keyword

Jumaat, 29 Ogos 2014

DELIMA BURMA




Delima Burma asli, ni sebenarnya stok 2 tahun lepas lagi, kami jumpa semula di Cawangan Jelebu... 

Alhamdulillah jenis asli no fill glass, sebenarnya harga delima burma ini adalah jauh lebih mahal lagi tuan tuan. jika anda ingin request buat sijilnya, kos runner tok ialah rm 300, namun jika anda nak buat juga, tok boleh bagi Rm 150 sahaja, separuh lagi tok tanggung. Runner kita ialah pelanggan tok sendiri di Singapore , nak masuk sendiri tak larat la tuan tuan.

Kelebihan delima Penarikan ini ialah sebagai :

Pengasehan Umum
Kewibawaan Tinggi


Kod Produk : D5 BURMA GRED A 25814-1200
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 1200

Sila Gunakan Kad Anda

Selasa, 26 Ogos 2014

GELIGA MANI GAJAH BUNIAN



Geliga mani gajah bunian, khusus bagi yang lama dah dok mencari, lama kiranya setahun lebih rasanya sebelum lambakan GMGB ini datang.

Jangan anggap ia akan selamanya akan ada, pelajarilah dari kesilapan bertangguh anda lepas....

Untuk item ini, alhamdulillah semua org tahu apakah ia, alhamdulillah



Kod Produk : GMGB 22814-500
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 500

KAYU KASIH HITAM,



Kayu kasih hitam Banjaran Nakawan. sesuai d jadikan cincin, hanya letakkan minyak di permukaannya , dan gunakan sisa minyak yang ada untuk memalitkan atas tujuan anda.insyallah mudah mudahan ia memberikan anda kebaikan dunia akhirat

Kod Produk : KK HITAM 23814-1200
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 1200

G.PUTERI MAYANG MENGURAI




Ia adalah Pakej asam garam bagi Puteri Mayang Mengurai di puncak ledang , alhamdulillah

Tok mensyorkan ia hanya kepada yang sudah kasyaf dan mengerti apakah itu kasyaf, ada ilmu terawangan lagi bagus..

Puteri Mayang Mengurai ini sering kali di kaitkan dengan perubatan dan kehandalan sahabat sahabat dampingan manusianya berubat orang yang sakit misteri. 

Untuk kali ini Puteri ini menawarkan dirinya jika ada sesiapa yang sudi memperisterikan beliau dan sekaligus mendampingi suaminya di dalam hal hal urusan dunia.

Sepasang permata ini sendiri mampu di jadikan sebagai bahan dan medium perubatan gangguan, sakit misteri, saka, medium penarikan wang ghoib jika ada guru yang mahir menggunakan dan mengendalikannya tanpa hanya berharap barang kebal dan lain lain barang karomah, bak kata ia adalah kunci dana alam ghoib dan ia khusus buat suaminya sahaja, beliau akan memimpin suaminya menemui guru yang benar dan mampu mengeluarkan dana ini bagi di gunakan di dunia ini untuk suaminya.

Ini apa yang diperkatakannya, Tok hanya menyampaikan sahaja

Sila berfikir dahulu sebelum membuat pertimbangan, namun pikir jangan lama sampai org grab dulu



TIDAK DIBENARKAN LOCK DALAM URUSAN PERNIKAHAN INI

KALAU ANAK DARA ANDA ORG NAK LOCK, ANDA BAGI KE??

KALAU BAGI, TOK PUN NAK LOCK JUGA LA HEHEHEH



Kod Produk : GPM MENGURAI 23814-2000
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 2000

Ahad, 24 Ogos 2014

GELIGA ULUNG















Ada di dalam Infonya lepas



Kod Produk : G ULUNG 12814-1200
Bentuk : Permata 
MAHAR : RM1200



Sabtu, 23 Ogos 2014

GELIGA MANI GAJAH BUNIAN


















Alhamdulillah... masih berbaki GMGB ini tuan tuan... 

GMGB terkenal akan khasiatnya sebagai pelaris dan pengasehan peringkat keampuhan tertinggi. INsyallah mampu membantu bidang niaga anda dan juga urusan jodoh terutamanya.

Barang rare begini dan sudah terkenal... biar kita x     yah cakap banyak...org baru tanya, org lama akan jawabkan betul tak?... jadi bila anda berkongsi ilmu, maka ilmu anda akan bertambah lekat kuat di ingatan

Kod Produk : GMGB 210814
Bentuk: Permata
MAHAR : RM 500

Ahad, 17 Ogos 2014

KING KPG








King Kayu Penunduk Gajah


Pernah melihat Kayu Lekat Magnet ?


Ini ialah Kayu dan teras penunduk Gajah dan ia mempunyai kursani di dalamnya. Selain menundukkan Makhluk, ia insyallah kebal darurat

Anda tahu apakah keuntungannya di sini ?

Kursani saja Dah Rm 500.... Boleh di katakan Kayu ini percuma sahaja.....

Rekaan Ulung Tukang Khairan kami untuk anda semua di sini, alhamdulillah.....

" Tiada lagi Pahlawan, Yang ada hanyalah Keajaiban "



Kod Produk : KING KPG 15814-500
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 500

Sabtu, 16 Ogos 2014

GMG BUNIAN ASLI PENARIKAN BUKAN LT









Kejutan demi kejutan...kami lakukan untuk pelanggan GB dan GB-ez...huhuh
alhamdulillah

Perkara di atas adalah di rujuk.

Saya Tok Mat GB Bernombor Kod 15814 ( jangan dok wat p tikam pulak na ) memaklumkan bahawa item di atas ialah GMG bunian penarikan alam bunian , alhamdulillah.

Jadi saya ingin nyatakan bahawa saya amat malas untuk menyatakan khasiatnya... pandai pandailah pelanggan mencari akan kelebihannya GMG bunian ini.. ( sama je dengan GMG , cuma khasiatnya lebih 80% dari GMG biasa ).... 

Item Super Hyper Rare ni bukan boleh cakap banyak... cakap banyak pun tak guna maa.... ada hidayah di hati, off course akan di beli


Kod Produk : GMG BUNIAN 15814-500
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 500

Khamis, 14 Ogos 2014

KAYU KASIH HITAM NAKAWAN TIGER EYES



Ada 1 sahaja dan ia semakin limited , ahhhh.... 

Ini ialah ITEM HYPER RARE dan belum pernah kita dapat sepanjang perniagaan Tok ini, dan memang tidak pernah di maharkan di mana mana blog dan peniaga. Ianya jenis yang amat sukar di jumpai.

Tuan tuan, puan puan dan cik sekalian. Item ini bernama KAYU KASIH HITAM yang diberikan Permaisuri Isterinya seorang murid tok di Sarawak Iaitu Tuan Osman kabilah. 

Kayu ini berkhasiat ampuh di dalam menyemai kasih dan cinta serta sayang seseorang yang kita ingini, terbaik ialah membuat permata ini sebagai minyak pengasih dan terbaik sekali ialah membuatnya sebagai cincin dan di dalam poket anda adanya minyak , apa minyak pun tak apa, sebaiknya ialah minyak tidak berbau.

Usapkan minyak di permata kayu ini dan apabila ingin di gunakan , ambil sedikit minyak berbaki di permata ini dan sapukan kepada tujuan anda.

Insyallah berguna :

Soal Jodoh paksa

Menarik pekerjaan dan lulus temuduga denga mudah

Temuduga jadi suami atau isteri dengan mudah

Sebenarnya tok tidak ingin melepaskannya berikutan kuasa sihir yang ada padanya amat lah kuat sekali, bila disebut sihir bukan bermaksud benda jahat.... sihir bermaksud sesuatu yang luar biasa mampu berlaku... itu adalah sihir. Sihir tergolong kepada Hitam dan putih. 

Kayu ini di datangkan dengan 2 Gred , Gred Di atas ialah Gred HYPER SUPER dan gred di muka sebelah ( warna hitam ialah bergred A sahaja... x sekuat mana, tapi boleh tahan kuatnya juga dari mana mana item lain.

Bagi yang memilikinya, Tok mengharamkan penggunaan untuk tujuan yang salah dan menyimpang dari akidah... Kayu ini adalah asbab sahaja dan ia diritualkan oleh seorang Ratu Permaisuri Banjaran Nakawan.


Kod Produk : K KASIH HITAM 12814-1200
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 1200 ( Fix ) 

Bagi sesuatu barang yang mepunyai curse sihr begini selalu org meniagakannya sebanyak berbelas ribu dan minima adalah sekitar RM 6000 adalah masih layak buatnya , jangan lihat pasaran sini la, lihat pasaran eropah, tiap kali tok membuat perbandingan , ianya ialah perbandingan harga Eropah sana



Selasa, 12 Ogos 2014

KURSANI MARIH ( MAR'EH )









Ini bukanlah Kursani Planet Marikh, namun ia adalah sejenis kursani unik yang serupa kursani planet marikh , hanya sifatnya sedikit berbeza :

Tidak lekat megnet

Tidak berkarat

Manakala isipadu dan ketumpatan adalah sama dengan Kursani Marikh Sebelum ini .

Kursani ini kami perolehi di dalam bentuk RAW dan sebenarnya sudah lama dalam simpanan RAW dan specimen kami, Pada mulanya Tok agak Bingung Mengapa ia tidak lekat megnet kerana warnanya ialah jenis besi kursani, manakala batu kursani bewarna agak serupa tembaga.

Alhamdulillah melalui beberapa teknik yang salah satunya di panggil "Channeling ", tok memperolehi infi berkaitannya dan ia di namakan sebagai Kursani MAR'eh Dan ia adalah salah satu item peninggalan langka dari zaman dahulu lagi , lebih dahulu dari zaman Nabi Muhammad iaitu semenjak wujudnya Nusantara ini. 

Jenis logam ini di gunakan suatu masa dahulu sebagai pembikinan Mata Pedang dan Baju Perisai kerana ianya kekal bertahan dan tidak akan berkarat, dan lebih penting ia tidak mempunyai Radiasi yang mampu memudaratkan tubuh badan manusia dan ia amat keras.

Pemakai Permata ini insyallah terlindung dari radisi yang di pancarkan oleh pihak musuh dan mempunyai kebal darurat


Kami mempunyainya dalam kuantiti yang kecil sahaja

Kod Produk : KURSANI MARIH 12814-500
Bentuk : Permata
MAHAR : RM500

GELIGA MAYANG SARI ( IBU )


Assalamualaikum wbt dan salam bahagia

Alhamdulillah sepatutnya item ini masuk semalam , namun tok terlupa updatekan blog ini menyebabkan ia di tunda ke hari ini.

Item di atas ialah Geliga Mayang Sari jenis Pure Geliga, ia di gunakan bagi menyeru Puteri Mayang Sari bagi tujuan tertentu mengikut niat pemiliknya.

CARA MENYERUNYA 

Bahan : 

3 Batang Setanggi Jenis Cap Basikal

Kain Kuning 1 Meter Dilipat ( 2 meter )

Bungaan 7 Jenis yang harum dan bilangannya bebas, bukan dari jenis berduri dan jenis bergetah

Segulung Kapas yang sudah di Lampirkan panjang 1 kaki, setiapnya di susun ke bawah menjadi 1 petak segi


Lokasi :

Kawasan yang bebas bunyi dan cahaya


Syarat :

Mempunyai Wudhu'

Tidak memanggil dan di panggil semasa melakukannya

Tidak boleh batal Air Wudhu

Tidak boleh bergerak dll kecuali batuk semasa melakukannya.


Cara :

Malam Jumaat

Tawasul Hadiah Fatihah kepada : Nabi Muhammad Saw, Nabi Sulaiman A.S, Nabi Khidir A.S, 4 Malaikat, 4 Sahabat RAsullullah, Para Waliyullah

Tawasul SEDEKAH Al-Fatihah Kepada : Puteri Mayang Sari Gunung Ledang, Puteri Robiatul Adawiyah Pengiring beliau, Puteri Siti Zulaikha Pengiring Beliau

Selepas Siap Bertawasul ini , Bacalah :

Bismillah 21x
Fatehah 7x
Ayatul Kursy 5x dan ditiupkan setiapnya di Kanan, Kiri, Depan Belakang dan atas dan memohon perlindungan kepada Allah

Genggamkan Geliga ini di Tangan Kanan Sambil Hujung Jari Hantu di tekankan Kepada Geliga ini betul betul di tengah Telapak Tangan Kemudian :

" Assalamualaikum wbt Wahai Puteri Mayang Sari... Aku ingin........Niat....... Hadirlah3x "

Kosongkan Pikiran anda dari sebarang masalah yang mencengkam ( tenang ) dan di dalam hati berzikir 

" Allah Ya Ahli Mul Ghoib Puteri Mayang Sari "

Insyallah Sekitar Kawasan akan di rasakan Sunyi ketika akan hadir kedatangannya.

ISYARAT AMARAN 

Jika semasa melakukan, terasa semacam tidak kena, atau hadir cuaca tidak baik...jangan diteruskan..batalkan dan buat semula nanti 

APABILA HADIRNYA

Setelah hadirnya ia di hadapan, usah gentar dan menunduk, kerana ia amat merugikan jika hanya sekadar melihat sepatunya dan kaki putehnya itu. Cubalah untuk mendongak walau anda rasakan ada satu bebanan di atas kepala anda , seolah terasa kepala anda di tahan dengan satu bebanan kuasa...cuba lawan kerana kita sebaik baik makhluk Allah Swt. 

Apabila berjaya, Ucapkan salam da setelah dia menjawab, maka kenalkan diri anda dan apakah tujuan memanggilnya.


PANTANGAN

Jangan di ajak Menikah, kerana ia adalah Jenis Jin kecuali jika anda memang benar kenal sifat Jin ini dan amat berkehendakkannya.



Kod Produk : GMSARIBUNTAT 11814-400
Bentuk : Geliga
MAHAR : RM 400



Jumaat, 8 Ogos 2014

G.ULAR TEDUNG SELAR













Alhamdulillah , ini ialah sisa saki baki yang lepas yang masih ada di jelebu, tok selak sana sini mencari jika masih ada item rare di sana. Alhamdulillah terjumpa 2 biji Geliga Tedung Selar ini .

Ianya baik sebagai medium :

Kewibawaan

Malah insyallah mampu di jadikan sebagai penawar bisa di badan, sengal dan lenguh. selain khasiat yang di nyatakan di dalam penerbitan lepas ianya juga digunakan di dalam menundukkan musuh dan lawan atau kawan baru yang ingin bersahabat.

Ia juga mampu deria rasa dan bisikan halus jika ada apa apa kejadian tidak diingini ingin berlaku.

Kod Produk : GUTS BIRU 2814-450
Bentuk : Geliga
MAHAR : RM 450

RM 200