keyword

Jumaat, 22 Januari 2021

TAZKIRAH JUMAAT

 Mana Lebih Baik ?


Orang banyak ibadah tapi berakhlak buruk atau kurang beribadah tapi berakhlak baik?

“Wahai Al Syeikh, manakah yang lebih baik, seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau kah seorang yang kurang beribadah tapi amat baik perangainya pada sesama?” teriak seorang pemuda.

“Subhaanallah, keduanya baik”, ujur Al Syeikh sambil tersenyum.”
“Mengapa begitu?” desak si pemuda.

“Kerana orang yang tekun beribadah itu boleh jadi kelak akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia sebab ibadahnya. Dan kerana orang yang baik perilakunya itu boleh jadi kelak akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNya.”

“Jadi siapa yang lebih buruk?” desak si pemuda tersebut kebuntuan.

Air mata mengalir di pipi Al Syeikh.“KITA WAHAI SI PEMUDA” ujur beliau.

Bagaimana Harus kita , Soal si Pemuda ?

“Kitalah yang layak disebut buruk sebab kita gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri.” Beliau teresak-esak.

“Padahal kita akan dihadapkan pada Allah dan ditanya tentang diri kita bukan tentang orang lain.”

Sumber : https://www.facebook.com/1560340900/videos/10223401005124240/

4 ulasan:

  1. Allahuakbar. Mendalam maksudnya ni tok. Kita secara sedar atau tidak sering menilai seseorang; tidak kiralah untuk apa tujuannya sekalipun. Macam manapun dosa pahala itu hak Allah dan hanya Beliau yang layak menjatuhkan hukum.

    Apatah lagi kita di dalam dunia mistik ini, jangan kata pandangan orang luar tapi sesama pengamal pun ramai yang mencebik, sinis malah ada yang menghina sesama sendiri dek kerana jenis item yang dipakai.

    Terima kasih atas tazkirahnya tok.
    Moga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar, sama sama.. apa org pakai sebenarnya tak boleh lah kita menilai kerana kita tidak tahu niat hati seseorang itu pakai utk apa, pabila kita terus menghukum, maka ibarat kita ni tuhan yang tahu apa niat sang pemakainya..itu yag guru kata , jangan kita kata seseorang itu syirik, takut syirik itu berbalik kpd kita yakni kita ni umpama tahu apa ada di dalam hatinya macam tuhan

      Padam
  2. Betul tu tok, niat org kita tak boleh nak teka tetapi apa yg kita semua sbg hambaNya lakukan adalah bermula dari niat masing2. "Innama a'malu binniatt = Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dan disertakan dengan niat. Betul kan tok. InsyaAllah.

    BalasPadam

Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih