Berikutan 1 masalah yang berlaku di Blog ZiZcorp.blogspot.com yang berlaku baru baru ini.
Kejadian yang berlaku adalah sebuah salah faham di mana Ada 2 order dari 2 org yang berbeza untuk 1 barang.
Dan kedua pula ialah campur tangan asing di dalam Urusan ZiZ , anda semua tahu bahawa ZiZ tumpang letak barang mereka di Premis tok untuk di uruskan, Jadi ada individu di dalam Syarikat My Gemstone sudah buka itu barang lah... ambil dan jual... So ini macam kalu, tidak amanah la. Ada faham kah?.
Dan Urusan ZiZ tak sepatutnya di campuri oleh org org dari Syarikat My Gemstone, ZiZ cuma menumpang letak dan di uruskan oleh My Gemstone bukan boleh di ambil dan di jual kepada Pelanggan My Gemstone.
Tok Sendiri sebagai Pemilik ASAL Syarikat My Gemstone berasa terkilan dengan apa yang berlaku dan Oleh kerana itu Tok mengambil Alih Semula Syarikat ini 100% dan selepas ini akan di uruskan sepenuhnya oleh Tok Muda Sendiri, Untuk itu maka tok perlu korbankan Perjuangan Politik Tok untuk ada masa menguruskan Blog Ini.
Bagi Individu yang terkena akan masalah ini, Pihak MyG Iaitu tok sendiri memohon maaf atas kekhilafan ini, Bagi Pihak ZiZ sebenarnya tiada salah apa dari Pihak Mereka, Kesian juga bila Cik Bella kena marah dengan Pelanggan Tersebut padahal memang nyata bukan salah dia.
Sememangnya dari awal tok sudah berpesan org org MyG tak boleh campur dalam urusan ZiZ kecuali tok sendiri sebagai Share Partner dan Dato Sendiri melepaskan 100% urusan Jualan dan Hasil kepada Tok , Bukan Tok jadi kuli atau cuma tumpang nama tok di dalam Blog itu, Ada juga barang TOK MUDA di dalam blog itu untuk di maharkan.
Sekali lagi bagi pihak MyG Kedai Ayah Pay, Tok memohon Maaf kepada pelanggan tersebut , Sudah bayar tapi dapat barang bentuk lain kelebihan sama. Bagi Polisi tok sendiri yang kita pakai sejak 2012 , pelanggan akan di beri pilihan samada memilih brg lain atau refund, namun sejak Awal tahun lepas polisi kita tiada refund kerana kita dapati selepas refund pelanggan terus tak datang ke blog untuk berurusan. Jadi sebaiknya di beri barang yang di pilih dan pelanggan dapat barang dan berpuas hati atas pilihan yang dia sendiri setuju. Tok pelik juga , kenapa selepas refund terus tak datang blog, Bebal sangat dah ke sampai macam tu sekali... sepatutnya lah kan bila lihat kami MAMPU refund wang anda, anda harus kekal dengan Kami kerana kami ada JAMINAN, ini tak..kami refund, anda pergi hilang dan kemudian ke kedai lain. Kemudian jadi benda yang sama di kedai lain, anda tidak dapat refund, anda nak sebut nama kami ...Kedai Ayah Pay pun boleh refund, kenapa awak tak boleh buat......MAKA bergaduh lah kami 2 kedai 2 peniaga kerana ulah pelanggan macam ni... sepatutnya dah kita tunjuk kita mampu refund, anda harus gembira kerana anda jumpa 1 kedai yang boleh beri jaminan dan terus kekal dengan kami...ini tak.. terus blah macam tu je, mentaliti apa pun tak tau lah huhu.. Then jumpa peniaga lain, jadi benda yang sama , tak dapat refund ..nak marah pula.. PENIAGA tu bukan kami di sini, jadi setiap peniaga bukanlah sama. Tu kena tahulah sendiri. .............Namun begitu, Akibat kejadian ini yang bukan sekali.... maka kami tarik kembali POLISI refund kami, mungkin anda familiar dengan perkataan ini di mall mall, kedai kedai iaitu " GOOD SOLD ARE NOT RETURNABLE " . Sistem ini bukan kami memandai mandai, ia memang wujud..cuma sebelum ini memang Tok bagi kemudahan refund untuk jaga pelanggan, tapi bila refund , pelanggan tak pandai jaga kami. Maka Polisi itu Tok Tarik semula kerana ia tidak di hargai.
Tok di Kelantan ni agak lama sikit memandangkan jalan Grik agak teruk sekarang. Dan tok sebenarnya tersadai di sini kereta tok rosak akibat jalan berlubang teruk, Mujur tok berjalan dengan Krew maka ada kereta 1 lagi yang boleh di gunakan. Alhamdulillah.
Selepas ini akan ada barang barang yang datang dari tok dan penulisan tok sendiri.
Bagi reseller sila lihat halaman Copy Right yang tok tulis baru baru ini Jika anda nak guna tulisan dan kemudahan di sini utk diri anda. AUDIO memang tidak di benarkan langsung, kalau tok jumpa di mana mana media, siaplah tok kerjakan. Tak jumpa tak apa.
Tok ada lancarkan PAKEJ REMAJA Pada malam ini jam 9malam.. bagi yang tak faham bolehlah pm tok direct 01133012715
Tok sedang pertimbangkan order selepas ini semua ke hp tok, tapi nanti dulu..tok masih pertimbangkan.. sebab kalau anda dah pakat tala mai kat tok, tok lagi takda masa nak buat benda lain. So buat masa la ni sila PM admin macam biasa.
berita faham tok. tersangatlah benarnya jika seller bertanggung jawab maka buyer xperlu risau. saya berurusan hampir 6 - 7 tahun alhamdulillah, sgt2 bertanggung jawab.
BalasPadamalhamdulillah, terima kasih atas sokongan
Padam