PERANG AKHIR ZAMAN
====================
Wahai sekelian sahabat-sahabatku yg kukasihi!
Hari ini Allah Ta'ala telah mengilhamkanku untuk membicarakan tentang perang akhir zaman. Semoga apa yang kusampaikan ini dapat difahami oleh sahabat-sahabatku sekelian. Barangsiapa yang tidak bersetuju dengan tulisan ini, jangan cepat melatah. Abaikan sahaja. Kita tunggu kebenarannya nanti. Hanya Allah Ta'ala sahaja yang mengetahui akan apa yang sebenarnya berlaku.
Peperangan akhir zaman ini adalah hari yang penuh dengan kegelapan dan kezaliman. Ramai yang terkorban akidah dan juga terkorban nyawa dalam peperangan ini. Perkara ini berlaku samada secara rela, rela terpaksa ataupun dipaksa. Peperangan terbesar dalam sejarah dunia ini tidak menggunakan senjata konvensional tetapi teknologi tercanggih dan sihir kerana yang terkorban hanya sebelah pihak sahaja. Malah, alam tidak rosak kerananya. Itu sangkaan mereka pada dasarnya.
Apa yang paling menyedihkan dalam peperangan ini ialah apabila akidah terkorban kerana cinta kepada duniawi. Pertimbangan dibuat menurut kehendak nafsu dan bukannya akal. Lalu, engkau jatuh kufur samada engkau sedar ataupun tidak. Na'uzubillahi min zaaliq.
Biarlah engkau berkorban nyawa dan kesenangan dunia kerana mempertahankan yang haq. Itu lebih baik kerana matlamat Allah menciptamu agar mentauhidkan-Nya telah tercapai. Alhamdulillah, engkau telah menang. Berbahagialah dirimu sekiranya beroleh mati syahid. Nabi telah bersabda bahawa pada akhir zaman, orang-orang yang memegang sunnah baginda diibaratkan seperti menggenggam bara api.
Tetapi, apabila sekiranya engkau terkorban nyawa disebabkan oleh kebodohan diri engkau sendiri kerana menurut kesukaan nafsu, ia amat mengecewakan. Terkorbannya engkau itu kerana cintakan dunia. Namanya terkorban juga. Punca kematian pun sama. Namun, tiada syahid untukmu kerana niatmu itu berbeza. Sungguh malang nasib dirimu.
Bermulanya engkau diciptakan dari setetes air mani. Tatkala keluarnya air mani itu disertai rasaan yang mengkhayalkan. Lalu, ia bersenyawa dengan telur di dalam rahim ibu. Terbentuklah janin dan genetik dirimu. Hiduplah engkau melalui proses alami tersebut dengan kehendak Allah Ta'ala. Setelah itu, engkau dilahirkan ke dunia ini meniti perjalanan hidupmu sehingga ke akhir hayatmu.
Dari air engkau diciptakan dan dengan air juga engkau dimusnahkan. Ya, air tersebut adalah racun untuk merosakkan genetik dirimu. Inilah senjata biologi cetusan idea puak-puak Dajjal untuk membunuh dan menguasai alam.
Engkau jadi khayal. Berebut-rebut engkau berkehendakkan air tersebut. Sesungguhnya, engkau telah terpukau dengan sihir tanpa engkau sedari. Lalu, engkau sendiri yang menanggung akibatnya samada secara rela ataupun rela terpaksa sebab engkau jua yang menyetujuinya.
Inilah perang akhir zaman. Senjata biologi yang digunakan. Ia dapat dikesan oleh orang alim 'arifbillah semenjak dari awal lagi berbanding orang jahil. Mereka hanya akan tahu setelah ia terjadi atau mereka terus tenggelam dalam kejahilan. Tetap mereka tidak menyedarinya.
Ketika ini, semuanya telah terlambat. Namun, jangan engkau berputus asa kerana itu adalah sifatnya Iblis. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Berikhtiarlah beserta dengan doa, zikir dan tauhid yang haq. Selagi bernyawa, Allah Ta'ala akan mendengar rayuanmu. Kita hamba dha'if dan tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Ingat! Kita ada Allah. Bertaubatlah dan berserah kepada-Nya.
* Perang akhir zaman.
* Air beracun.
* Senjata biologi.
* Ada rosak akidah.
* Ada mati kufur.
* Ada mati syahid.
* Jangan berputus asa.
* Kembalilah kepada Allah.
* Doa, zikir, tauhid dan taubat.
----------------------------------------------
Ustaz Ismail Al-Faqir
(Kyai Ismail Al-Hikmah)
Pengerusi,
Biro Dakwah dan Islamiah,
PESAKA Negeri Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih