Bermula Minggu lepas, tok sudah mengambil alih semula syarikat My Gemstone dan ZiZ masih terus berjalan seperti biasa, cuma sahabat tok kini tiada di Malaysia , oleh demikian blog tersebut hanya menjalankan sebarang produk yang ada sahaja buat masa kini.
Bonda JJ pula kini menguruskan keluarga dan Kebun , Haaa dia pulak uruskan kebun. Saja tok bagi bonda uruskan kebun nak bagi dia tengok dan rasa macam mana 4 bulan tok rasa haha. Di kebun tu macam macam benda lah nak kena buat dan lakukan dari pagi sampai ke petang.
Hujung bulan ni baru tok pulang ke sana dan Bonda pula ke sini selama lagi 4 bulan, dan lagi 4 bulan tok pula duduk di kebun, macam tu lah kami sekarang . Masalah yang berlaku ialah kerana kami tiada pekerja yang nak jaga kebun, itulah masalahnya. Ramai dah datang Interview, tapi bila melihatkan anjing anjing tok yang saiznya macam serigala, semua lari balik hahaha.. Tu hari ada 1 hamba Allah ni.. dalam telefon kemain lagi cakap " keluarga sy memang dok main anjing sejak lama dulu "...kita pun kata lah, ha baguih la lagu tu mai la Interview dulu, dia mai ja, telan ayaq liuq member. Piiii lagu tu saja.
1 lagi Hamba Allah nih haaa siap tunjuk bull dog dia lagi.. mai kebun dan tengok...Nahhhh.... senyap tak kata apa... balik juga.. hurm.. dah takda org nak kerja walau tok nak bagi RM 2000 sebulan. Maka tok dan Bonda terpaksalah gilir gilir jaga kebun tu. Tu lah masalahnya ada kebun , hakdui la. Jadi jem habis semua kerja. Sekali dengan Tok jem.
Mokala bab hantu jin tu in Sha Allah memang boleh di katakan takda dah yang nakal nakal, semua tok dah ambil tangkap dan maharkan di blog ni.
Sekarang tok ada di Kelantan membuka kawasan sana sini, agak busy juga kerana kawasan kawasan ni bukan dekat dekat. Sampaikan nak jumpa rakan rakan di Kelantan pun belum sempat, bila dah siap setting semua, tok pula positif tapi tak teruk macam org lain, amboih dia kena jugak tu. Tapi dah berhari hari tahan dengan pemagar dan zikir dan amalan pelindung, kena sakit kepala sikit..tok rasa migrain tok lagi sakit dari ni dulu masa ada migrain. Kiranya masih boleh bawak kereta lah lagi ulang KB jerteh dan KB ke Pasir Mas dan KB Ke Dabong... Hari ini 2 hari dah tok takda rasa dan bau, muga dah dekat 10 tahun dah tak kena benda lagu ni. Jika bagi tok dan pengalaman hidup tok. Ini bukanlah penyakit yang di war warkan, kerana tok masih ingat sepanjang hayat tok selalu je dulu kena selsema, batuk atau demam , kalau selsema tu memang boleh hilang rasa dan bau.
Yang tok pelik tu kenapalah org kita ni mudah lupa.... acer ingat semula sepanjang kita hidup ni kan tak pernah ke kena selsema?..demam?.. takda rasa dan bau?... selalu je kena terutama bila ada selesema.
Kalau kena takda rasa dan bau tu, ambil cuka letak di kain kecil dan hidu, In Sha Allah sembuh.
1 LAGI Tok terpaksa meredamkan FB Wirna Wijaga tok agar tidak di kesan siapa gerangan diri tok dari Keluarga Bakal Mertua di Kelantan ni. Tidak semua org mampu menerima gelaran Pawang tambah tambah nak jadi menantu mereka.. depa ingat aku ni pawang kampung kot.. haha.
Sebenarnya dalam 3 bulan ini , yang lepas tok sudah berkahwin dengan seorang gadis kelantan .. Namun perkahwinan kami bertahan 2 bulan apabila akhirnya ibunya di hasut abg abgnya yang dapat mengesan tok ni berstatus Pawang dan Juga Org dalam.. Ibu mereka pernah kena sihir dengan madunya dulu, jadi bab Mistik ni memang agak sensitif bagi mereka, sementara status tok sebagai "org dalam" juga di kesan dan mereka fitnah tok mengatakan tok ni kongsi gelap..nah.. walau isteri tok tu tak kisah dan faham, tapi biasalah... generasi tak berapa reti apa ni macam abg abg dia lebih ada kuasa kuat dalam keluarga.
Tak lama kemudian selepas 8 hari tok alihkan pandangan ke Tunangan tok yang ke dua ( waktu ni tok ada 2 tunang lagi ) . Alhamdulillah status tok di terima tapi tu lah...haha tok kena redam dulu id wirna wijaga dan media media tok lainnya, Jadi harap kawan kawan dapat faham. Sekejap sahaja.. sekitar 11 bulan hahaha, 11 bulan tok kata sekejap noh...
1 Tunang lagi berada di Kuala Terengganu dan In Sha Allah jika Tiada Aral melintang tok akan mengambilnya sebagai isteri dan meletakkannya di Perlis bersama bonda sambil melakukan sedikit perusahaan Keropok atau Tanaman Hidroponik.
Pada tahun ini memang tok sasarkan untuk memenuhkan Kuota untuk tujuan persiapan akhir zaman.... Jika org tanya .APA KAITAN AKHIR PERSIAPAN AKHIR ZAMAN DENGAN PERKAHWINAN?... Jawapannya ialah KAWALAN dan PENGURUSAN apabila sampai waktunya. Dan yang Kedua Ialah ANGKATAN dari kaum keluarga sendiri, samada ipar duai dan anak anak.
PENGURUSAN :
1. Pengurusan Kawasan
2. Pengurusan Makanan
3. Pengurusan Kesihatan
4. Pengurusan Tindakan
Maksudnya 4 Isteri ini akan bertugas seperti Pegawai Pemerintah untuk tugasannya. Tok tidak harap dan percaya org luar yang tidak tok kenali untuk atau tok kenal lagu lagu tu saja untuk ambil alih tugas tersebut, takut buat kepala sendiri kerana setiap unit ni ada anak buahnya sendiri.
Tok sudah sediakan kawasan dan in Sha Allah kawasan ini akan di luaskan lagi dari masa ke semasa .
Sejarah sudah pun membuktikan apabila kita memberi kuasa kepada org lain menjalankan tugas, pada akhirnya kita sendiri yang akan di singkirkan dari tanah , kedudukan sendiri. Jadi dengan cara ini sahaja Pengurusan Tapak Perlindungan itu dapat di laksanakan dengan baik tanpa ia jadi berpuak puak.
Bangsa kita terkenal dengan Keberanian, Tapi bangsa kita juga terkenal dengan Pembelotan serta Pengkhianatan. Bukan tidak pernah berlaku Apabila Raja Sendiri di singkirkan 1 keluarga apanila berlaku rampasan kuasa.
Jadi ini lah maksud tok mengumpulkan 4 isteri dan merekalah Laksamana, Merekalah Pegawai Pemerintah di Tanah Tok sendiri, dan Bukan org luar .
Sekiranya berlaku apa apa ke atas negara ini, sesiapa juga di benarkan duduk berlindung di sana, tapi perlu ikut peraturan yang akan kami tetapkan. Tak boleh buat kepala sendiri. Nak buat kepala sendiri juga.. sila keluar. Tok pun tak mau pening kepala.
Jika ia belum berlaku pada masa kini sekalipun, Tidak apa.. Bermaksud di masa akan datang Generasi keturunan tok sudah pun berkembang biak dengan banyak dan In Sha Allah Kawasan Kebun yang ada itu cukup untuk mereka dan tok akan perluaskan lagi.
Ramai org di luar sana tok lihat.. mereka suka jual tanah dan bermewah mewahan dengan duit hasil jual tanah, berbeza dengan tok muda, tok kalau dah beli memang tok susah nak jual dan belum ada 1 pun yang tok jual semata mata untuk mendapatkan wang. Bagi tok biarlah Tok sudah demi perjuangan terakhir dan yang nak duduk dengan tok mestilah mereka yang mempunyai nilai jati diri yang tinggi , sayangkan ugama , bangsa dan Negara. Jika untuk bermewah mewahan . Ini bukanlah masanya lagi. Tok percaya Allah akan membalas pengorbanan tok ini dengan kebaikan di akhirat kelak kerana hati tok tetap berada di jalan perjuangan walau ia terkadang membawa kepedihan kepada diri sendiri dan org lain. Hanya Allah yang Tahu maksud dan niat di hati Tok.
PRU akan menjelang tidak lama lagi, sekitar 3-4 bulan sahaja, dan Tok berharapkan ada perubahan besar dalam Politik kelak yang mana mampu meringankan beban rakyat dan membantu rakyat, jika tidak seperti yang di harapkan, tok khuatir negara kita akan huru hara kerana tok tahu rakyat sekarang sedang memerhati dengan teliti, Jadi di harapkanlah agar ada perubahan yang baik nanti, In Sha Allah.
Mantap tok, sy berharap nk jd second wife kat seseorang ni tok haha. Tp tulah mcm sukar je. Ada yg boleh permudahkan tak tok? Biar bini pertama terima. :p
BalasPadamhurm mcm tu ye. sebaiknya nak jdi no 2 ni baik bini pertama terima, kalau x nanti ke depan jd masalah besar. ramai je bini no 2 bila suami meninggal dia terus jadi susah sebatang kara, ramai je.. sebab apa yg dia ada semua bini pertama tuntut ambik
Padam