keyword

Khamis, 6 Mei 2021

PERTEMUAN DENGAN RAJA BAILIN PEMERINTAH KERAJAAN AWAN KE SIRI 1

 





Tarikh : Mac 2013
Lokasi : Kondominium Dwi Mahkota, Kempas, JB

Duduk di pejabat tak kena, duduk di Dalam bilik tak kena, Masuk ke ruang tamu pun jadi tak kena.. Aku gelisah.. Seminggu dua ini di rasakan gelisah , ada sesuatu yang menganggu , kedengaran suara suara liar di telinga bedesir desir seperti sebuah gelombang sesat yang entah datang dari mana, Suara suara jeritan dan suara org meminta tolong kedengaran di telinga , Aku kian gelisah. Kembali duduk di atas sejadah dan cuba untuk menfokuskan segenap tenaga dalaman bagi mencari dari arah manakah suara ini datang. Yang pasti ia bukan dari bumi. 

Keesokannya, di dalam keadaan masih gelisah dan kepenatan melayan desiran suara suara misteri aku cuba meluangkan waktu untuk menghantar kenderaan ke kedai seorang sahabat di Setia Tropika, tujuannya hanya untuk menyibukkan diri bagi melupakan suara suara ini, Kenderaan di pandu menuju ke kedainya dan tujuan cumalah untuk memasang beberapa aksesori tambahan di kenderaan. Taukey kedai ini seperti biasa menyuruh aku menunggu ke dalam bilik tamu yang agak selesa sementara kenderaan di siapkan. 

Sedang duduk membaca Surat Khabar, sebuah cahaya hadir dari atas dan kelihatan umpama sebuah cermin bulat kecil , di dalamnya kelihatan sebuah bangunan yang berada di dalam huru hara dan pemberontakan, aku melihat dan dapati ia bukanlah dari mana mana kerajaan yang pernah ku kenali. 

Lantas...

Aku berbaring dan cuba menfokuskan tenaga Haq dengan Tenaga cahaya yang di hantarkan, berlakulah perjalanan astral mengikuti sumber cahaya ini. 

Perjalanan ini ku rasakan terlalu jauh, maka kelajuan penuh di gunakan bersamaan kelajuan pergerakan Jin bergerak iaitu sekitar 30,000 batu / saat. Namun tidak juga sampai ke lokasinya.

Perjalanan itu amat laju sehinggakan antara kerajaan Awan pertama ke kerajaan kedua amatlah cepat di lintasi , namun lokasi cahaya ini masih belum di temui, Aku meneruskan perjalanan dengan kelajuan penuh dan sampai di sebuah kawasan yang bening tiada awan lagi dan di lihat di atas sana ada awan terakhir yang tidak pernah bergerak, kawasan yang bening tiada apa apa ini amat luas dan jauh sehinggakan ia mengambil lebih dari 15 minit untuk menembusinya, aku menumpukan seluruh kekuatan kepada kelajuan untuk segera sampai ke Awan Ke lima tersebut.

Sudah hampir.. ya sudah hampir ke Awan ke 5, aku mengukir senyuman... selama aku mempelajari ilmu terawangan ini, itulah baru kali pertama aku melakukan perjalanan ke kawasan kerajaan awan, hatiku teruja untuk melihat bagaimanakah keadaan kerajaan atas awan ini. 

Sampai di kaki tangga kerajaan Awan ke 5, aku sangkakan cahaya ini berhenti di sini..namun tidak sama sekali, kelihatan cahaya ini masih meninggi ke atas.. Ahh, ni sudah gila.. nak kemanakah lagi selepas kerajaan Atas awan ini?.. Bisikku kepada diri sendiri. 

Aku berhenti seketika di tangga ( gerbang kerajaan Awan ke 5 ini ) untuk berehat seketika, untuk melegakan kepenatan , tiba tiba seorang Lelaki berpakaian perisai seperti naga perak berjalan ke arahku sambil memegang sebatang lembing , di tanyakan beliau " Siapakah gerangan kamu dan kenapa kamu duduk bersenang senang di sini " tanyanya dengan suara bengis. Aku masih duduk sambil kaki terjuntai ke bawah dan memalingkan badan ke arahnya sambil tersenyum " Beta dari kerajaan dasar dan sekarang beta sedang mengikut cahaya itu " kata aku kepada beliau... Layaknya seperti seorang Jendral Perang pakaiannya dia melihat ke atas dan seolah olah tercari cari cahaya itu " TIPU " bentaknya sambil menghentakkan hujung lembing ke lantai " Aku tidak melihat apa apa di sana , apa muslihat kamu ?" bentaknya kepadaku... Aku tersenyum... Buta barangkali, Aku bangun dan kemudian mengaktifkan Baju perisai di badanku , semena mena perisai lengkap di badan lelaki ini masih dengan gayanya , langsung tiada tindak balas hairan, takut atau gementar, lantas aku bertanya " Siapakah kamu wahai Panglima?" lalu dia menjawab " Aku Panglima yang bertugas menjaga Gerbang ini dari penceroboh sepertimu " bentaknya menjegilkan mata, Lalu aku segera membalas " Kehadiran beta ke sini bukan untuk menceroboh, tapi cuma untuk bertumpang berehat seketika sebelum terus ke atas sana " kataku sedikit tegas. 

Mendengar kata kataku lelaki ini menghunuskan lembingnya dan berkata " Perkataan BETA di sini hanya sesuai dan layak di gunakan oleh Raja Bailin dan ini ialah kawasan pemerintahannya, walau kamu cuma duduk di anak tangga pertama dan kedua, kamu sudah di kira sebagai menceroboh dan boleh di kenakan Hukuman dari Kerajaan Awan ke 5" katanya membentak keras , seraya itu juga muncul sekumpulan askar di belakangnya menghunuskan lembing ke arahku....aku tersenyum dan kemudian ketawa , sengaja aku melakukan untuk membuatkan mereka lebih marah, musuh yang marah sekaligus akan menyerang dengan hawa nafsunya, tiada lagi strategi " Raja Bailin?..... di mana dia ..aku ingin berjumpa dengannya" kataku dengan serius selepas berhenti ketawa.... Panglima ini tercengang dan kemudian berkata dengan nada kuatnya " Siapa kamu untuk berjumpa Raja Bailin?.. tadi kamu khabarkan untuk mengikut cahaya yang entah di mana sekarang kamu ingin berjumpa Raja Bailin pula...apa niat sebenar kamu ?" ..... ahh ini sudah cukup banyak membuangkan waktu..aku menghunuskan pedang di tangan kananku dan terus membelah lantai di bawah sekaligus menghasilkan asap yang tebal, mereka menutup mata dan dengan segera aku terus terbang menuju ke atas dengan segenap kekuatan dan kelajuan " aku mesti segera beredar dari kawasan kerajaan ini kerana kekuatan mereka adalah jauh lebih kuat dari aku sendiri " Bisikku sendiri ...Perjalanan di teruskan namun untuk melintasi kawasan kerajaan ini nampaknya adalah lebih jauh dari sangkaanku, Jika kekuatan ini datang dari darahku sendiri sudah pasti darahku sudah pun habis untuk mengerahkan kekuatan dalaman di dalam kelajuan begini, Namun masih belum melepasi, Ahhh.. besar sungguh kerajaan ini sehinggakan pada kelajuan Maksima sekalipun belum lagi aku melepasi ke peringkat seterusnya. 

Tiba tiba di rasakan ada angin yang kuat dari bawah, aku melihat ke bawah dan aku dapat melihat 4 Cahaya sedang mengejarku , Ini sudah pasti panglima panglima dari kerajaan Awan ke 5 sedang mengejarku, tiada pilihan aku mengeluarkan Pedang Ghaib dari Tulang belakang, Kapak Terbang dari dada kanan dan juga pedang Cahaya dari Tapak tangan dan mengerahkan mereka menyerang cahaya cahaya ini, kerana aku tiada masa lagi untuk melayankan mereka . Kesemua senjata Ghaib ini terus di lancarkan ke arah 4 cahaya ini , fikirku, ini sudah cukup untuk menyibukkan diri mereka. Aku terus terbang ke atas dan aku dapat melihat aku sudah meninggalkan jauh awan terakhir kerajaan ini ( Puncak awan paling tinggi ) , aku tersenyum. Tidak semena mena dengan tiba tiba aku melihat ada makhluk makhluk seperti awan yang berupa seperti bentuk manusia di atasku, ada 3 kesemuanya di dalam pengamatan mata. Ahh makhluk apa lagi....aku teruskan perjalanan ke atas dan sampai kepada salah 1 makhluk ini, besarnya tidak terhingga, seolah olah aku cuma seekor semut kecil di lengannya.... Ah tak kira.. aku kena teruskan perjalanan mengikuti cahaya ini jika tidak sia sialah perjalanan ini mencari suara suara misteri yang menghantui diriku sekian lama. 

Lembaga awan ini bukan awan biasa , ia seperti asap yang pekat dan membuatkan badan aku menjadi lemah dan sekaligus perjalanan astral ini menjadi perlahan, aku tidak mampu terbang lebih laju lagi... aku melihat ke atas.. ya Sudah hampir menembusi asap bentuk lembaga manusia ini.. sedikit lagi, sedikit lagi... namun setelah menembusi asap ini badanku terus lemah seolah olah tiada tenaga lagi , aku melihat ke atas dan melihat sesosok tubuh manusia berpakaian putih dan bermahkota emas sedang menungguku, aku kian sesak dan seperti hendak pitam dan seperti berada di angkasa tubuhku terawang awang perlahan lahan   ke arahnya di atas , mataku seperti sudah seperti org mahu tidur layaknya... aku melihat dengan mata kabur di hadapanku hadirnya seseorang; entah lelaki atau wanita rambutnya panjang, wajahnya putih dan dia memakai baju berwarna putih bersulam emas sebanyak 7 lapis, jasadku terawang awang dan berhenti betul betul di hadapannya, aku cuba fokus melihat siapakah di hadapanku..di belakangnya kelihatan adanya cahaya berwarna putih keemasan dan lembaga ini menepuk bahuku dengan 2 jari sahaja, terasa jasadku melayang jatuh ke bawah dengan laju sekali dan aku rasakan jatuh ke dalam sebuah kolam yang airnya terasakan tidak seperti air di bumi, terasa air namun tidak basah, terasa sejuk namun tidak juga basah , dalam keadaan kepenatan seperti mahu tidur aku melihat lembaga tadi turun ke arahku dan mendepangkan kedua tangannya dan menggayakan seperti sebuah jurus lalu..........

BERSAMBUNG............

23 ulasan:

  1. Baru hari tu sy duk tgk muvie dkt netflix..pertempuran Raja Bailin dgn dewi perang xyu yin

    Sekali wujud lahhh tok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlm Netflix? Dlm YouTube xdak ke tuan? Tajuk apa citer tu? Tok xdak Netflix. Adusss

      Padam
    2. Love and redemption

      Dkt utube pun ada bonda..cuma kisah tu dewi perang mcm kambing hitam, pergelutan antara alam jin & alam kayangan

      Padam
    3. Netflix golongan bangsawan ja tgk. 1 tahun rm 1600. Dok tgk juga langganan dia tu hari. Tok layan 123movie atau youtube saja la free 😊

      Mujur bonda bukan kaki movie. Kalau dak kena perah gak la hahahaha. Mujur kaki masak. Kita perah dia, 🤣

      Raja Bailin tu mmg di sembah sembah manusia yg hanya mempunyai "kepercayaan"

      Padam
    4. Dewi perang?... Tok teringin gak nak tgk kisah Bailin ni mengikut fahaman bangsa lain.

      Tapi selama tok kenal dia. Dia seorang raja yg baik. Berpakaian putih keemasan rambutnya panjang dan bewarna putih bening.

      Kisah ni akan bersambung di mana kami minum bersama di sebuah taman tengah air yang di penuhi pokok teratai emas... In sha Allah malam ni tok sambungkan ceritanya utk publish esok

      Padam
    5. Kt YouTube ada tok...tajuk citer tu 'love and redemption' full eng sub... Ada watak nama emperor bailin

      Padam
    6. Ok. Malam ni tok cari selepas tok buat sambungannya cerpen tok. Tima kasih na

      Padam
    7. Emperor ( maharaja)?

      Raja Bailin bukan maharaja. Dia cuma raja awan ke 5 tu dan raja kawasan barat. Kawasan timur selatan dll raja lain pulak. Kerajaan awan ke 5 ada byk raja

      Kalau maharaja org lain pulak setahu tok

      Cerita apa tu love n redemption nampaknya dah byk buat fitnah ke atas raja bailin. Sedih betul tok😢

      Padam
    8. Citer tu based on novel..dh tentu byk rekaan...mcm citer fantasy gitu

      Padam
    9. pas ni suruh drg rujuk citer tok saja haha

      Padam
    10. https://youtu.be/ka51IRBZBE0
      Ni tok raja bailin yg jubah n rambut kaler putih tu..sama ke x dgn yg tok jumpa tu xtau la

      Padam
    11. omg.... muka tak sama. yg tok jumpa dah berusia 40-an ke atas dengan janggutnya.. wow memang ada cerita dia. takda translate bi ke bm ?

      Padam
    12. Tok baru jumpa memang ada Bailin Temple yang di bina pada tahun 1347, sekitar 674 tahun yg lepas. mungkin ada penganut yang menyembah nyembah dewa ini, meminta minta. tapi mungkin sebab permintaan tak di kabulkan kot huhu. so kepercayaan terhadapnya lupus dan padam.

      Padam
    13. atau mungkin juga kebetulan nama sama seperti Bas mayang sari dan Puteri Mayang Sari Ledang.

      Padam
    14. klau tok nk tgk cita tu..eng sub yg sedia ada tu blh auto translate ke bm https://www.youtube.com/watch?v=on0_VDQOxVw&list=PLy8WDOJkSFFzmcbjyuB_IwT-uNIqPuWLa

      Padam
    15. ok boleh jugak, tapi mcm panjang ja cerita ni hahhaa.

      Padam
    16. haa...dlm 59 episod mcm tu.. dlm cita tu dia raja langit kwsn timur..huhh byk menyimpang..boring jgak citer byk cinta cintun... wkwkwkkw

      Padam
    17. haha cinta cintun?.. ni bonda mesti suka tgk ni

      Padam
  2. semoga Allah permudahkan segala urusan tok samaada di dunia nyata arai ghoib

    BalasPadam
    Balasan
    1. In sya Allah tuan. Amiin. Terima kasih ya tuan

      Padam
  3. Bersambung...adui khusyuk membaca ni tok...hehehe..menunggu episod seterusnya...assalamualaikum wbt

    BalasPadam
  4. Torbaek cite ni..xsabor nk tggu sambungan.

    BalasPadam

Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih