keyword

Ahad, 18 Oktober 2020

BUDAYA BERTANJAK MENJUNJUNG MARUAH UGAMA, BANGSA & TANAHAIR

 



Alhamdulillah... nak masuk usia 40-an baru berminat nak kaji pasal tanjak, destar melayu...
2 Malam tok mengkaji mengenai destar melayu ini dan pada akhirnya tok tertarik kenapa ia bernama TANJAK.... Ia bermaksud Tanah Yang Di pijak. bermaksud Tanjak itu sememangnya Maruah yang merangkumi 3 perkara :
Ugama
Bangsa
Tanah Air
Dan apabila di pakai di kepala ia bermaksud kita menjunjung 3 perkara ini di tempat paling atas sekali..ini tok tulis dan terangkan paling ringkas, sebab dah mengantuk sangat dah haaa...
Barang siapa yang menghina , mencebik , mencemuh kepada tanjak, kepada pemakai tanjak, mereka memang selayaknya kita boleh panggil melayu tidak sadar diri, Hilang maruah dan jati diri, Lupa diri, Melayu mudah lupa, kerana Tanjak itu sendiri pembikinannya "ada kira", pemakaian tanjak itu sendiri termasuk kira kira di dalam Pakaian Sunnah iaitu memakai kain di atas kepala. Bukan beerti serban itu Tapi rupanya Kain ....memakai kain di atas kepala itu lah yang sebenarnya sunnah, Serban tu adat Arab, budaya dia.. kalau kita p Arab hari ni pun Yahudi pun pakai serban di sana. Syiah juga.. kerana itu budaya dan adat mereka. Jika kita ambil pemakaian kain di atas kepala adalah sunnah, Maka Benda paling tepat untuk duduk atas kepala kita ialah ?... Tanjak.....Tengkolok,.......Semutar......
Kalau bagi tok..... topi ialah identiti barat, Serban ialah identiti Arab, Maka kita pula Tengkolok , semutar dan Tanjak itulah identiti kita sebagai melayu.
Kalau tok sendiri pandang Bangsa kita ni, takda identiti, takda pendirian..kita bangga pakai topi/cap.. yang bukan identiti bangsa kita... Mat saleh bangga pakai topi kerana itu identiti mereka, Arab bangga pakai serban kerana itu identiti mereka.. kita?.
Kalau tak mahu menonjol sangat, Tanjak tepat yang boleh di pilih ialah jenis Gertam, ala ala topi jawa gitu. Nah Jawa pun ada ...Belongkon...masih mereka pakai sampai ke hari ini.
So tadi.. tok dah belajar 2 hari , ada la sikit sikit ilmu bab tanjak ni kenal sikit sikit. Maka tok beli beberapa jenis yang tok sesuaikan dengan suasana dan situasi, Sebagai contoh nak jumpa guru tanjak jenis Mahkota Alam, Nak p selesaikan masalah gaduh gaduh jenis Menyongsong Angin.......yang pakai tanjak jenis ni maksudnya orgnya jenis Main serbu saja, sesuai lah dengan tok ni yang sembrono saja, Tanjak Naga, Tanjak Putera Kayangan dan Tanjak Ombak Tinggi, meskipun ada beberapa jenis dulu, nanti dulu sat.. tok nak kena beli 1 almari kaca utk simpan semua jenis tanjak ni.
Cumanya tok ni belum sampai ke tahap maksima atau middle la dalam berbusana melayu.. ada org berbusana walau di RnR , tapi tok belum sampai ke tahap tu kerana kekaguman tok kepada perinsip Tanjak ni sendiri.. so nampak?... apa benda tok tgk sebenarnya?... bukan kerana kebudayaan, tapi kerana prinsip yang ada pada tanjak tersebut, Tok ni org yang complicated, not simple.. Kalau macam baju melayu tu , kenapa ada butang 5, saku 3, kenapa saku di kanan.. bagi tok, tu biasa sebab kita ada banyak baju melayu dan kita faham benda tu dan ramai org faham.. so org takkan tanya.. kalau tanjak ni, sure akan ada org tanya, kenapa ada tangga 3, kenapa pakai lagu ni, kenapa tanjak ni lagu ni, so tok suka org bertanya sekaligus menampakkan pada org lain bahawa Tanjak tu saja banyak maknanya, dan kenapa ia kita junjung di atas kepala. Haa. nampak kok mana tok nilai seni kebudayaan ni.. bukan sekadar kerana kebudayaan kita org melayu, tapi kepada kesenian, corak, prinsip Yang ada pada pakain tersebut. Bab ni memang tok minat.
Kalau dulu kita dok tgk org pakai tanjak, macam macam style, kita tak perasan kenapa style macam tu, kenapa style macam ni kan. Tapi bila 3 hari lepas tu tok p umah guru tok ( dia ada galeri ) dan kebetulan tok memang dok cari tanjak nak di simpan... nak simpan tau, bukan pakai... kemudian dah dapat tu, 2 hari tok pakai kecuali masa tidur dan mandi lah. 2 hari ni tok kaji apa itu TANJAK. dan tok dapati banyak benda tok tak tau bab Tanjak ni. dan benda ni menimbulkan kekaguman dan rasa sayang kepada salah 1 dari pakaian bangsa kita.
Hari pertama tok pakai suka suka.. macam trend..
Hari Kedua tok mula jenguk jenis jenis tanjak dan order sebab...?.. sebab tok dah tau tanjak ni bukan ada 1 jenis saja dan setiap jenis ada tempat dan situasi kita boleh pakai.
In sha Allah lepas ni tok akan pakai. Kalau org nak kata apa kat kita , takpa, its ok.. ibarat kita kutip pahala percuma, kalau org tanya kita jawab setakat kita tau, mana tahu esok lusa dia juga berminat.
Cuma bagi pengusaha tanjak ni, tok nak pesan la sikit, harga jangan mahai sangat.. org muda minat nak pakai, tapi masalah harga Tanjak VS Harga Rokok/Topi ni yang menjadi penghalang, sepatutnya.. pengusaha tanjak kena jual tanjak ni bawah harga cap.. Tgk pada kualiti lah kan, kalau dah kain songket, takkan nak jual Rm 20 hinggit pulak . Berpada pada... ingat tok dok pesan, kita nak meniaga lama, bukan nak meniaga sekali jual terus kaya, takda istilah tu, biar kita meniaga boleh di warisi kepada anak cucu kita, In Sha Allah.
Semoga Seni budaya Tanjak ini di pelihara dan di pakai oleh sesiapa pun , biar ia jadi perkara yang biasa.
Cadangan tok..... kalaulah di pejabat kerajaan di perkenalkan hari Bertanjak, tanjak saja dah cukup.. contohnya polis.. dalam pejabat katakan pada hari Khamis. Khamis di jadikan hari bertanjak.. maklum la malam jemaat kan 😛... Yang Inspektor pakai tanjak hulubalang, Yang Ketua balai pakai tanjak Laksamana, Yang Sarjan pakai Tanjak Menyongsong angin, Kan ke seronok juga kita tengok.. di Jabatan kerajaan lain pun sama. Lelaki saja lah, perempuan buat apa nak bertanjak pulak, depa pakai tudung dah.
Kalau budaya ini mampu kerajaan kita angkat semula, alangkah Indah dan bagusnya.. Biar satu persatu identiti bangsa kita di martabatkan semula. Takkan bangsa lain nak tolong naikkan martabat identiti bangsa kita?


3 ulasan:

  1. Balasan
    1. itulah jati diri dan prinsip yg harus kita junjung, di tanjak itu ada segala galanya utk memperingati kita.. kalau songkok tu dah jadi wakil parti, kalau kopiah pun dah jadi wakil parti ..maka wakil bangsa ialah tanjak

      Padam
  2. betui tokmat..setujuuu

    BalasPadam

Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih