CERITA MISTIK JERAI
Disclaimer : Kisah ini ialah mengenai pengalaman perjalanan astral, pembaca boleh menganggapnya sebagai sebuah cerpen hiburan atau menanggapinya sebagai sesuatu yang benar, bagi yang tidak suka cerita mistik, sila get lost ke post lain yang menarik minat anda. :)
Keseluruhan Apa yang berlaku di Jerai
ALAM NYATA :
Manusia datang bertapa dan berkelah, keduanya sama sahaja, yang berkelah buang sampah siap pampers baby, yang bertapa pula jadikan pintu masuk sebagai bilik persalinan dan membuang pakaian terpakai di merata rata.
ALAM GHAIB:
Keadaan menjadi Huru hara apabila permulaannya ada Jemaah Non Muslim naik ke atas sana melakukan ritual BERDARAH dan kemudian di tambah dengan pembuangan sampah sarap yang menarik minat Jin Kafir Singgah dan akhirnya menetap di sana.
Kerajaan Jerai Mahligai ***** terpaksa di pindahkan total ke puncak laut dan kemudiannya di cabar 1 pemerintah mengenai kredebiliti pemerintah Jerai dan akibat dari Cabaran Ini Anak angkatnya yang masih berdarah panas menyahut cabaran ini dan menjemput pahlawan dari pelbagai kerajaan untuk menghalau kehadiran Jin Jin yang di puja dan Jin Jin yang hadir menumpang untuk memakan hawa sampah sarap. Lebih dari 60 Kerajaan menyahut seruan ini dan menghantar bala tentera mereka bagi membantu menghalau mereka. Dari 16 Juta bala tentera Jin Islam dan Org Bunian di laporkan seramai lebih 350,000++ terkorban dan cedera. Kini kepala kepala Perang masih menunggu di atas sana dengan jumlah lebih dari 18,000 Sahaja, Sementara lain lain sedang standby dalam Radius 30,000 batu iaitu kecepatan perjalanan ke Jerai semula dalam 1 saat ( Kelajuan Jin dan Bunian terbang ialah 30,000 Batu/saat ), Ini bertujuan untuk memerangkap dan serang hendap sekiranya berlaku pencerobohan sekali lagi atau serangan mengejut dari pihak musuh.
ALAM SPIRITUAL:
Alam Perdukunan, Alam Ahli Spiritual seperti kami mendapati kawasan Jerai di penuhi aura negatif , keadaan udara halus yang mempunyai kecaman ke atas keselamatan manusia ( kehadiran manusia yang tidak di senangi ).. sekarang keadaan udara sudah agak bagus.
TARIQAT TOK MUDA DI JERAI
Sepanjang proses memantau kawasan Jerai dan dalam masa yang sama permulaannya tok tidak dapat mencampuri urusan peperangan itu kerana silap langkah mencabar Ratu Sabiqin di Laut Langkawi/Satun untuk kepentingan kerajaan sendiri , walau beroleh kemenangan tindakan untuk membantu Jerai menjadi tergendala kerana di khuatiri di ketahui identiti.
Pada hari tok Ke Jerai Bersama https://www.facebook.com/muhd.hisyamuddin.3
Tok Jadi tidak senang duduk sepanjang musyarawah kami kerana selepas selesai urusan peribadi Tok Muda , tok jadi tidak keruan melihat keadaan sana amat memerlukan, namun kerana halangan akibat mencabar tadi , tok jadi tidak senang duduk, malah beberapa kali semasa berbual dengan Sdr Din ini tok melangkah tanpa kawalan , terkadang menuju ke depan, terkadang gelisah dan berlalu ke post utama.
Kemudian kami sama sama melihat keadaan di Post 1 , Utama dan Padang Shaff, kelihatan di Post Utama sahaja iaitu kawasan beranda Istana Mahligai***** berkocakan dengan ribut entah dari mana, sedangkan Post ini adalah di tengah tengah antara Padang Shaff dan juga Post 1 tempat kami melakukan aktiviti. Jarak antara 3 tempat ini bukanlah jauh , cuma sekitar 60 Meter ke padang Shaff dan post utama ke post 1 cuma hanya beberapa langkah sahaja. Tok semakin gelisah pada ketika itu sebenarnya kerana hanya dapat melihat , namun lega kerana serangan itu cumalah di 1 sudut istana sahaja, bermakna ia tidak seteruk mana.
Kami tidur pada jam 5.30am -+ dan semasa tok tidur sekitar jam 6 atau 7am keadaan bertambah huru hara dan kelam kabut , itu apa yang tok dengar dan rasa , bila mahu nyenyak terasa badan seolah olah di angkat macam nak terbang. Tok bangun dan dengar bunyi mengaduh...rupanya sdr Din jatuh dari Hammocknya.
Kami pulang.........
Hari pertama......nothing
Hari Kedua...... Tok menerawang melalui alam astral menuju ke Jerai, hanya sekejap sudah sampai, perjalanan itu cuma sekelip mata .
Di alam astral kelihatan ramai pahlawan dalam keadaan kepenatan malah ada yang cedera. Di antara ramai orang , tok berjalan di dalam halus.. maksudnya mereka tidak dapat melihat. dan tok terus berjalan dan berjumpa beberapa pengamal ilmu terawangan yang juga sedang menanti jika masih ada serangan , kepada mereka tok memperlihatkan diri tapi nampaknya mereka tidak mengenali itulah jelmaan tok di sana... jika anda melihat seorang lelaki tua berpakaian besi sisik naga emas dan berkain layang belakang bewarna putih dengan lambang kepala naga, memakai mahkota dan memakai niqob putih, pedang di sisi kiri, dan busur putih di belakang, itu ialah Tok. Tapi di sana tok bukanlah org muda. Rambut dan Berjanggut putih ke paras atas dada . Ya..itu tok. Pada ketika tok ke sana sebenarnya untuk menyertai peperangan tapi kelihatannya suasana sudah lengang dan sepi. Tiada dialog ketika itu kerana masing masing cuma kepenatan. Tok hanya memerhati keadaan sekeliling , tangan kiri sudah memegang pedang di sisi dan bersedia , tok berdiri di situ @ ruang waktu manusia di depan menara Tok Syeikh selama 3 jam sebelum beransur pulang perlahan lahan hilang bersama bawaan angin yang bertiup perlahan.
Keadaan di sana belum pulih sepenuhnya, mereka masih menanti dan bersedia jika ada lagi serangan mengejut di lakukan, Sudah ramai Jin Kafir yang di tangkap , di sembelih, di pancung, di cambok untuk maklumat dan ada yang sudah memeluk islam dengan rela , namun bilangan mereka yang kalah tidak sebanyak Pahlawan Pahlawan ini.
Kepada Mereka yang pergi secara Astral/terawangan tok mengucapkan terima kasih kerana hadir membantu dengan ketiadaan tok sendiri semasa ia berlaku, In Sha Allah esok lusa jika ia berlaku lagi , kita akan sama sama di medan peperangan untuk membersihkan kawasan Jerai.
Tidak cukup sekadar peperangan ini jika di alam Nyata masih ada manusia tidak bertanggungjawab melakukan pembuangan sampah sesuka hati mereka kerana Keadaan di alam sana bergantung kepada perbuatan manusia di alam nyata kita sendiri.
Kepada Ahli Spiritual di mana mana sahaja, baik nyata atau ghaib, tok menyeru agar kita sama sama menjaga keharmonian dan kesucian Gunung Jerai yang menjadi tempat pertama penyebaran Islam dan Tempat Pertama Azan di Kumandangkan di Negeri kedah ini.
Tapak ini juga menjadi tumpuan ibadah para Tahfiz, Madrasah dan Ilmuwan Islam serta ahli pertapa dunia mistik melayu. Ia seharusnya di jaga baik dari dalam dan juga dari luar, Nyata dan Ghaib demi kelestarian Tapak Geo jerai yang berharga ini.
Vision yang tok nampak ialah.... jika dunia belum kiamat..di masa hadapan tempat ini akan di jadikan rumah ibadah bukan islam... tempat2 begini bagi bukan islam di anggap dekat dengan syurga dan mereka memang suka jika rumah ibadat mereka berada di puncak puncak gunung.
Pertahankanlah... dulu ada cadangan nak dirikan Tahfiz, lakukan sahaja tanpa prejudis.. kenapa perlu di tahankan ?..... di sana jika di bangunkan tahfiz, keadaan di alam sana juga kian makmur, kian bagus, tapi jika di dirikan rumah ibadat ugama lain, semestinya mereka akan berpindah dan di gantikan dengan kerajaan lain. Adakah itu kehendak anda?...
"Jangan sudah terhantuk baru nak menadah"
" Jangan sudah didirikan baru nak bising "
Kami ahli spiritual mampu melakukan lebih dari itu, tapi jika ia di lakukan maka pasti akan berlaku kemusnahan, tanah bergelongsor , tanah runtuh berlaku, kawasan itu akan musnah total.
Fikir fikirkanlah bagi pihak kerajaan, jangan sampai kami naik angin. Biar runtuh, siapa pun tak dapat, senang.
Alhamdulillah. InsyaAllah tok. Bng man akan bawa lebih ramai kawan kawan astral ke jerai utk bantuan.
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih abg man, terbaik
PadamWaalaikmslm Betul tok..
BalasPadamBerdebar dada saya baca kisah yang sedang berlaku sekarang ini. Mudah-mudah masyarakat Islam kita semakin bersatu hati menjaga khazanah yang masih ada.
BalasPadam