Alhamdulillah ini lah dia item dari Puteri kemasek Hijau, batu ori tok jamin, tak ori kita bagi balik wang, tapi mesti lab test, kalau test mata saja kat peniaga kaki lima, so sorry kita tak layan na. Cara kita.. kalau pembeli p tanya peniaga lain dan depa kata ni kaca, kemudian di viralkan, tindakan tok bukan duduk saja, tok akan snap print shoot dan bawak adik beradik permata ini yang lainnya masuk lab test dan buat report polis, kita jumpa di balai bawak lah brg yang di beli tu , polis ambil report , salinan ic dan simpan, kemudian kita fight pakai lawyer Upah Lawyer ialah RM 40k untuk 1 kes, no hal sebab saman kita adalah kerugian selama ia di viralkan. katakan sale sebulan blog RM 50k, dan kerana viral ini ia junam ke 10K sebulan, - 40k. viral berjalan selama 6 bulan dan 6 bulan sale jatuh , maka saman yang di kenakan ialah 40k X 6 bulan : RM 240,000.. bayarlah balik kerugian itu . Kalau tak ada wang lagi takpa, nama masuk CCRIS/CTOS nanti dapat pusaka org tua bagi dapat kat anak anak tok juga hehe.. Tapi tuan tuan, tak pernah la sampai ke tahap ni.. pernah dulu cuma sampai ke Mahkamah , pihak keluarga musuh ni minta maaf dan bayar balik kos guaman yang sudah tok bayar, kes settle.. sampai hari ni tak nampak dah member tu..
Ini ialah Cara tindakan jika anda seorang peniaga dan tiba tiba ada org fitnah anda kata anda penipu , batu tipu dll.. dalam dunia real ni , batu tipu dan real ialah antara plastik dan tulen permata. Mahkamah tak terima kes alam ghaib, Akta tu sudah di hapuskan di zaman Mahathir dulu. Akta jin bunian apa semua ni dah di hapuskan sejak dulu di Zaman Mahathir memerintah.
Sebab tu kalau org tanya tok " tok, sy ada beli batu dari peniaga ******, ni betul ke batu penarikan?"..atau apa apa sahaja soalannya, tok cuma jawab " tanya dengan peniaga yang jual barang ni, tok tak jawab barang org lain"..bukan apa.. jangan salah faham.. terkadang bila kita kata palsu, dia p mengadu kat seller tu, lepas tu mula lah perang... dan berakhir dengan mahkamah.. nak perang lama lama keyboard warrior ni penat bang.. sampai mati tak habis. senang kita bawak p court je senang.
Tu lah pesanan tok kepada reseller tok semua, ni cara tindakan yang betul dan tepat, kalau anda berdepan dgn org gila, Its ok, abg kakak mak ayah dia tak gila, drg ni la kena bayar pampasan kerugian kita. lepas tu org gila tu kena pulas telinga, kurung terus dalam rumah, hpnya kena rampas dsbgnya. Dunia kita ada law, gunalah.. dari kita nak sakit dada berdepan dengan org org yang tak pernah puas.. cakap macam ni salah, cakap macam tu salah, yang betul cuma dia.. huish.. pegang perinsip tok, kasi ajar cukup cukup , biar dia tau Tanah ini ada Rajanya.... ada tuannya, bukan boleh buat sesuka hati.
Kalau di alam bunian masak org macam ni, kena sebat 40 sebatan dan kemudian di buang daerah, kerana hukum hudud di dalam islam bagi fitnah dan ghibah ialah buang daerah, nu p duduk dengan jin mambang hutan hehe.
Okok, emosi la pulak, tua tua ni kena cool tuan tuan, org kata kalau tak cool makanya org tua tak matang haha. tok tua hati mudo. Ada org panggil tok ni Tok Mudo, mudo sokmo la ambe Alhamdulillah.
Permata di atas ni gunanya untuk tujuan Kerezekian tapi bukan dengan cara biasa. Kerajaan Panchang separuhnya dan seluruh kerajaan Keriang menggunakan Doa bintang yang di panggil Hizb Bintang @ bahasa kita iaitu Wirid Bintang, Bintang ini cuma kod dan simboliknya ia di halakan ke arah langit yang penuh bintang ketika memohon sesuatu kepada Allah SWT..kenapa?... kenapa mereka berdoa dengan mengarahkan permata/geliga ke arah bintang?
Ini penjelasan Tok Mambar mengenai Hizb Bintang
Bintang bintang di langit sebenarnya ialah cahaya cahaya lampu dari kayangan ( rujuk kitab lama )
Cara berdoa kita ialah mengangkat tangan ke separa dada dan ada wali wali yang mengangkat sampai ke atas kepala dan mendongakkan kepala ke langit sambil berdoa
Rezeki, makmur, kemuliaan di turunkan dari langit bukan dari perut bumi
Arasy Allah di Langit Bukan di dalam Bumi
Sebagai mengingati asal muasal nenek moyang mereka yang masih berada di Kayangan di mana pada ketika seorang rasul ingin di lahirkan maka tertutuplah langit dan bumi , maka yang tertinggal adalah mereka yang leka dengan pekerjaan duniawi dan masih tersangkut di bumi hingga ke hari ini
Setiap kali mereka memohon sesuatu mereka akan mengangkat sebelah tangan ke arah langit dan mendongak ke atas dan berdoa kepada Allah seperti ini
" Ya Allah Ya Khaliq, sudah kesekian lamanya kami bertangguh di sini sementara saudara kami semuanya sudah di Kayangan, atas kesilapan kami sudah kami terima balasannya dan kami bermohon atas kurangnya iman kami yang dulu dan balasan yang kami sudah terima engkau berikanlah kami ........mohon mereka.... dan kami menerima kemurkaan Mu Ya Allah atas kelalaian kami"
Setiap kali mereka berdoa dan sebelah tangan di arahkan ke langit air mata mereka akan bergelinangan tidak kira lelaki perempuan, dan di kerajaan Keriang ini mereka jarang melakukan keraian melainkan jika ada persandingan, Hari kelahiran baginda Sultan pun tidak di sambut dan mereka hidup di dalam kedukaan selama lebih 100 Tahun alam mereka ( alam kita 1000 tahun lebih ).
Pada ketika Puteri Kemasek Hijau Ini berdoa dan di dengari di telinga tok, mendengarnya sahaja membuatkan air mata tok mengalir.. hajatnya cuma ingin membantu manusia yang memerlukan kerana baginya manusia yang berugama islam itulah saudaranya yang terdekat kini dan doanya hanya untuk mereka di sini dan tidak untuk dirinya sendiri.
Tok cuma berdiam kaku memegang tongkat tok, kalau ikutkan hati nak menangis dengan sekuatnya tapi tok tahankan , sakit dada ni tak usah cakap.
Sedihnya terkadang mereka terkena fitnah jin yang menyatakan itu gangguan bunian / Rahbaniyyah sedangkan mereka ini cukup susah mahu mencampuri urusan hidup manusia kecuali atas dasar urusan tertentu. Jin masuk dalam badan mengaku pelik pelik, puteri bunian lah, puteri Kerajaan ledang lah , Bomoh / ustaz tak bertauliah pula terus percaya dan menuding jari kepada mereka.. yang percaya tu sebab apa? sebab mulut yg bercakap..? ke nampak siapa yang bercakap?.. so tok nak tanya pula... jika isteri bomoh tu di katakan pakai mulut berzina dengan jiran sebelah, percayalah ya?.... tok yang tanyakan, mereka tak pernah lah tanya atau bersungut kenapa manusia mudah percaya pada cakap jin ini.
Allah sudah mengharamkan makhluk lain memasuki jasad makhluk lainnya... makanya jika Ia Jin Islam, tidaklah ia masuk ke dalam badan kerana dia tahu hukumnya adalah HARAM.
Pernah beberapa kali berlaku kerasukan iaitu 1 di Bandar Penawar dan 1 lagi di Pahang.. org yang mengenali tok menelefon tok tanya apa nak buat, tok cuma suruh dia buka loud speaker dan tok bercakap dalam hp , perkenalkan diri tok di alam sana ( Nama alam sana ) dan kemudian menyuruhnya keluar, Alhamdulillah dengan Izin Allah ia terus keluar?.. kenapa.. karomah sangat kah tok ini?.. tidak tuan tuan, tok bukan sesiapa , tapi tok cukup BENCI dengan jin jin yang masuk ke tubuh pesakit dan menyamar jadi bunian atau fitnah org sana sini, org tu buat lah, org ni buatlah. Nabi dah pesan apa?.. jangan percaya cakap jin yang MERASUK, kena siksa , tanya banyak kali sampai dia bagitau siapa sebenarnya yang HANTAR. Jin ini tahu jika ia enggan keluar , dalam sekejap tok akan sampai ( Laluan Astral ) Bersama bala tentera dan menariknya keluar dengan paksa dan membawanya untuk di adili , jika dia tidak mahu mengucap dan mengikut jemaah Jin islam Mekah maka ia akan di bunuh serta merta oleh jemaah jin Islam itu sendiri.
Dulu 1 kes di Felda Air Tawar 5, kota tinggi... yang masuk tu jin ugama Buddha, habis benda dia cakap, cina lah, siam lah.. kemudian dia cakap dia tak kan keluar selagi hati dia tak puas.. Kuncinya mudah, Buddha taat pada Tok Cha dia...tak perlu kita jerit dia macam org gila.. tok ada kenalan Jin Sami Buddha lalu tok seru dan hadirlah ia, terus makcik yang kerasukan Jin Buddha ini menyembah dan terus pengsan kat situ.. Hari ini makcik tu dah jadi mak angkat tok di sana.
Tu kisah lama, tok pun dah lama tak berubat, last tok ubatkan ialah seorang Artis FB namanya H****a Y****a ( dah nikah dah skrg dia alhamdulillah )
Masa tu kami ada buat kem di Marang, dan sengaja tok aturkan rawatan dia di jalankan pada waktu kem untuk memberi peluang kepada murid murid membantu gadis ini dan belajar kaedah rawatan tok.
Tok duduk dan sedang hisap 1 batang surya. murid murid lain dari 1, 3, sampai 12 orang cuba membantunya sementara dia sudah kerasukan dan sesekali mengilai, sesekali menangis, sesekali menjerit seram.. 12 org cuba membantunya sedaya upaya, ada yang dah penat memegang, tok masih lagi menghisap surya, maklumlah rokok surya ni lambat habis.. sambil memerhati mereka membantu.. habis 1 batang rokok , 12 orang ini sudah kepenatan, Tok bangun dan ambil 1 batang kayu ( dahan pokok ) dan menikam belakangnya , membuka kunci kunci jasad, dan mengeluarkan Jin keparat ini dari Nur nya di dalam, ada 3 ekor semuanya, dan tok jalankan tak sampai 4 minit. gadis ini diam dan pengsan, kemudian tok kuncikan semula jasadnya dan pasangkan pagar agar 3 jin ini tidak masuk lagi.. ia adalah jenis saka dan keluarga gadis ini dah bertahun cuba merawatnya tapi gagal. Murid tok semua ternganga dan tanya macam mana tok buat.. tok bagitau.. tonggak perubatan , dia perempuan kita lelaki, bukan muhrim, jangan sentuhnya dengan tangan, ini akan lagi menguatkan unsur jin di dalam badan, dosa adalah tenaga Setan. Kunci jasad manusia ada 7 dan 4 di belakang dengan 1 ibu kunci di leher. untuk memudahkan kerja, senang pakai di belakang sahaja kerana ia merangkumi kesemuanya sekali
Hukum
Mistik
Sains Meta
(Dalam aliran kognitif, metafora lebih dikenali sebagai metafora konseptual yang membawa maksud memahami sesuatu domain yang abstrak dalam satu domain yang lain yang lebih konkrit (Lakoff & Johnson, 1980). Metafora merupakan satu set pemetaan daripada satu domain konseptual sumber yang konkrit kepada satu domain konseptual sasaran yang bersifat abstrak. Komponen yang abstrak ini dijelas berbantukan unsur-unsur yang sepadan daripada komponen yang lebih konkrit (Lakoff & Johnson, 1980). Sebagai contoh dalam metafora TEORI ADALAH BANGUNAN, di mana TEORI merupakan domain sasaran sedangkan BANGUNAN merupakan domain sumber. Aliran kognitif membezakan di antara metafora konseptual dengan metafora linguistik. Metafora konseptual berlaku pada tahap kognitif sedangkan metafora linguistik pula merupakan realisasi kepada metafora konseptual yang dapat dikesan sama ada dalam penggunaan bahasa lisan mahupun tulisan (Khajeh & Imran, 2012; Safarnejad, Imran & Norsimah, 2013). Dalam makalah ini, fokus diberikan kepada metafora linguistik yang menunjukkan pemetaforaan tiga konsep KEHIDUPAN yang berbeza iaitu KEHIDUPAN ADALAH PERJALANAN, KEHIDUPAN ADALAH PEPERANGAN dan KEHIDUPAN ADALAH PERJUANGAN.)
Lojikal
Menurut sains meta, Tenaga manusia dari sumber vibration bertumpu di pusat, jika dari lojik nak rodok perut perempuan ini pakai kayu semata mata nak bersihkan 1 vibration?.
Dari segi hukum bila di rodok ikut depan dadanya akan berdepan kita dan khuatir naik nafsu , maka sebaiknya di gunakan kunci tubuh utama di belakang dan lakukan rawatan.
Ayat apa di pakai?... tiada ayat, ia dari kayu itu iaitu kayu yang kosong tiada apa apa nyawa padanya dan bagaimana kayu ini maka seperti itu lah tubuh gadis ini, kita hakikatkan macam itu
Selebihnya ialah doa kepada Allah agar gadis ini di sembuhkan. Itu sahaja
Tok bukan org berkaromah atau wali, cukup kita tahu selok belok tubuh badan manusia dan juga rahsia alam, In Sha Allah... kembali ke zaman dahulu.. Alam ialah Guru kepada manusia. Jangan tinggalkannya.
Nah, anda dpaat ilmu baharu hari ini?..
Kalau dulu di tahun 2012-2014 tok banyak menulis panjang macam ini, tok tahu ramai org suka, tapi yang tok tak suka ialah ia di amalkan oleh manusia yang inginkan ia di puja, di raja rajakan org awam dan kemudian menikam tok di belakang pula.
Imam Al Ghazali berkata:
"Jika seseorang mengajarkanmu walau 1 ayat, maka dia adalah gurumu "
Tapi kalau dgn tok selagi tiada baiah, tok tidak mengaku murid, mengaku murid ni berat.. sampai depan Allah nak kena berjawab. Dan tok baiah murid cuma 1 tahun 3 orang kini. tahun lepas cuma 1 org, 1 lagi balik sia sia. Tok tak perlukan pengaruh dan kekuasaan nama serta derajat, agak rare penggemar batu cincin seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia tidak mengenali tok, Jadi apa lagi tok mahu?.. dan tok bukan nak klaim apa apa dari keglameran ini, lagipun tak lama lagi tok akan tidur , cuci tangan dan lap siap... dulu cuci tangan saja, lap belum . Tok hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana mengenali tok di sini, semoga anda di berkati Allah dan di berikan kemakmuran dan keselamatan .
In Sha Allah.
Kod produk : PPSEKJAU 191220
Bentuk : Permata Kemasek Hijau
MAHAR : RM 150.25
========================
CARA PAYMENT BARU
Jika anda menggunakan MAYBANK APPS anda boleh terus scan QR code di bawah dan terus melakukan pembayaran dengan mudah sekali
Klik QR Scan Di bawah Apps dan lakukan verifikasi
Kini Anda Boleh Melakukan Pembayaran Melalui TnG E-Wallet Dengan Scan QR di Bawah
========================
Siap Kos Pos, dont worry be happy untuk semenanjung dan Borneo kini
Pantangan Membeli Item Mistik ialah JANGAN meminta kurang kecuali di beri promosi, berkurangnya Mahar maka berkuranglah Khasiat dan kelebihan, Ini lah peraturan dunia Mistik Semenjak Berabad lamanya
*we use FREE Shipping In Malaysia
( No Postage cost will be charge )
Id " Tanpa Nama" @ " Anonymous", sila lakukan pengesahan id di no khusus yang kami sediakan yang berhubung dengan sistem canggih kami di +60178259540, Atau komen anda tidak akan di terbitkan
Hantarkan whatsapp nama anda dan komen GRAB yang anda lakukan di halaman tertentu
Bagi Pelanggan Baharu ( Id Baharu ) sila Whatsapp juga Nama anda ke Nombor ini Sebelum Komen anda di terbitkan
Kami ingin menggelakkan SPAM ID dari pesaing blogger lain yang meniagakan item yang sama Bidang
Sekiranya ada peniruan ID , Pihak kami akan merujuk kepada pemilik asal ID dan memintanya melaporkan kepada pihak berkuasa di atas penyamaran yang di lakukan
GRAB Melebihi dari 1 di dalam 1 Halaman Perlu pengesahan ID di 0178259540 KECUALI bagi OTAI LAMA BLOG, Jika Tidak GRAB anda tidak akan di Pamerkan
Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam, kemudian buat Ulasan PAYMENT DONE atau PD atau sudah bayar di bawah ulasan GRAB anda itu tadi. Langkah ini sangat penting kerana ia akan memudahkan semua pihak. Harap maklum.
Setiap permaharan atau bayaran hendaklah dimasukkan ke:
MAYBANK E-WALLET
Maybank 551016691626 My Gemstone
ATAU
Atau Jika anda ingin menggunakan medium RHB atau PAYPAL, sila rujuk header blog di atas akan maklumatnya .
Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke Bonda JJ ATAU Cik Balqis DAN En Iman Blog ini yang menjadi admin anda dan pemudah cara anda di dalam permaharan bersama GB
BONDA JJ : 0178259540
EN IMAN & CIK BALQIS
0127845231
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsilakan 3a
PadamUngrab 3A dan grab 6A.
BalasPadamTerima kasih.
baik. 6a
PadamPD - 6A.
PadamButiran sudah wasap kpd Bonda JJ.
Maaf Tok Ayah, sgala urusan grab mlm td, guna phone@email lain.
Terima kasih.
baik, terima kasih ya
PadamSama2, Tok Ayah.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKayangan tu dkt atas awan ke atau gunung-ganang yg tinggi?
BalasPadamdulu. dunia berpeta 2.
Padam1 di langit dan 1 di bumi.
kedua dua peta ini sama. jika tpt ru ada bukit. maka berhadapannya juga ada bukit.
kemudian ia di tutup
cari kisahnya di dalam kitab kitab karangan ulama terdahulu
Sy pernah baca dkt mna ntah(lupa)...katanya lepas nabi lahir kayangan tu jatuh ke bumi..
PadamYa, bukan jatuh ke bumi tapi di tutup.. sebelum Nabi Lahir malaikat Jibril turun dan memberitahu semua makhluk selain manusia Bahawa Allah sudah menyediakan Langit pertama kepada mereka tinggal dan di perintahkan naik ke langit sebelum Nabi Lahir. namun ada yang leka, lalai dengan permainan, urusan dunia, kenduri, kompang dan persilatan. yang inilah tertinggal sampai ke hari ini di darat, hutan, bukit, gunung dan puncak gunung
PadamYang gunung tu last minit naik ke atas tapi tak sempat
Ooo..org tua2 dlu cerita yg puteri kayangan turun dgn pelangi ke bumi tu betul la..
Padamitu cerita mereka tapi tiada di mana mana kitab menceritakan mereka turun melalui pelangi, mungkin masa mereka turun tangga mereka warna warni
PadamGrab 1a
BalasPadamsilakan 1a
PadamPd
Padamterima kasih ya
Padam