 5 ke bawah sehingga ke pemerintah Alam dasar. Tidak mudah untuk berjumpa dengan Raja Ini kecuali hal hal yang berkaitan dengan keruncingan dunia di dalam agenda agenda Musuh Allah SWT. 

" Hmmmm" Kedengaran Raja Bailin Mengumam, Bunyi itu sendiri sudah membuatkan Tok Sida menjadi Cengeng. 

" Sudah berapa lamakah Keraian ini berlangsung sehinggakan Beta Berasa kalian sudah Kembali cuai untuk menjaga Kebajikan Manusia ?"

Tok Sida Berlari ke hadapan Tangga singgahsana Dan melutut seraya berkata " Sudah Hampir 80 Hari Tuanku" Katanya sambil menundukkan kepala sambil mengerling Sang Raja

" Siapa benarkan Kamu memandang Mata Beta Wahai Tok Sida? Tanyanya sang Raja Sambil melihat Tok Sida dan sekalian Hadirin..

" Ma..maaa.maaaf Tuanku, Patik tidak bermaksud kurang Sopan" Kata tok sida tergagap ketakutan.. Masakan tidak... dengan hanya sekali lambaian tangan sahaja jasad tok sida mampu menjadi Debu dengan kesaktian Raja Bailin ini. 

Raja Bailin kembali memandang Tengku Wirna Wijaga dan tersenyum lantas menoleh kembali ke sekalian hadirin sambil berkata " Tahukah kamu semua apa yang sedang berlaku di dunia manusia kini?".."Sementara kamu masih bersenang senang kerajaan kerajaan Awan ada yang sudah di musnahkan, bukan itu sahaja beribu kerajaan Di pergunungan hancur, malah Kerajaan Kerajaan kecil di Daratan sudah huru hara tiada pemimpin?"Sambungnya

" Beta berasa cukup hairan di manakah hampir lebih dari separuh pemerintah menghilang, rupa rupanya di sini sedang bersenang lenang Di Majlis Adinda Wirna Wijaga" katanya sambil menjeling ke Arah Tengku Wirna Wijaga yang masih menunduk ke lantai. ".Sudah pasti ucapan itu membuatkan Tengku Wirna Wijaga berasa gelisah dan dengan serta merta Tengku Wirna wijaga dan kedua isterinya Mengangkat sembah di hadapan Raja Bailin " Ampun Tuanku beribu ampun, Hadirin yang hadir tiada kena mengena di dalam Soal Kelalaian mereka memerintah, setiap dari mereka sudah pun melantik pemangku di kerajaan bagi menguruskan Kerajaan Dasar, lagi pula Keraian ini akan tamat dalam tempoh 3 hari akan datang memandangkan keadaan dunia Manusia yang kian huru hara, Patik juga sudah mempersiapkan bala......" kata kata tengku terhenti di situ kerana Raja Bailin Mengangkat Sebelah tangannya sebagai tanda Berhenti berkata kata.... 

" Kamu semua tahu bahawa Beta tidak akan turun ke sini jika tiada perkara paling penting antara Bumi dan Langit, masih lagi kamu ingin berkata kata?" tanyanya dengan muka bengis kepada Tengku Wirna Wijaga.... Peluh mulai menitis ke lantai Istana.. Ratu Sabiqin sendiri sudah mulai ketar kedua tangannya....

Raja Bailin mengalihkan pandangannya ke arah hadirin 

" Takdir Sudah di tetapkan bahawa hari ini dunia .... seluruh dunia akan berkocakan dan apa yang di janjikan Allah Akan hadir dalam masa sekejap lagi di Alam Manusia, seluruh Kekuatan Jin Kafir sudah di pusatkan untuk menyerang semua lapisan kerajaan yang di amanahkan Allah untuk melindungi Manusia"

" Hati hati pemimpin manusia sudah menjadi gelap dengan sihir Dajjal dan mereka sudah lagi tidak mengenal yang mana baik dan yang mana jahat , hati mereka sudah di sihir dan kini apa yang ada di dalam jasad mereka sudah keluar dan menunjukkan syaitan masing masing "

"Apabila seluruh kerajaan Ghaib di musnah atau di lemahkan, seterusnya kesaktian para manusia juga akan hilang dan yang tinggal pada ketika itu cumalah kudrat dan akal, iman dan taqwa kepada Allah SWT..kita....memang sudah lama tahu tentang pengetahuan ini, namun kewujudan kita adalah untuk menghalang perkara ini berlaku dan berharap agar dunia ini tidak segera di datangkan Kiamat oleh Allah..ini lah tugas kita dan inilah ujian buat kita dari Allah SWT"

" Apa..........kamu semua memandang remeh perkara kiamat ini?

"BENCANA AKAN TURUN TIBA, dan ini adalah salah kamu semua  akibat lalai Menjaga Semua gerbang dan kerajaan"

Tanya Raja Bailin dengan suara mendatarnya... Ya, lagi mendatar , lagilah semua hadirin tahu bahawa Raja itu sebenarnya sedang cuba mengawal amarahnya yang terbuku. 

" Keraian ini ....... tamat pada hari ini juga, namun Beta memberikan kelonggaran ia di tamatkan pada tengah malam ini   , selepas esok kesemua 4 panglima Beta akan pastikan semua Raja kembali ke Kerajaan masing masing dan menumpu perhatian kepada masalah ini dengan serius" Katanya dengan tegas sambil berdiri.

Raja Bailin berjalan ke arah Tengku Wirna wijaga dan memegang kedua bahunya " Bangunlah adinda.. "..Tengku Wirna Wijaga bangun perlahan lahan dan memandang wajah Raja Bailin itu. " Maafkan beta kerana perkara ini berlaku sewaktu hari kemeriahan adinda, namun hal ini tidak dapat di bendung lagi dan harus di ambil perhatian sepenuhnya, selamat penganti baharu adinda " katanya tersenyum sambil hilang dari pandangan..

Ada Kisah bagaimana DYMTRWW berkenalan dan berjumpa Raja Bailin sewaktu perjalanan menuju Ke Kerajaan Di luar kerajaan bumi , iaitu kerajaan antara langit dan bumi, di sana masih ada ribuan Kerajaan lain lagi dan salah 1nya sudah di kunjungi Tengku di atas urusan kunjungan persabahatan. 

Dunia kian tenat kini..... Hamba2 Dajjal sudah mulai mengeluarkan senjatanya yang memusnahkan nyawa dengan betul betul kali ini dan ia akan di susuli dengan senjata pemusnah peringkat lainnya


Wallahualam.Ini Sekadar sebuah Cerpen

10 ulasan:

  1. Terbaik tok.sambil layan karipap sambil bc kisah tok.sy ambil sebagai peringatan dan persediaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca buat syok2 noh, menambahkan lagi kesedapan karipap beliau

      Padam
    2. Aduiii...nak kena cari karipap plak ni...

      Padam
  2. Assalamualaikum tok ayah..tarik nafas pnjg lpas baca..smbung mengaji balik.

    BalasPadam
  3. Cerita tok buat karipap xsedap menjadi sedap.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum tok pada pendapat bang man ada baiknya pesanan Raja Baili. Mmg betul jika dalam sesebuah Negara pemerintahan nya tidak adil dengan rakyat . yang baik di kata jahat .yang jahat di dukung dan di timang. Akan terjadilah sesuatu perkara buruk terhadap Negara itu. mereka x tau salahsilah orang yang dianiaya. Sementara itu pihak kafir samaada jin mahupun manusia yang berniat jahat kepada Negara itu akan mengambil kesempatan menghina kesucian islam. dsbnya. Walauapa pun terimakasih kpd Raja Baili mengingatkan kita semua. Memang Nampak pelik pun puak puak tu samaada yang ghoib mahupun yang nyata. inshaAllah Bang man dan rakan rakan dari alamghoib siap siaga membantu

    BalasPadam
  5. di dalam Cerpen ini tok ingin menyampaikan bahawa manusia tidak seharusnya menunggu saudara alam ghaib utk membantu dan menjadi pelapis, namun kita sendiri kena berusaha untuk kembali menjadikan semuanya normal kembali seperti dulu.

    Jika mengikut kitab lama di akhir zaman manusia Ghaib akan membantu manusia nyata di dalam peperangan akhir zaman, namun mereka juga makhluk dan sesekali alpa dan lupa, maka manusia seharusnya mengambil langkah persediaan sendiri di dalam menghadapinya tanpa mengharapkan bantuan mana mana makhluk , maksudnya manusia perlu belajar utk berdiri di atas kaki sendiri di dalam menghadapi bencana Akhir zaman.

    BalasPadam
  6. sy ada mimpi tok, lebih kurang 2@3 minggu lepas sy melihat langit yg sdh menjadi kelam kekelabuan seolah cahaya langit di tutupi awam itu dan yg cerah hanya ada beberapa lorong shj. sy pon pelik apakah maksud mimpi itu yg di tunjuk kan baru² ini..sunguh ngeri ...masyAllah

    BalasPadam

Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih