Assalamualaikum wbt wbt dan salam bahagia.
Dengan rasa rendah diri, tok mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Firdaus yang menegur tok mengenai Posting di Laman Permata Ratu Sabiqin.
Pertamanya selain dari urusan perniagaan sememangnya ulasan lain lain tidaklah kita terbitkan memandangkan blog ini bukanlah laman untuk beradu debat dan kata, melainkan ia sudah di iktiraf kerajaan sebagai sebuah kedai atau setaraf mall batu permata atau mall barangan tabaaruk. Namun semua ulasan itu kita baca dan kita nilai dan jika kata kata itu adalah berbau kebaikan maka kita terimanya juga dengan kebaikan.
Tok tahu dan sedar bahawa kita di zaman kesukaran di zaman di mana kita di landa musibah di seluruh dunia dan sudah tentulah menjejaskan ekonomi ramai rakyat di seluruh pelusuk dunia.
Untuk pengetahuan semua, Gerakan Menjana Ekonomi iaitu di mana melalui blog ini tok memaharkan pada nilai di bawah harga pasaran terang dan gelap mistik semata mata bertujuan untuk memberi peluang kepada semua bangsa, tidak kira Melayu, Cina dan India, Tidak di lupakan saudara senegara kita Kaum Iban, Kadazan dan sebagainya di Borneo.
Jika anda lihat sketsa corak perniagaan org lain, lagi sempit ekonomi, lagi mahal barangan di jual, Ini adalah kerana masalah stok yang kian juga berkurangan dan sekaligus jumlah produk mereka juga semakin berkurangan, Tidak salah mereka memaharkan pada nilai lebih tinggi dari jumlah sebelum MCO berlaku, kerana mereka juga memerlukan.
Tapi kami di sini di kedaiayahpay atau dengan nama lain Geligabunian tidak henti henti menerima stok baharu dari saudara seugama kita di Alam Ghaib dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah tok ingin memaharkan ia di musim MCO ini pada nilai yang mampu milik dan mampu jual kembali, Niat tok cuma 1, yakni dapat berkongsi pendapatan bersama semua orang.
Untuk pengetahuan anda, di sini , kami masih mengekalkan jumlah pekerja iaitu seramai 3 orang dan jumlah gaji yang perlu di bayar kepada mereka ialah sebanyak RM 3600 belum termasuk elaun petrol dan elaun biometrik sekiranya salah 1 dari mereka dapat mengekalkan prestasi di dalam pekerjaan. Kalau boleh tok tidak ingin memecat mereka dan jika boleh tok ingin mengambil lagi pekerja dan jika boleh tok ingin mengambil semua org agar pendapatan mereka sentiasa terjamin, itu semua adalah berdasarkan permaharan di Blog ini semata mata .
Tok ingin melanjutkan program Janaan Ekonomi ini sehinggalah selesai MCO dan pada akhirnya ia selesai, semua rakyat sudah selesa dengan keadaan ekonomi baharu, barulah mahar akan di kembalikan kepada mahar asal dengan matawang baharu yang sedang di rencanakan kerajaan sekarang .
Jika pada ketika ekonomi semua rakyat sudah terjana maka tidak adil pula kepada tok sebagai penjual masih memaharkan pada nilai penjanaan ekonomi ini sedangkan org lain bermewah mewah dan tok masih cukup cukup makan, itu tiada di dalam sistem keadilan islam.
Maka kerana itu tok melaungkan Program Janaan Ekonomi ini kepada peniaga peniaga lain di luar sana dengan mengambil barangan permata dan mistik di sini dan memaharkan di tempat lain dengan usaha anda , anda boleh menggunakan pelbagai platform sekarang untuk memasarkan batu permata dan usah anda takut, kerana blog ini sudah wujud 8 tahun pun ada yang baru jumpa blog ini semalam.
Tok ingin mendedahkan kepada anda pendapatan tok di shopee dengan hanya 120 produk bagi memberi semangat kepada anda menjana ekonomi anda sendiri :
Lihat tarikhnya .... Ia adalah pada Bulan Pertama MCO di laksanakan sehingga kini. Tok dedahkan demi memberi semangat kepada anda bahawa di musim MCO pun sebenarnya anda MAMPU menjana ekonomi sendiri, NAK DENGAN TAK sahaja. Jika anda berusaha pasti ada jalan.
Dan Di bawah pula ialah Pendapatan Kami Di Shopee Dari bermula 2019 Sehingga Hari Ini..Sila Lihat Tarikhnya ( 2019 tok x take serius di dalam shopee , dan 2020 pula cuma middle serius di shopee )....... Jika tok boleh buat... ANDA JUGA BOLEH
Pendaftaran di Shopee bukan susah, anda tak perlukan akaun syarikat, tak perlukan penyata cukai lhdn, tak perlukan pengesahan ic dll. Hanya No Hp di perlukan di dalam pendaftaran Shopee , dan tok setting 1 akaun cuma dalam masa 3 minit tanpa produk.
Di dalam Media FB ada 1 sumber pengiklanan viral yang berkuasa boleh anda langgan kini cuma RM 200 viral tanpa had iaitu di Mediaterkini.official. Anda boleh setkan platform jualan anda dulu dengan pelbagai produk atau cuma 1 produk sahaja dan kemudian membayar mereka rm 200 untuk viralkan produk anda kepada lebih 2 juta rakyat Malaysia dalam sekejap.
Ini lah cara terkini menjana ekonomi , jalan dan laluan sudah tok berikan kepada anda.
Umpama Sampan sudah di beri, dayung sudah di beri, tunggu mau jalan sahaja.
Jika anda di berhentikan kerja oleh majikan anda, percayalah kepada perniagaan , berbaliklah kepada Sunnah Nabi iaitu berniaga , In Sha Allah walau apa jua keadaan , Allah akan memelihara anda dan keluarga anda.
Kami di Sini cuba pemberi peluang dan peluang dan peluang sehingga anda berjaya dan lega , kami bukan peniaga yang memikirkan perut kami sahaja , tidak, Demi Allah Tidak sama sekali.
Berapa anda nak jual semula di platform anda adalah HAK anda, kami tidak pernah menilai harga reseller kami, malah kami berbangga jika barangan kami yang mereka maharkan dapat di jual dengan harga yang lumayan, langsung tiada rasa dengki, cemburu, malah ia memberi semangat kepada Diri Tok untuk meneruskan misi perjuangan tok membantu Rakyat Menjana Ekonomi mereka.
Sebagaimana yang tok maklumkan di dalam lama lepas...
" Bukit/Gunung kalau di cangkul sikit demi sikit lama lama Rata Juga"
Sama juga dengan Wang, benar anda kena simpan sedikit mungkin untk menziarah jika saudara anda meninggal, tetapi lojikalnya adakah kini anda cuma ada wang untuk menziarah, nak makan?.. nak bayar sewa rumah?... rasanya tuan rumah tak termasuk kan dalam budget rakyat sewa percuma?. Apa yang tok maksudkan ialah... Lagi perit kita, lagi kena laju kita, lagi sempit kita, lagi kena kuat kita... kalau kita berserah, maka kita akan tersepit dan akhirnya terhimpit , nak bernafas pun susah jangan kata nak hidup.. Kerana itulah kalau kita lihat di Indonesia keluarga bukan Islam, yang membiarkan diri mereka tersepit akhirnya terhimpit mengambil jalan membunuh diri 1 keluarga.
Janganlah kita sampai jadi begitu sekali, Selagi mana ada peluang, selagi mana ada ruang, berusahalah, Kerana itulah Umat Muhammad Akhir Zaman.
Wallahualam.
*Perjuangan tok ialah untuk rakyat, masuk dalam hutan malam malam bersimpang dengan ular, beruang malah curam dalam , tok memang tak takut dengan mana mana hantu tapi tok takut kepada binatang berbisa , akar kayu yang tak kelihatan dan curam yang tak kelihatan , tapi inilah perjuangan tok untuk anda, sekadar mana yang termampu tok lakukan sampai ke akhirnya, apa org nak kata, itu org.. mulut org bukan mulut tempayan yang boleh di tutup. Tiada org di atas dunia ini boleh lari dari cemuhan, kecaman manusia, Sedangkan Nabi Muhammad sendiri di cemuh semasa dakwahnya, Sementelah semua pemimpin di dalam Malaysia ni ada saja yang tidak kena kata rakyat. Apa mahu di hairankan dengan kata kata orang, tapi kita hendaklah pandai melihat siapakah mereka dan siapa pula org yang di cemuh mereka, maka kita akan tahu siapa mereka dan siapa pula org yang mereka cemuh, baru kita mampu menilai mana yang benar dan mana yang salah.
Kerana itu tok kata, jika peluang sudah di berikan, tok minta 1..jangan di depan hari anda kata anda tidak pernah mendapat peluang. Peluang bukan beerti wang seketul, tiada wujud di zaman ini tuan tuan.. peluang ialah anda nampak pasarannya dan anda mengambilnya sebagai sebuah peluang.....sebagai contoh sekecil kecil anda melihat rangka basikal dan anda melihatnya peluang untuk menjadikan ia sebagai sebuah basikal baharu dengan bakat yang anda ada dan kemudian menjualkan ia kembali. itulah peluang... kok mana pun, ia mesti ada sedikit usaha.
TIADA KATA KATA NEGATIF UNTUK MENGHALANG KITA MEMAJUKAN DIRI SENDIRI DAN TIADA KATA KATA YANG BOLEH KITA DENGAR UNTUK MENGHENTIKAN NIAT KITA UNTUK MEMAJUKAN EKONOMI MASING MASING... MALAH LAGI SEMPIT ......LAGILAH KITA KENA KUAT.
Buanglah Mentaliti Pemikiran org tua tua lama kita mengenai ekonomi, ada duit, simpan duit... Tapi dengarlah Pendapat Org Org berjaya, Ada duit , maka gunalah DUIT itu untuk Mendapatkan Lebih Banyak DUIT... dah BANYAK DUIT, BELILAH EMAS dan Baru Lah SIMPAN EMASNYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih