keyword

Rabu, 13 Januari 2021

PERANG JERAI 2020-2021









Sebagaimana yang di ketahui sebilangan ahli spiritual tahap Hard Core, kerajaan Jerai kini di dalam dilema peperangan di antara mereka ( org kayangan ) dengan Jin Jin Kafir yang jumlahnya amat ramai.
Sedia maklom tahun lepas tok naik ke Jerai dan tok memberitahu di blog bahawa Jerai sudah tidak kelihatan berseri seperti dulu dulu, dan 2 tahun lepas tok memaklomkan bahawa ada pihak pihak NON MUSLIM naik ke atas sana dan mengotorkan kawasan Batu Saf Padang Tok Syeikh dengan pemujaan berdarah antaranya darah Ayam, Darah Anjing dan Darah Gagak Hitam. 

Sehinggakan pada 1 masa tok naik ke sana, Aura Kawasan ini berubah, udara di atasnya beraura Negatif dan tidak mesra Manusia. 

Pada ketika itu tok cuma berdiri di tepi papan tanda sahaja melihat kawasan saf dan tidak masuk ke dalamnya , memerhati sambil mengertap gigi. 

Tok Turun ke bawah dan melihat waktu itu ada segerombolan NON MUSLIM sedang bermandi manda di kawasan Telaga Pak Syeikh , malah membuang sampah di merata tempat. Mereka tidak sedar, kelebihan Telaga Itu cuma boleh di nikmati mereka yang berkalimah Syahadah, kerana itulah perjuangan Tok Syeikh ------------>
Padang Tok Sheikh ialah tempat yang terkenal yang disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa di mana terletaknya makam Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Al-Qumairi dari Yaman.

Sheikh Abdullah ialah ulama yang mengislamkan Maharaja Derbar Raja, pemerintah Kedah Tua pada tahun 1136 Masihi. Maharaja Derbar Raja menukar nama kepada Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah, Sultan Negeri Kedah ke-9 setelah memeluk Islam.

Sebuah menara dibina atas Gunung Jerai dengan titah Sultan Muzaffar Shah sebagai tempat melaungkan azan di samping memperingati pengislaman baginda dan pertukaran nama negeri 'Kalaha' kepada 'Kedah'.

Sheikh Abdullah meninggal dunia semasa memantau pembinaan menara tersebut. Beliau dikebumikan di kawasan rata berhampiran menara azan tersebut dan kawasan tersebut kemudian dikenali sebagai Padang Tok Sheikh, bersempena nama beliau.

Sebuah Istana Kerajaan Bunian / Kayangan Juga didirikan berhampiran Tapak Saf ini iaitu di kawasan pertapaan Tok ketika remaja dahulu dan ada jambatan menuju ke puncak Menara Telekom melalui depan Masjid ( yg sepatutnya di bina ), umpama masjid itu di hadapannya ada FlyOver yang tidak terlihatkan oleh mata kasar manusia. 

Kawasan ini di cerobohi dan di jadikan tempat dan pusat kepentingan manusia untuk tarik duit, tarik nombor sebagaimana yang tertulis di wikipedia di bawah ---------->
Walaupun Padang Tok Sheikh diiktiraf sebagai antara geotapak bernilai tinggi dalam Geopark Jerai, tempat ini masih dibelenggu dengan kegiatan pemujaan nombor ekor, tarik wang dan amalan-amalan khurafat lain termasuk membuang sial.

Padang Tok Sheikh juga dikenali di alam nusantara sebagai antara lokasi bagi melengkapkan ilmu pertapaan.

Pengamal khurafat akan datang bertapa dengan mendirikan khemah-khemah di sekitar Padang Tok Sheikh sehingga mencacatkan pemandangan.
Geotapak Telaga Tok Sheikh dan Geotapak Batu Kapal juga menjadi lokasi amalan-amalan khurafat yang sama.<-------------------

Apa yang manusia durjana ini lakukan amat lah buruk dan teruk sehinggakan Istana Ini terpaksa di pindahkan ke Lokasi Baharu iaitu Puncak Laut yang menghadap laut , Puncak Laut ini adalah Istana Persinggahan yang lebih lama dari istana baharu dan dulunya ialah Istana Utama Kerajaan Jerai.
Kemudian pada 1 ketika tok naik ke atas, bertujuan untuk melihat pemandangan bersama bonda. Kami menuju ke kawasan pertapaan Tok dulu dan kami berjumpa 1 khemah kanvas , melihat kepada binaannya, ia sudah lama bertapak di sana, siap ada dapur , tong air dll. Tok melihat ke dalam melalui celahan kanvas jika ada org di dalamnya..tiada org. tok mengundur dan di tepi khemah itu ada lubang sebesar penumbuk dan darinya Tok melihat 2 biji mata putih.macam mata org, tapi putih bersinar sedang memerhati tok. Tok terus "masuk" angin pahlawan dan bertempik, menyuruh khemah ini di buang , kemudian tok berjalan ke Padang Tok Saf dan menghidu bau rokok surya, entah dari mana sumbernya. tok terus menjerkah " Bertapa kepala otak kau hisap rokok".... dan tok ke hulu hilir mencari siapakah gerangannya tapi tidak berjumpa, tok terus bersumpah seranah kerana kawasan padang Tok Syeikh kelihatan kotor dan ada sampah. Permukaannya juga sudah tidak rata dan menggelongsor ke bawah akibat tiada pasak dari Istana Jerai, waktu tu tok rasa nak marah, nak menangis, dua dua perasaan berada di dalam diri tok sekaligus. 

Maaf cakap, dan beribu ribu maaf.mungkin tok silap pandang , org yang melakukan kekotoran sampah dan khemah di atas sana berkulit gelap seperti india , tapi memakai kopiah, Merekalah yang menguasai kawasan ini pada waktu selepas NON MUSLIM naik ke atas sana buat kotor. 

Kemudian selepas beberapa minggu tok menghantar 10 juta bala tentera bagi membersihkan hajat manusia manusia bodoh ini ( bodoh sebab mereka ingat padang tu boleh bagi duit pada mereka tanpa usaha , dah tak dapat mereka buat kotor pula ). Kemudian tok kembali dan melihat khemah khemah sudah tiada , manusia bertapa pun sudah tiada, tapi aura udaranya masih berbau hanchinggg. Tok memanggil salah 1 panglima di sana dan berkata kepadanya " inikah kerajaan yang terkenal dengan kehebatannya memegang khodam khodam manusia ?" " sampaikan kepada pemerintah kamu DYM SULTAN SYED **********, nama saja penunggang naga, tapi PENGECUT. kata tok kepada panglima ini. 

Lama Kemudian Puncak jerai berlaku huru hara, pelbagai pahlawan, tentera upahan dan Panglima serta Laksamana dari pelbagai pelusuk negara hadir memerangi Jin Jin kafir di atas padang Tok Syeikh.... Minta Maaf di Batu Kapal.. Tok tak ambik port kawasan sana kerana itu bukan tempat tok berkhalwat, apa jadi di sana tok tidak tahu. 

Peperangan berlaku selama beberapa bulan, ramai pahlawan yang tumbang, ramai juga pihak musuh yang tumbang dan di tangkap serta di perhambakan. Ada juga yang diislamkan dan memerangi semula pemimpin asal mereka. 

Antara Yang Hadir ialah :

Laksamana Puteri Urduja
Laksamana Putera Chandra Kirana
Panglima Luqman
Laksamana Putera Indra Sakti
Dan Lain lain. Ramai.. Berjuta.. bukan ratus ribu.

Peperangan ini berakhir pada ruang waktu kita bulan 11 2020 dan kini masih ada ratusan ribu kepala kepala perang masih menunggu bersedia sekiranya akan ada serangan mengejut akan di lakukan oleh pihak jin. Kerana itu beberapa hari lepas Kerajaan Selat Bersekutu yang di geruni Jin Jin Laut selat melaka duduk berbincang apakah langkah seterusnya mereka akan lakukan. Urusan ini perlu di jalankan atas alasan seugama, bukan atas dasar itu ialah kerajaan Jerai. 

Sedia maklum... kerajaan Jerai ialah Kerajaan Berkecuali yang mana mereka tidak mencampuri urusan dunia luar dan sebaliknya. 

Bantuan yang tiba juga bukanlah dari permintaan DYM SYED ******* melainkan dari anak angkatnya Puteri Delima yang juga manusia macam kita yang menetap di Pendang, Kedah. Kini bergelar sebagai Laksamana Puteri Delima Merah.

Mereka boleh berpindah randah sekelip mata, kita manusia?... itulah padang Tok Syeikh yang kita ada, tidak ada padang Tok Syeikh yang ke dua. 

Esok tok ke sana kerana atas urusan yang sama, Cuma menghadirkan diri secara nyata sahaja kerana macam tok cakap, ada org nak tengok... dan urusan tok di atas sana masih tok fikirkan apakah yang boleh tok lakukan untuk membantu, kerana silap langkah, Kerajaan Keriang akan tahu identiti diri tok di sana , terutama Ratu Sabiqin yang baru baru ini di cabar tok di Laut Langkawi/Satun. Jika silap langkah, kemungkinan pemutusan silaturrahim akan berlaku dan tok cuba nak elak dari ia berlaku.
Apa peranan tok di dalam peperangan itu?... tiada apa apa, kecuali cabaran yang mencetuskan peperangan ini. ada prosuder yang perlu tok patuhi untuk menjaga identiti di sana, oleh demikian tok meminta jasa baik kawan kawan yang mempunyai ilmu terawangan untuk sama sama membantu menjaga kedamaian dan bersiap sedia di Jerai sana setiap malam. Apa yang tok boleh lakukan hanya di belakang tabir iaitu menghantar bantuan dari kerajaan jika ada apa apa perkara tidak diingini berlaku.
Dan sebenarnya.... Keselamatan kehadiran tok Ke Jerai esok hari adalah tidak terjamin dari kedua belah pihak. samada pihak jin kafir atau pihak kerajaan Jerai... dalam terawangan kita hero..dalam alam kita ,kita cuma manusia yang sakit urat sana sini ... mana mau lari bang... tok mengajak org ramai ikut serta tu ada helah sebenarnya hehehe... tapi MCO, tak terdaya lah, kalau tak , jika berlaku benda tak diingini boleh sama sama belajar macam mana nak berperang nyata dengan Jin menggunakan jurus Haq. 

Nampaknya esok malam ..tok akan ke sana seorang diri bersama 1 staff yang tak tahu apa apa tentang tenaga dalam. Doakan saja

*Jika Gang gang Ni naik lagi dan sembelih berdarah lagi, perang akan bertambah sengit dan tidak akan berkesudahan

Minta Ayah Tuah N Gang pertahankan semula padang saf ini dan tegah mereka non muslim masuk ke sana, padang Tok Syeikh adalah tempat solat org islam dari pelbagai penjuru Negara, sekiranya kawasan itu di nodai dengan darah sembelihan tidak sah maka ia adalah tidak berpatutan

15 ulasan:

  1. Assalam.maaf tok.adakah selain non muslim.geng mamak yg membuat onar di padang Tok Syeikh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tok x pasti mamak ka bangla, tapi mereka naik moto , pakai ketayap putih dan berkulit gelap, muka tu ala ala lagu tu la ( nak sebut mamak sat g ada org kecik hati )

      Padam
  2. al fatehah untuk sekelian makhluk ghoib gunung jerai. ya Allah lindungi mereka dari segala merbahaya.berikan mereka kejayaan. insyaAllah tok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn, mudah mudahan. buat masa la ni ada beberapa org sedang menghadiahkan fatehah 100x dan bismillah 1000x kepada mereka dan di harapkan dapat menjadi bantuan kepada mereka

      Padam
  3. Insya'ALLAH...sepasukan tentera dari Kerajaan Awan yg dikepalai Raden Pertiwi Arjuna akan di hantar ke sana utk Fisabilillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih, ada juga yang menjawab seruan ini, tok berasa amat terharu, Hanya Allah yang akan membalas jasa tuan

      Padam
  4. InsyaAllah... akan dihantar bantuan dari kerajaan kecil angsi yang dikepalai oleh Armaya Tarsandiq untuk berjihad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, sama sama pertahankan tapak masjid Syeikh Abdullah

      Padam
  5. Tok..Saya takda apa2 bala tentera stakat ni cuma nya moga2 saya dpt turut serta..walau mampu doa @selawat dr kejauhan agar usaha2 Tok dan sahabat2 disana dpermudahkan dan tetap dlm rahmatNYAšŸ¤²

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada sahabat yang sedekahkan Al Fatehah dan bismillah kepada mereka kerana ayat ayat ini mampu menjadi pembantu mereka di sana, In Sha Allah

      Padam
  6. Salam tok.. Dihati ingin turut serta dalam terawangan berperang.. Namun Saya masih Belum mencapai tahap Mampu berperang.. Walau Hati ingin turut serta.. Saya Hanya Mampu sedekahkan Al fatihah pada para Pejuang fisabilillah di Sana.. Moga diberi kemenangan Allahhuakbar

    BalasPadam
  7. tok, sy sedekahkan Al Fatehah unutk mereka dan jugak tok.

    BalasPadam
    Balasan

    1. InsyaAllah mudahan2 dgn berkat doa para mukminin dan mukminat sekalian tentera islam akan memperolehi kemenangan yang nyata.

      Padam

Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih