keyword

Jumaat, 27 Ogos 2021

ILMU SEBELUM DI BERI IA PERLU DI ASAH

Memancing & Ritual

Tak Sabar nak memancing belut. Tgu mata kalinya sampai dari Ganu .buat masak pedas memang sedap..
Bagi mendapatkan lesen keluar malam dan elak di sergah pihak berkuasa, tok keluar rumah membawa sekali joran dan pancing, semua jenis joran ada, semua jenis umpan ada, semua jenis gewang , semua jenis bomb net, semua jenis kail, semua jenis lb tali , semua saiz pelampung ada... biasa la..org nak buat salah ni semua ada bhahahhaha...
 
Ini ialah kisah semalam....

Bagi menghabiskan ritual ilmu dan hikmah tok perlu habiskan ritualnya yakni menghafal semula semua keilmuan dan menguji diri dengan pasangan, ritual ini umpama exam bagi tok, tidak boleh mengajar ilmu jika kita sendiri tidak menghafal dan lupa. Maka ia perlu di asahkan semula.. org tidak mahu pedang yang sudah tumpul, dan jika mereka terima maka terjadi aniayalah kepada mereka pula.
 
Jam menunjukkan pukul 12.20am.. kadar rembulan belum betul betul di atas kepala, 3 joran tradisional di unjurkan di tepi sungai .. letak pun hanya syarat sahaja di tepi gigi air dan berumpankan cengkerik.. perut ayam ada tapi tidak di gunakan takut badan menjadi kotor utk ritual.
 
Sedang duduk bertafakur tiba tiba joran yang di tengah kailnya di makan ikan yang tersangat besar.. kelihatan sirip ekornya sebesar 4 jari yang di kembangkan... masa joran tradisi dengan tali bersaiz 10 lb mampu menjinakkan ia. Tok menjadi terkejut dan spontan mengangkat kail itu bersama bonda, namun...ya... talinya tercabut dari hujung joran ( ikatan simpul kasih je ) , kami berdua ternganga, kemudian sudah kail itu hilang talinya, ikan yang sama menyergah joran yang di tepi , joran itu sudah di lengkapi tali berkekuatan 35lbs ...boleh di katakan mampu menarik ikan itu ke atas darat, namun mata kailnya pula bengkok...sekali lagi kami tergamam, bonda beberapa kali berkata " ralat sunggut rasanya ". tok meneruskan amalan sehingga dapat selesai ( dapat ingat ) semuanya dan kami pulang pada jam 4.30pagi beserta dengan hasil 8 ekor keli .. Bonda tu hantu pancing dan hantu ikan... balik terus di masak dan di makan ikan yg paling besar, bukan tidak ada bawal emas dan ikan temenung serta kambing dan ayam di dalam peti, tapi ikan hasil tangkapan sendiri itu baginya lebih sedap kerana ia fresh.... bayangkan kalau dia kata cabai pun wangi, manis... entah la macam mana lidah dan hidung org perempuan ni kan?. Malam ni katanya mahu repeat tapi tok cadangkan esok sahaja sambung kerana tok sendiri kepenatan duduk bersila selama 11 jam setengah 5pm-4.30am.. bonda 2x tertidur di atas tikar yg kami bawa bersama anaknya, ya..tok bawak anak usia 5 tahun sekali... org lain akan kata kami parent gila kot... actually yang tepat ialah kami parent yang nak dedahkan kepada anak anak agar jangan takut dengan kegelapan malam dan menjadi pemberani sesuai dengan namanya Annisa Uffairah ( Perempuan yg berani )...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih