Sedang duduk duduk di atas tikar sambil mengingat semula semua Petua dan ilmu Hikmah dan sambil juga mengerling 3 joran yang terpasang bonda berbaring dan melihat ke langit " Indahnya langit malam, tapi terasa kepala jadi besar dan apabila di lihat lama lama ia kian menakutkan " katanya... tok cuma " hurm" dan tok berkata " jika dapat melihat apa sebenarnya rahsia langit sudah tentu dinda akan pengsan atau tidak mahu lagi melihatnya "...... dialog terhenti , tok tahu bonda tidak mahu ambil tahu kerana dia tahu jika dia ingin ambil tahu maka tok akan laksanakan dan seterusnya dia tidak akan dapat lagi menghayati langit malam.
"Benda" itu sudah kian hampir.. cuma mata kasar manusia biasa tidak mampu melihatnya, terkadang perasaan takut itu membuatkan tok berjalan menunduk dan membongkokkan kepala kerana seriau.
Di atas sana yang tidak terpandang dek mata manusia ialah sebuah objek bewarna gelap dan bulat memenuhi langit dan di hujung langit sana kelihatan ia seperti ada penghujungnyadan ia berbentuk sfera, seperti sebuah planet yang amat dekat dengan bumi.
Di dalam kegelapan objek berkenaan adanya lampu lampu yang di nyalakan kota kota di langit ( rujuk kitab lama : bintang di langit ialah cahaya rumah penduduk langit )
Apa yang kita lihat di langit adalah sebuah ilusi atau bahasa lamanya ialah selaput perisai dan di sembunyikan oleh Allah SWT itu kepada kebanyakan manusia dan kepada sesetengah manusia itu di berikan penglihatan untuk melihatnya agar menjadi saksi betapa gerunnya kedudukan manusia itu sebenarnya.
Di langit langit itu berhimpun bala tentera Allah berupa malaikat malaikat pencabut nyawa yang sudah berbaris dan hanya menunggu perintahNya apabila sampai masanya kelak ( kematian manusia beramai ramai di hari kiamat ) , jika kali pertama melihatnya pasti tubuh akan meniarap atau berbaring sambil menutup mata dan cuba untuk masukkan badan ke dalam perut bumi kerana ketakutan yang melampau.
Berita berita dari langit.
Pernah kita dengar syaitan syaitan pergi kelangit untuk mencuri dengar berita di sana dan menyampaikan kepada dukun dukun dan bomoh bomoh scanner , bomoh bomoh ramalan dan Allah sambar mereka dengan petir yang hebat ketika perjalanan mereka kembali ke bumi dalam bentuk tahi bintang.
Bagi yang Di berikan pengetahuan, ilmu dan kelebihan berita berita ini mampu di ketahui ...tapi bukan dengan berbicara, namun dengan melihat keadaan di sana lalu membuat kesimpulan apakah yang bakal berlaku ke atas dunia. semakin dekat objek hitam ini ke bumi maka semakin dekatlah kiamat itu.
Buat bagi mereka yang "tahu" dan takut kepada Allah SWT
Buat bagi mereka yang "tahu" dan takut kepada Allah SWT
========================
LOJIKKAH SAINS BERKATA
Alam Semesta itu macam belon.. makin lama setiap bintangnya makin menjauh antara satu sama lain?
Sedangkan pengertian pengkaji islam terdahulu di dalam kitab alam semesta berkata bahawa "ia" semakin hampir ke bumi
Apabila jauh, yang "gelap" itu nampak dekat antara satu sama lain dan apabila ia semakin mendekat kita akan lihat ia menjauh antara satu sama lain. Think....
Jika planet semakin menjauh, maka bumi ini sudah jauh dari matahari lah ya
Salam dan mohon maaf sbb mganggu. Terkejut jg lihat keterangan tok kat sini pasal objek hitam tu. Beberapa tahun lepas kat animasi sy lihat ada cerita fiksyen dan cerita tu pasal bebudak remaja pakai qarin lawan sesama jin dan ada pihak lawan yg pakai qarin jg. Tp tdk lama lepas tu diorang ni kena la bg tau yg kiamat tu sudah dekat. Last2 lepas diorang fight agen kemusnahan tu terbuka la tabir bulan kat langit yg mana sebenarnya ia adalah objek hitam sebesar bumi nak colide atau bertembung.
BalasPadamPernah jg bermimpi sebelum lihat animasi tu waktu dulu, dulu ada planet sebesar bumi hampir......
Mungkin dah rindu nak usha2 kat blog tok sampai tmimpi semalam tp tu la. Dulu rajin nak ulas kat sini tp bila ekonomi tu tak baik takda budget nak beli terus stop.
Tmimpi pula tok dan bonda cam sesi pkumpulan ada penurunan ilmu kat para hadirin tp cam cuma 2 atau 3 org. Sy tak pula tmasuk. :( . Takpa la. Takdir kot. Tetiba ada kucing 2 kaki hadapan tp belakang takda lari laju jg dpt menyelamatkan diri dari kucing yg kebiasaan ada 4 kaki. Brader kat sebelah sy cakap " eh banyaknya(tak jelas) ********** **" . Sy pun cakap la " ni mata yg banyak ni cam simbol piramid "... sangat banyak simbol mata kat binaan dan lain2 di keliling kawasan.....Rasanya kalau lah maklumat satu benda kat mimpi tu benar... gua jd tempat psembunyian akan datang tdk la spt gua nabi saw. Tmimpi rasa nak diamkan jak. Tp rasa tak senang hati. Nak jg ulas. Sori ya tok kalau ada komen ni nampak melalut. Mimpi tu sy anggap mimpi2 sj. Cuma yg pelik siap tmimpi tok 😅
Assalamualaikum Tok. Apa yang tok ceritakan di atas, hampir sama seperti apa yg adik ipar saya sampaikan.
BalasPadam