keyword

Sabtu, 22 Mei 2021

BEBELAN TOK MUDA

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semuanya.

Agak lama tok tidak membebel di dalam blog tok sendiri, DINGATKAN..blog tok sendiri maksudnya tok hanya membebel di blog tok dan bukan blog ini milik org lain ( ayat khusus bagi mereka yang suka kecam tanpa sedar skrg sudah wujud perkataan E-Kedai ). Kalau kita ada kedai nyata pun kita boleh bebel dengan pelanggan kita sebagaimana parent kandung tok lakukan di kulim....kita bukan robot. 

Apa khabar semua?...tok di sini Alhamdulillah sihat sekeluarga cuma memang tak boleh p mana langsung nak ambil barang, Ingat nak buat witch craft, barang pun ada terhad, kalau nak buat 10 azimat, 10 10 azimat tu mungkin dari bahan yang sama, cuma kelebihannya lain lain lah...takut org jemu saja lah asyik bahan yang sama je kan..maklumlah..org yang nak beli barang Lawo tu masih ramai dari mereka yang beli barang berkelebihan. haishhhh.....zaman zaman Cobid ni pun masih mementingkan hawa nafsu ke?... kalau bagi tok lah.. zaman macam ni ialah zaman persediaan, zaman persiapan....bukan persiapkan wang..kerana ada banyak wang pun cuma akan menjadi pembelot ugama ( jadi fitnah ) kalau org tanya tok.... barang best best p jual, ye ke ni?... hahaha, jawapan tok bagi, awok kenal bidang ni tahun bila?... baru je kan.... tok kenal bidang ni sejak tahun 1992 nu darjoh 4. sejak dari di nu lagi tok hari hari selepas maghrib mendengar ceramah mistik ayah dan atok tok dan kemudian usia 13 tahun mula dah di ajarkan ayat ayat asas , usia 15 tahun dah mula di masukkan ilmu dan pengisian dalam badan.......memang tok di lahirkan utk tujuan ini... kalu ada sapa sapa yang tak percaya... meh tok kabarkan sekali lagi ...... tok ni ada 2 mak dan 2 ayah... 1 bahagian kandung dan 1 bahagian pak menakan ( pak sedara ).... pak sedara ni kematian anak lelaki di tahun yang sama iaitu tahun 1982... kebetulan abah tok dapat tok ...masa tu dia keje Navy woodland-lumut ( Bukan org miskin lah ), jadi masa tu ..... jap g korang pening so tok letak panduan

Ayah : pak menakan ........Mak : Mak Menakan

Abah : Bapa Kandung......Mama: Ibu Kandung


Ayah tok ni masa dia nak anak lelaki tu, dia nak sangat sangat kerana dia nak "wariskan" ilmu dia, yang keduanya pula ialah dia nak tok " Gantikan" tempat dia .. tempat apa?.. nih cerita nu nenek moyang dulu dulu, gantikan sapa yang nak "Piap" awai awai dan p ganti moyang kami yang dah tua di alam sana. Kejadian dia nak anak jantan ni sebenarnya agak parah juga.. makanya Mak pun mengandungkanlah anak lelaki, namun malangnya mungkin atas tujuan untuk menguji semua org Allah Mengambil semula anak di dalam Kandungan mak itu... Meninggallah ia... Maka Bila hajat yang agak parah ini sudah meninggal... agak huru hara juga keadaan masa tu, korang boleh bayangkanlah org dah anak lelaki tiba tiba meninggal..apa jadi...??

Maka Di mintanya lah kepada Abah akan diri tok ini yang baru lahir untuk di berikan kepadanya... Demi menyelamatkan huru hara yang sedang berlaku maka arwah tokwan ( atok ) pun ikut campur dan menyatakan bahawa Ayah ni bukan org lain, waris juga iaitu abang kepada abah tok ..... Maka korang boleh bayangkan lah org yang nak anak lelaki kerana nak wariskan ilmunya kemudian anaknya meninggal dan kemudian anak adiknya yang SULUNG di ambil sebagai anaknya... tok bukan nak cerita gentingnya saat itu, tapi tok nak korang bayangkan bagaimana cara tok di besarkan di dunia mistik . kehidupan tok sebenarnya tak semacam budak budak lain. Semasa tok memasuki usia 13 tahun tok tidak di benarkan berkawan dengan budak budak lain kecuali 1 budak lelaki yang mana bapaknya juga ialah seorang bomoh ular namanya budak lelaki itu ialah Shafik Bin Shafiee.... ingat lah ke dia tu sebab satu satunya kawan yang ada pada usia begitu. 

Balik sekolah siapkan kerja sekolah dan jam 3pm tok kena duduk di belakang rumah yang sudah di siapkan 1 biji tayar traktor yang di jadikan kolam ikan guppy dan di hiasi dengan pokok pokok kedondong, durian, pelam dan delima, jam 7pm barulah masuk rumah selepas simpan kucing dan ayam ayam katik yang ayah tok belikan utk menghiburkan hati.... membatatlah tok muda di situ setiap hari pada masa yang sama sehingga pada umur 16 tahun .....umpamanya macam bertapa, duduk di tempat yang sama pada waktu yang sama setiap hari....apa mainan tok sebagai budak budak?.... Batu batu akik dan batu sungai yang ayah tok jadikan hiasan di keliling tayar traktor tu. Pada usia 16 tahun iaitu pada tahun 1998 apa yang diisikan mulai aktif ibarat barah di dalam badan. Masa itu tok tiada perasaan takut kerana mungkin dah terlalu biasa di kawasan belakang rumah... dan selepas tok "mendapat" semuanya hasil dari pertapaan di situ selama 3 tahun, tok berubah menjadi remaja yang agak pelik.... ramai kawan kawan perempuan berkata tok menjadi lelaki matang, cara percakapan tok juga lebih matang dari lelaki lain, tak ramai juga yang memuji bahawa tok mampu melontarkan idea idea terbaik di dalam menyelesaikan masalah dorang, pada ketika itu banyak juga perkara pelik berlaku samada di rumah atau di sekolah.

Di rumah .selepas selesai buat kerja sekolah, seperti biasa tok akan ke belakang rumah, tapi kali ini tidak lagi hanya duduk dan main batu akik dan sungai, tok akan panjat pokok kedondong yang besar dan tinggi , tidur di atasnya sambil melihat atap atap rumah kakitangan Felda yang lainnya, pernah sekali 1 perkara aneh berlaku ...sedang tok duduk memakan buah kedondong yang sebesar penumbuk, dahan yang tok duduki patah ..muka tok berubah dah macam takda darah dah sebab tok sedar tok berada di dahan yang tinggi...PRAPPPPP... dahan itu patah dan tok jatuh bersamanya, Anehnya..... semasa jatuh..tok merasakan ia jatuh macam bulu ayam, ringan ...dan tok landing dalam keadaan berdiri... terlihat di sebelah kiri ayah tok sedang membakar sampah dan dia cuma tersenyum. Semasa bermain lastik batu dengan kawan kawan tok dapat menangkap batu yang di lastikkan ke arah tok tanpa menyakitkan tangan, pernah botol ridsect meletup di dalam api dan terkena badan tok, sama juga tidak jadi apa apa.. akibat dari keanehan ini ramai budak lelaki menjauhkan diri dari tok dan tak kurang juga ada yang bergosip sampai ke sekolah.

Di Sekolah pula tok di persendakan oleh 2 guru yang bernama cikgu Mat Nasir (Math ) dan Cikgu samsu ( BM ) dan semasa tok berjumpa mereka, mereka terkejut melihat tok dari belakang berjalan tidak henjak bumi ( tidak pijak tanah ), selepas beberapa lama 2 guru ini menghilangkan diri tukar sekolah , sebenarnya ada kisah panjang antara tok dan 2 guru ini. tapi usah lah tok ceritakan, jadi panjang nanti. 

Sampai pada tahun 1999, Zaman SPM... ayah berjumpa dengan tok di bilik tok dan mengaku sendiri setiap kali dia masuk ke bilik tok untuk bersolat, bulu romanya akan meremang dan berkata "pengisian ayah kepada hang sudah lengkap. Tu belakang pintu ada pouch bag, dalamnya ada duit, kalau nak p cari guru dan belajar ilmu apa pun, gunalah duit dalam tu utk isi minyak dan belanja"..kewujudan wang di dalam pouch bag itu pernah mencecah maksima RM 150 hanya utk kegunaan belanja tok sendiri menuntut ilmu.

Selepas dari itulah di atas janji kepada ayah, asal tok start moto saja, tak kemana dah melainkan masuk kampung tanya kawan kawan sekolah di mana ada guru..tok menuntut sampai ke Kuala Nerang, Yan kecil , Jerai, Pendang dan Sik pada ketika itu, dan setelah tok melanjutkan pelajaran di Perak, tok masih mencari guru di sana, sehinggalah tok bekerja di Felda Air Tawar 5 tok masih lagi mencari guru dan belajar, peningkatan keilmuan yang tok belajar ini banyak di dapati di Negeri Johor yang mana guru gurunya lebih berfikiran terbuka , kalau guru di kedah ni minta maaf cakap... agak pilih kroni hahaha. Ilmunya yang hebat hanya utk anak anaknya sahaja, sama seperti ayah tok sendiri. 

Di dalam perjalanan kehidupan mistik ini, sudah banyak barang tok kumpul, samada pemberian atok nenek ayah dan banyak juga dari guru guru tok muda sendiri. 

Ilmu penarikan wang dan geliga permata dulu tok iktikadkan untuk org lain dan bukan untuk diri tok sendiri, memang ada beberapa kali barang yang tok dapat ...........hati tok berasa terkilan kerana tidak mampu memilikinya dan ia mestilah di maharkan, terkadang geliga jenis rare itu tok simpan lama untuk tok pegang dan pandang lama, tok tak test kerana ia bukan untuk tok, tok cuma mampu pegang dan pandang sampai dekat dekat masanya di ambil semula barulah tok maharkan kerna jika tidak di maharkan ia akan hilang begitu sahaja, memang syaratnya begitu, jika di maharkan maka ia selamat dan kekal ada di dalam simpanan pembeli sampailah pembeli itu berbuat kemaksiatan maka ia akan hilang dengan sendirinya. Kerana itu jugalah tok tidak takut utk memaharkan murah , mungkin remaja kaki betina mampu memilikinya namun jika dia berbuat maksiat maka geliga itu akan ghaib sendiri.

Persiapan pada diri tok?..... sudah lengkap..malah terlajak lengkap untuk memasuki medan peperangan berdarah..... terkadang yang tok jadi tak sabar bukan sebab apa.. usia kita makin tua, sana sini mulai sakit, urat la, mata pun dah tua lah, tangan pun dah nak tua lah... tok takut tok tidak sempat menggunakan ilmu dan barang2 yang tok ada ini di jalan Jihad Allah. 

Tok mempunyai 2 anak lelaki, namun malangnya 2 anak lelaki itu berada bersama ibu mereka di negeri dan negara masing masing. Meski anak lelaki tok yang ibunya melayu di Kelantan itu di dedahkan dengan Taekwondo sampai black belt dan kemudian Tomoi , di didik dengan memanah dan berenang, namun ada 1 yang tidak mampu ibunya terapkan....iaitu berpedang......tok sudah memberikannya 1 bilah pedang yang kukuh, namun tanpa latihan ia cuma akan menjadi hiasan di dinding sahaja. Maka kerana itu jugalah tok kembali berkahwin dan berkahwin, tujuan tok cuma 1..iaitu mendapatkan anak lelaki. Untuk mendapat anak lelaki bakal ibunya perlu di uji terlebih dahulu, nak mendidik seorang lelaki yang mampu di hantar untuk mati syahid ni bukan mudah, kedua dua ibu bapa perlu redho. Ya..hantar anak ke medan perang umpama menghantarnya untuk MATI... adakah seorang ibu sanggup menghantar anak TUNGGALnya MATI?... Alhamdulillah pada akhirnya tok di temukan dengan seorang gadis yang mempunyai sifat lurus dan akur.. tok mengaku bahawa tok menyayanginya kerana sifatnya yang begitu , cuma kerana ..biasalah bila bermadu ni ..ada lah yang kurang senang dari kalangan ahli keluarga pihaknya sendiri, cucuk sana tikam sana sini. Akhirnya tok meletakkan sebuah perjanjian di mana jika di dalam kandungan itu anak perempuan maka dia boleh bawak pergi, namun jika ia anak lelaki dia kena tinggalkan dan tok akan didik selayaknya untuk ke medan syahid, bukan utk jadi doktor ke lawyer ke, tapi untuk menjadi penjamin bagi 7 individu masuk ke syurga ( org syahid di berikan lesen jamin 7 org utk ke syurga bersamanya ) dan dia bersetuju. 

Susun atur keluarga tok memang sempurna sejak dulu... Lelaki , perempuan , lelaki , Perempuan , atau Perempuan , lelaki, perempuan , lelaki berselang selang. dan tok mempunyai 2 lelaki dan 2 perempuan kini. sememangnya tok sudah usahakan di dalam kandungan itu ialah seorang lelaki. dan apabila lahir Alhamdulillah nyata ia adalah lelaki. Maka perjanjian pun di meterai, sebuah surat saksi, suruhanjaya sumpah dan peguam di buat, banyak surat di buat untuk menjamin niat tok ini tercapai Haisut maksudnya. Dan ia di buat demi?...... Demi UGAMA ISLAM iaitu melahirkan seorang pejuang di medan jihad 1 masa kelak. 

Alhamdulillah buat masa ini semua yang tok hajatkan di makbulkan dan di permudahkan bersesuaian dengan nama tok Mohd Yasir iaitu yang bermaksud " Yang Senang ".

Tok kini sedang mempersiapkan anak lelaki tok..bukan untuk diri tok lagi... yang tok perkatakan selama ini di dalam blog ialah untuk persiapan diri anda sendiri.... kerana tok YAKIN dan Cukup YAKIN anda tidak di besarkan sebagaimana tok di Besarkan. Tok Yakin  anda di besarkan secara normal sebagaimana kanak kanak lain. 

Tok tidak pernah kesal atau marah selepas tahu kepentingan mempersiapkan diri demi Ugama Bangsa dan Negara kerana tok sedar , sebagai LELAKI, Ketua keluarga dan Khalifah apa yang bakal berlaku kepada Ugama, Ibu bapa, Isteri , Anak anak dan masyarakat adalah tanggungjawab tok yang bernama LELAKI @ JANTAN dan tok sedar tok tidak boleh lari dari tanggungjawab ini selagi mana tok masih hidup sebagai seorang lelaki. Memang itu tanggungjawab kita. 

Hidup bagi seorang lelaki tidak se-simple hidup seornag wanita yang hanya perlu taat kepada suaminya, kerana peranan lelaki amatlah besar untuk membawa hala tuju di jalan manakah seluruh kehidupannya dan manusia manusia yang berkait dengannya. 

Kerana itu lah dulu bila ada kecaman mana mana pihak sekalipun tok akan bangkit selayaknya JANTAN dan bukan hanya sekadar keyboard warrior, cari sampai depa rumah. Kerana org yang mereka cabar ini bukanlah di besarkan NORMAL seperti mereka. 

Jadi.........

Apa persiapan anda, sudah lengkapkah persiapan anda?... untuk diri, isteri , anak anak... isteri dan anak anak anda sudah pegang Belt apa?, putih?, kuning atau hitamkah, anak anak kita berhibur itu berhibur teruskah atau ada juga melakukan persiapan?. 

Kita cuma berusaha, dan berikhtiar, ia lebih BAIK dari tiada langsung. Jika kita mati sekalipun di tangan musuh, kita puas kerana kita sudah berikhtiar sehabis jalan. Jika anak anak kita mati di medan jihad sekalipun kita tidak akan kesal kerana itulah yang kita cari yakni syurga yang kekal abadi. 

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah suatu pengalaman hidup tu tok. ada kebaikan didalamnya yang telah Allah s.w.t susunkan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..in sha Allah sy fhm apa yg tersirat.terima kasih tok.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tok..ada juga peluang utk belajar semua tu..sy nie skli tu jela ngan tok masa tok dkt johor..tu pon xkhatam..kalau ikotkan arwah tok sy ad tgglkn seni bela diri dan nk ayh sy warisi.. tp ayh sy xnk..smpaikan ke saya xdpt nk belajar..pape pon tok memg terbaik..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..satu perkongsian yg baik.Bila dfikirkn, alangkah brtuah diri Tok dbesarkn atau dtkdirkn menyusuri kehidupan yg sbegitu..

    BalasPadam

Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih