Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera buat semua Pelanggan Kedai Ayah.
Apa khabar semua?.. Tok dan kami sekeluarga di sini alhamdulillah sihat, Sekarang tok sendiri sudah kurang keluar dari rumah dan mungkin hanya akan keluar 1 bulan 2-3x utk mendapatkan barang walau hanya di Kg Bukit atau Tengah Bendang di Kedah ini.
Konspirasi yang di katakan seorang guru 14 tahun lepas di Terengganu kini menjadi kenyataan.
Pada Ketika itu Abah tok berada di Ganu menjalankan urusan kerjanya sebagai Pegawai TM , sama seperti tok, dia melakukan urusan kerja sambil mencari guru guru bagi mendapatkan panduan dan pedoman hidup, cuma bezanya kami berdua ialah Tok lebih gemar mencari ilmu ilmu akhir zaman sementara beliau lebih gemar mendapatkan info info berkaitan apa yang bakal berlaku di kemudian Hari
14 Tahun yang lepas beliau Ke Setiu dan berkenalan dengan seorang Guru Tariqat , Guru ini berkata " Mahathir kata tahun 2020 Malaysia akan maju , ada kereta boleh terbang dan sebagainya, Namun sebenarnya pada tahun itu akan muncul sejenis penyakit yang aneh, malah selepas penyakit ini ada sekali lagi penyakit yang aneh bersambung dengannya ". Ketika itu kata kata Sang guru ini hanya di dengari sahaja tanpa di ambil ia sebagai hal yang serius.
Kini ia benar benar berlaku.
Mengikut Info yang tok sendiri terima dari pelbagai sumber terpercaya dari luar negara Apa yang berlaku hari ini adalah sudah di rancang sejak Tahun 1968 lagi, segala galanya, Termasuklah sistem Pendidikan dan juga pemesatan bandaraya serta susun aturnya.
Apa yang berlaku hari ini bukanlah sesuatu yang tidak di sengajakan, ia sememangnya sudah di rancangkan berpuluh tahun yang lepas.
Kita lihat di dalam negara Kita sendiri kini rakyat sudah mulai bersorak di jalanan , berkumpul dan meminta Kerajaan di ubah, jika pada pandangan tok gerakan ini ada unsur politik dan di kuasai oleh Politik Pihak pembangkang.
Apa yang tok ingin sampaikan di sini tidak berkait dengan mana mana politik melainkan ingin anda melihat ia sebagai perkara yang serius dan mulai mempersiapkan diri kerana di dalam negara kita adanya musuh musuh negara yang ingin mengugat kedamaian dan keselamatan 3 bangsa utama di dalam Tanah air.
Kesemua Bangsa ...DENGARLAH.... jika berlaku apa apa di antara kita.. ia bukan masalah di antara kita , akan tetapi ada pihak ke 3 yang entah bangsa apa malah mungkin tidak kira bangsa pertubuhan mereka ini cuba untuk melaga lagakan kita semua , jika ia berlaku 1 hari nanti berfikirlah bagaimana kita mampu hidup bersama selama puluhan tahun malah ratusan tahun semenjak zaman Melayu Melaka , Zaman Perdagangan, Malah Lebih lama Lagi ialah Zaman Perdagangan Kerajaan Langkasuka, Semasa Zaman Langkasuka lagi Kaum Cina terutamanya sudah menetap di tanah melayu , yang mana asal muasal mereka ialah Cina dari arahn Utara yang di buru akibat peralihan Dinasti, Kita mampu hidup dengan rukun , malah dulu dulu nenek moyang kita tidak segan berkahwin campur bersama mereka, buktinya mudah sahaja.... lihatlah rupa melayumu.... adakah rupa melayu?... melayu yang asli kulitnya gelap, rambutnya keriting, hidungnya kemek, tubuhnya kuat walau kurus...kita nama saja melayu tapi mata sepet, nama saja melayu tapi bulu tangan lebat macam pakistan, nama saja melayu tapi berbulu dada macam Bangla, nama saja Melayu tapi berhidung Sudan, Genetik kita sudah bercampur.. itulah buktinya nenek moyang kita dulu bersikap terbuka dan antarabangsa. Berfikirlah bagaimana kita boleh hidup ratusan tahun bersama pada akhirnya kini kita berbalah... tidak lain tidak bukan ia di sebabkan oleh.... anda jawab sendiri.
Muncul pelbagai pihak, grup yang mengklaim itu dan ini, kalau klaim Dia tu Raja, Keturunan raja, tu tok tak pelik, kalau nak kira Raja, Semua org sekarang ni berkuturunan Raja, dulu di semenanjung Malaya ini, setiap daerah ada Raja. Tapi tak kurang juga yang Klaim dirinya sebagai MAHDI...... Mahdi bukanlah di klaim, malah mengikut sabda Rasullullah SAW, semasa dia ingin di angkat sebagai Mahdi dia sendiri tidak mahu, namun akhirnya dia menerima juga takdirnya. Dan Mahdi Yang Asli petah bercakap bahasa Arab, Tinggal di Madinah Atau berasal dari Madinah... Ini kan bila di semenanjung ada org klaim dirinya MAHDI... jika ada yang percaya.. maka sememangnya sungguh rendah pengetahuannya mengenai ugama Islam.
Konspirasi terus wujud dengan kehadiran Virus Jenama Corv dan kemudian hadir pula Konspirasi mengenai vaksinnya. Sebagai Sebuah Blog Perniagaan dan bukan blog Konspirasi maka kisah mengenainya tok tutup sahaja , Cuma ingin tok sampaikan sekadar melepaskan syarat sebaia umat islam. Nabi Muhammad SAW bersabda apabila datangnya dajjal itu , dia menunjukkan kepada kamu tangan kanan dan kirinya... di tangan kirinya adanya api namun di dalamnya ada syurga buat kamu dan di tangan kanannya ada Kemewahan, Kekayaan, Dsbgnya namun di dalamnya ada Neraka Jahannam, Pilihlah Tangan Kirinya , Makanan kamu pada ketika itu ialah Zikir :
Subhanallah : Sering memuji Allah
Subhanallah : Sering memuji Allah
Alhamdulillah : bersyukur apa yang ada, kalau ikan parit yg ada, itulah makanannya seadanya
Walailah Haillallah : Tiada tuhan yang di sembah kecuali Allah, membawa maksud kita tidak beriman kepada apa pun kecuali kepada Allah , tidak akan menerima Dakyah Bukan Islam demi keimanan Kita.
( Nabi Berpesan kepada Kamu : Sekiranya seorang Muslim melakukan 1 kesilapan, maka pandanglah ia dengan 1000 Wasangka yang baik , namun jika seorang kafir melakukan 1 kesilapan maka pandanglah ia dengan 1000 Syak Wasangka )
Nabi Suruh Lari , beerti jangan ikut campur di dalam urusan yang di bawa Sang dajjal ini.
Ramai dari kita memandang hadith ini secara direct tanpa menyedari bahawa Bahasa Arab zaman dahulu itu bersastera dan berhalus... contoh nya kita ke rumah kenalan dan kita dahaga air.. jika di zaman ini kita cuma minta sahaja air " eh lan, aku nak air segelas "....... jika di zaman dahulu seninya bahasa itu amat berhalus " Jauh hamba berjalan, sungguh terik panas hari ini, tadi mahu singgah di Sungai di tepi kuala airnya pula masin "sambil memegang dada atau tekaknya... Itu tandanya dia minta air... apalah org zaman sekarang tahu erti Qias... Kadang kadang ibu kita berkata " Hurmm.. ni ma nak hantar adik adik g sekolah kedai pun tak berapa nak laku "... itu tandanya dia meminta wang utk adik adik kita.. ada setengah tak faham, malah di ucapkan kepada ibunya " Ma berniaga tu esok lusa ada la rezekinya , maklumlah skrg belum gaji "... sedih hati ibu...bila ibu kita bersedih, kita hairan... itulah kekurangan kita.
Apa yang Nabi sampaikan dulu dalam bentuk Qias, siapa belajar sastera Arab tahulah Syair Arab itu lebih tinggi bahasanya dari Syair bahasa melayu. Syair bahasa melayu pun kita dah nganga, ni nak dengar Syair bahasa Arab.. ?
Buat masa sekarang macam kami sendiri di sini, wang sudah tidak penting, jika ada sahaja benda yang boleh di jadikan ikhtiar maka kami akan menukarkan wang itu kepada barang tersebut, apa sahaja. Kerana apabila sampai masanya kelak, wang yang di simpan berkepuk kepuk itu cuma laku di jadikan kertas tandas sahaja.. Apabila sampainya masa itu beras sekampit tidak mampu di tukarkan dengan sekeping Not RM 50 pun.
Tok selalu menasihatkan rakan rakan dan murid murid, Jika ada Tanah di Kampung, pulanglah..ini lah masanya utk pulang ke Kampung kerana apabila sampai masanya kelak , anda mahu pulang tapi tidak boleh pulang.. zaman ini akan sampai tidak lama lagi. Amat tidak lama.
Buatkan 1 telaga.... kita dah tahu ramai org nak buat telaga, nih pelanggan2 yang ada modal, belilah mesin Boring RM 4000 ada, RM 6000 ada... 1 tapak Kos Upah RM 2500 bagi tanah landai dan RM 3500 bagi tanah berbukit, ambil lah peluang ini menjana pendapatan sendiri. Nilah zamannya org nak korek telaga.l
Tok masih ingat di zaman tok kecil dulu, ada 1 org tua dia boleh kesan air sungai bawah tanah hanya dengan merasa dengan tapak tangan sahaja, dia boleh tahu ini sungai bawah tanah utama atau cabangnya sahaja, jika mahu buat telaga seterusnya di kawasan tanah yang sama dia akan syorkan di kawasan yang lain katanya ada sungai 1 lagi di bawah dasar lagi jauh, dan kata katanya betul... Telaga pertama di bina pada kedalaman 7 Culvert dan telaga kedua di bina dengan kedalaman 21 culvert...memang dalam, setiap lapisan bumi ada sungainya sendiri. Zaman sekarang kita perlukan peralatan.......itulah bezanya Kaum Bashar dengan Al Insan... Bashar lebih menggunakan peralatan dan sebab itulah kaum Bashar ini tak suka dengan Kaum Al Insan yang lebih senang menggunakan ilmu Hikmah... dah kalau boleh main scan je kan, siapa nak sewa , beli alat alat canggih ni?.. buang karan je dorang cipta pun. Mana nak jana pendapatan bagi mereka. Kerana itulah Kaum Bashar ini amat membencikan Kaum Al Insan.
Namun kini semua dah terlambat... boleh di katakan kita semua sudah menjadi Bashar yang lebih sukakan peralatan, gadget, mesin, service... Al Insan di anggap manusia pelik, manusia ajaran sesat, manusia munafik, manusia syirik dsbgnya, Nauzubillah...kita manusia zaman kini cuma menjadi alat kepada mereka yang berkepentingan.
Ada juga grup dan team mistik yang di ketuai wanita... ada harta karun sanalah sini lah... tok cuma gelengkan kepala.. Jika datang berita kepada tok yang sebegini, tok akan tanya, adakah wanita itu Janda?... kebanyakannya ialah ..YA... Maaf ya tok katakan... di sebalik makeup mereka yang cantik, di sebalik tudung mereka yang labuh itu mereka ialah seorang manusia yang mengalami Depressed. Mereka stress dengan apa yang berlaku di dalam kehidupan mereka...namun tak semua ya... tok cakap ni ialah Kebanyakan...bukan semuanya.. kebanyakan mereka depressed.. Apa mereka dapat .. scan sana sini ada harta karun... kalau ada, sewa JCB lah korek kan senang...zaman dulu org tak pakai JCB sebab benda tak ada... kalau zaman kita budak budak dulu Hanya Kerajaan sahaja ada JCB, kemudian org kaya kaya pembinaan, kontraktor kampung pun zaman tu takde JCB.... zaman sekarang ni org kg pun ada JCB, sewa dan koreklah, cakap banyak tak guna.. Korek tengok kalau ada. Org depressed ni macam macam boleh jadi, Mengaku itu dan ini...jika benar pun kita pentadbir alam Ghaib, itu cerita di alam ghaib, nasab alam pun tak sama dah.. Cuba bawak kisah alam manusia ni ke alam ghaib, org alam ghaib nak amik tahu ke tak?.. tak endahkan terus ada lah. Tapi ada manusia bernama Khalifah yang boleh percaya dengan mereka. Allah Hu Rabbi... Islam tak bagi wanita jadi pemimpin ada sebabnya. Kerja wanita ni apa dia?.
Akhir sekali... di akhir zaman ini tok menasihatkan kepada anda semua , pelanggan dan pengunjung blog ini, Masa kita kian tamat. Persiapkan diri dengan Amal, Persiapkan diri dengan peralatan akhir zaman, jangan mudah terpedaya dengan Helah Al Bashar dan menjadi alat mereka. kembali lah ke azali nenek moyang kita yang hebat hebat di dalam keilmuan, ini Ilmu Allah..bukan Ilmu Setan... Ilmu Allah kita ambil, ilmu setan kita jauhkanlah.
Semoga kita di selamatkan bukan di dunia, malah sehingga ke akhirat.
Wassalam. in sha Allah. Terima kasih atas ingatan tok.
BalasPadamSama2 tuan
PadamAllahu Akbar tok..t.kasih diatas ingatan dan nasihat tok
BalasPadamSama2 puan.
PadamTrime ksh tok ayah atas peringatan.
BalasPadamSama2 tuan.
PadamWksalam. W b.t inshaAllah akan di gunakan segala yg ada. Terimakaseh tok.
BalasPadamSama2 tuan.
PadamWaalaikumusalam wbt tok...
BalasPadamAlhamdulillah
Terima kasih tok
Sama2 tuan
PadamWaalaikumussalam. Terimakasih Tok.
BalasPadamTerima kasih puan.
PadamWaalaikumusalam Tok, terima kasih atas ingatannya
BalasPadamSama2 tuan.
Padam