keyword

Sabtu, 29 Mei 2021

KEILMUAN JARAK JAUH

 





Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semuanya .

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang memberikan kesehatan dan daya kudrat kepada kita sehingga ke hari ini untuk menghadapi bahaya ancaman akhir zaman. 

Setelah tok menilai selama 4 tahun berfikir dan berfikir bahawa pentingnya ilmu , dan dalam masa yang sama kita lihat hari ini betapa ramai manusia yang kecundang dengan kerakusan akhir zaman, malah terbaru kita melihat ajaran sesat yang menyatakan Nabi Junjungan kita Tiada Jantina , itu sudah cukup memberi penghinaan kepada kita apatah ia di sampaikan oleh seseorang yang bernama Melayu Islam. 

Apabila Patahnya Tonggak kehidupan seseorang , apabila lemahnya akar umbi maka runtuhlah walau ia sebuah pohon yang besar dan kuat. 

Sesebuah bangsa itu kuat, gagah dan maju kerana ilmunya dan ilmu ini ada banyak jenis ilmu, namun ilmu ini di bahagikan kepada 2 jenis manusia iaitu :

1. Al Insan
2. Al Bashar

Di dalam kehidupan resam org melayu yang mewarisi darah Bani Tamim ini, sebilangan besar kita ialah dari Bangsa Al Insan , iaitu bangsa yang mempercayai hal hal ketuhanan dengan sesungguh hati dan menaruh kepercayaan kepada Allah sebulat Jiwa. 

Resam nenek moyang kita bagi mereka yang bernama Melayu yang TIDAK PERNAH LUPA bahawa penjajah itu menjajah tanah melayu bukanlah dengan peperangan namun melalui usaha tali barut dalaman sendiri , Melaka itu sendiri mengambil masa puluhan  tahun untuk di jajah sebelum munculnya mereka yang berjiwa gelap dan akhirnya berkhianat kepada Tanah Air. 

Tidak lupa kepada perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman , Kiyai Salleh dan lain lain yang menggunakan ilmu hikmah mereka untuk menentang penjajah.

Pada akhir zaman ini wujud pelbagai agenda untuk melemahkan Umat Islam melayu khususnya kerana bagi mereka umat ini perlu di lemahkan agar jika berlaku yang di maksudkan maka ia adalah WIN to WIN Situation, cuma berdasarkan siapa ada senjata lebih canggih .

Kita Lupa... bagaimana perjuangan nenek moyang kita terdahulu melawan penjajah, bukan senang penjajah itu menjajah tanah ini., bukan dengan sehari dua, malah bukan setahun dua pun , jika tidak ada pembelot sudah pasti para penjajah itu kembali berdayung kembali ke tanah mereka sendiri ( Portugis, Bristish dan Jepun ) 

Oleh yang demikian, tok berfikir setelah 4 tahun , mungkin juga sudah agak terlewat memandangkan sudah ramai bangsa kita menjadi alpa dan leka...namun tok tetap ingin mempertahankan dan memperjuangkan ilmu nenek moyang kita bangsa Ta-Mim ini sehingga ke nafas tok yang terakhir. 

In Sha Allah sekiranya tiada ajal berkunjung tiba, mulai 1 Hb Jun 2021 tok akan memulakan operasi :

Pengijazahan Ilmu secara jarak jauh

Pengijazahan Ilmu Gerak silat jarak jauh 

Pengijazahan Kursani Badan Jarak Jauh

Ilmu Ilmu berkaitan alam ghaib

Pengobatan 

Ilmu Nafas



Dan lain lain yang tok rasa perlu dan boleh di jalankan secara jarak jauh, jika ia tiada dalam senarai anda boleh bertanya akan hajat anda dan jika ia ada dan mampu di ijazahkan jarak jauh maka tok akan sedia memberikan dengan kadar mahar yang bersesuaian


Pengiriman Ilmu Jarak jauh ini memerlukan anda menyediakan beberapa perkara mengikut jenis ilmu, antaranya ialah :

Air mineral

Bunga

Sejadah

Setanggi

Telur

Jarum

Limau Nipis

Kain pelbagai warna dalam saiz 1 meter


Dan sebagainya mengikut jenis ilmu 

Dan pengijazahan akan di lakukan kebanyakan pada jam 12malam , sebilangan kecil jenis ilmu pada selepas solat maghrib dan sebilangan sukunya selepas subuh mengikut jenis jenis ilmu dan pengiriman ini pada waktu waktu ini memerlukan anda bersedia di atas sejadah dengan barang2 yang di persyaratkan dan dalam masa yang sama ketika ia di jalankan tok muda juga akan melakukan di sini dan video live akan di jalankan sepanjang tempoh pengisian

Sila Install Aplikasi " ZOOM " Di dalam Smart Phone anda , Boleh juga menggunakan Whatsapp VC atau Facebook VC untuk ritual ini. 


SYARAT SYARAT PENGIJAZAHAN JARAK JAUH

Mengikut ilmu tertentu penerima haruslah sudah berkahwin dan ada sebilangan ilmu tidak memerlukan syarat ini

Ada sebilangan kecil ilmu boleh di pelajari oleh Non Musliam

Ada ilmu yang mempunyai syarat dan pantang bertempoh maka jika penerima bersetuju maka penerima harus menepatinya

Semasa pengijazahan Jarak jauh tidak boleh ada org lain turut serta kecuali penerima itu berbilang dalam 1 rumah

Penerima mestilah seorang yang WARAS dan tidak terlibat dengan dadah

Penerima Tidak di benarkan merakam sepanjang sesi pengijazahan namun boleh melakukan catitan di dalam buku ayat ayat yang di berikan

Setiap ilmu di kenakan fidyah mengikut kadar fidyah guru terdahulu dan ia mestilah dengan berniat "Mempelajari kerana Allah Taala dan Untuk Mempertahankan diri dan org sekeliling " 

Penerima perlu menghafal surah Al Fatehah kerana Asas keilmuan Tok Muda bertonggakkan Surah Ini. 


ATURCARA MAJLIS ILMU

Sekiranya tuntutan 1 ilmu itu melebihi 1 org dalam 1 masa, maka ia akan di lakukan serentak untuk semua penerima

Jika tuntutan 1 ilmu melebihi 1 org dalam 1 masa , namun ada yang ingin di jalankan private ( tidak ingin berkumpulan dalam 1 masa caj tambahan akan di kenakan ) , namun tok berharap semua org dapat bersatu dalam 1 majlis untuk menjimatkan masa bagi sesi ilmu lain bagi penerima lain selepas waktu mereka tamat. 


6 ulasan:

  1. Alhamdulillah.terbaik usaha tok ni.moga Allah permudahkan urusan kita di zaman yang makin terumbang ambing ni.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah Tok, camano aturan nak mengetahui amalan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti ia akan keluar halaman setiapnya dan di situ akan tok tulis deskripsi ilmunya in Sha Allah

      Padam

Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih