Yang masih CCTV tu sila tonton video ini sampai habis
Dalam blog tok selalu menyebut bahawa akan datang 1 masa org sanggup menukar nukarkan harta benda dengan item item asbab dan usaha. Masa tu dan kini pun pelawat blog 1 hari minima 2000 org perhari , seramai hanya kurang 20 sahaja yang menyedari kepentingan PERSIAPAN AWAL dan lagi 1980 org mungkin masih beranggapan benda ini karut, syirik dan sebagainya.
Tidak cukupkah lagi Ustaz Ustaz bercakap mengenainya bahawa benda ini ada di dalam Islam?.. bukan ustaz Google.. ustaz yang agak terkenal juga antara salah 1 nya ialah Syeikh Zainul Asri dan lain lain.
Apa yang tok perkatakan sejak beberapa tahun lepas, ayohhhh, lakukan persiapan segera, sekurang kurangnya untuk anak isteri anda, tidak kasihankah kepada mereka, tiada hati perutkah anda nanti melihat mereka , nasib mereka lagi beberapa bulan akan datang?
Selepas ini org org pandai tidak akan bertanyakan RM kamu, mereka akan bertanya " apa yang kamu ada?, beras, tanah, kebun, dll "
Nilai apa pada wang jika tiada lagi keperluan utk menggunakan ia..mungkin zaman ini belum sampai, namun TETAP WAJIB sampai.
Apa yang berlaku kini ialah permulaan, only beginning omputeh kata.
The Worst will come........
Makin hilang kepercayaan dan pegangan umat islam kepada Al Quran maka mudahlah hilangnya jati diri dan akhirnya mudah untuk di tawan musuh islam.
Ada org bertanya , org Palestine takda ke ilmu macam ni , asbab asbab macam ni memandangkan dah kata Arab lebih hebat permainan macam ni?.
Jawapan tok berikan ialah, permainan ini adalah asas, bukan untuk di gunakan 100% , tok ingin bertanya... sepanjang kamu melihat keganasan yang berlaku di sana apa yang rakyat Palestine pegang?... di mana kuda mereka, di mana pedang mereka, di mana Busur mereka?...... mereka cuma pakai lastik , batu. Kenapa?... biarpun ada jawapannya, tapi biarlah anda cari sendiri.
Asas contohnya nak berlari dari bangunan ke bangunan utk menyelamatkan anak, semasa di ruangan antara bangunan sekurang kurangnya kita berlari di dalam 1000 peluru tanpa jadi apa apa pada badan kita dgn izin Allah. Sekurang kurangnya... Benda ni semua bukan utk menjadikan anda superhero p dok tengah jalan menghadap 1000 peluru itu dengan megahnya. Macam tok cakap....semua benda ada limit dan had.
Ada org cakap.. kalau macam tu susah la nak dapat syahid.....soalan tok ialah , anda nak bunuh diri ke anda nak syahid ni ?... Jika anda kebal. anda tetap akan mati dengan Mortar, dengan Bom tangan, dengan periuk api, apa yang tok maksudkan ialah diri anda itu dapat di gunakan semaksimanya di dalam perjuangan, semaksimanya sampai musuh terpaksa guna bom utk membunuh atau melepasi benteng anda.
Apa pun, zaman itu akan sampai, zaman itu ialah zaman kesedaran bahawa nyawa itu amat penting dari harta benda dan anak isteri itulah yang dia ada untuk di pertahankan.
Mempertahankan keluarga, harta benda juga adalah termasuk di dalam syahid.
Biar kita geram , tapi bukan melulu, kita geram dan kita buat persiapan...ajarlah anak isteri seni mempertahankan diri kerana itu salah 1 tanggungjawab kamu sebagai ketua keluarga. Atau mungkin kamu superhero yang boleh cover semua org.
Assalam tok.nk share sikit.sy ada beberapa koleksi item permaisuri urduja bekal askar.cukuplah utk sy sekeluarga miliki.tp terdetik nk beri pd emak yg sy punya, sebab dia maklum pd sy dia ada gangguan pd bulan puasa lps.mak sy terima dah item tu hari ni.alhamdulillah sy minta mak genggam.mak sy kata item ni panas masa dia genggam.moga dgn izin Allah gangguan pd mak sy beransur redha.semoga yg buat tu bertaubat juga sebelum ajal menjemput.aamiin...
BalasPadamw.salam wbt, alhamdulillah tu tanda ada reaksi, suruh dia simpan utk dirinya ya.mudah mudahan di permudahkan
PadamBaik.terima kasih tok.
BalasPadam