keyword

Isnin, 7 Mac 2022

KEMBALI BERGIAT

 Assalamualaikum wbt dan salam bahagia semuanya,

Apa Khabar ?..tok doakan anda semua di dalam keadaan sihat walafiat tidak kira di mana anda berada in Sha Allah. Tok di sini Alhamdulillah okay sahaja, cuma batuk sebab tukar musim dari musim panas ke musim sejuk secara mendadak. 

Alhamdulillah tok kini berulang alik di Kedah-Perlis-Kelantan-Ganu setiap bulan , setiap minggu ... 1 minggu sana 1 minggu sini , hah lebih kurang macam tu lah.. Namanya pun cari nyakit. 4 Negeri 4 wife 4 bisnis dan 4 Office, cuma sekarang tok cuma ada office di Perlis yang di kongsi bersama Dato Zul. Lagi 3 tu akan di naikkan, di Kelantan Sudah Setup, Sudah Ada Krew sendiri penduduk tempatan Kelantan, Di Terengganu belum, Eh eh... kalau di fikirkan balik... Office di kelantan ada dah, di kedah ada dah, di Perlis ada dah... so yang belum ada di Ganu lah kan.. adoi penin dah tok pun bhahaha. 

Dah lama dah tak buat kije nyakit 4 bini ni. Penat toksah cakap lah, cuma sebelum ni tok tak revealkan kepada umum memandangkan ini bukanlah urusan sesiapa melainkan urusan Political issue, iaitu utk memudahkan urusan di mana tok berada.. Dia jadi macam dulu balik.. tok p Sarawak ada bini sarawak.. tok p Singapore ada bini Singapore.. p mana ada org jaga makan pakai ..maklumlah anak manjer huhu. Tok la anak manje tu. 

Hak baru tok amik sebagai isteri ialah Ore Klate berusia 20 tahun yang masih belajar di Uni Di Ipoh, Members FB maybe semalam ada nampak 1 video yang tok kata nk g cari tu... tak perlu cari, dah ada kat sebelah ni hah. 

Di dalam Politik pun tok dah slow kerana sibuk menguruskan perniagaan lainnya yang tidak perlulah tok sebutkan di sini sebelum ia berjaya , tok memaklumkan kepada Org kuat Parti bahawa tok calon ketua bahagian , yang buat kerja cari ahli bukan tok tapi calon ketua cawangan setiap daerah dan kenyataan ini di sokong sahabat tok yang memilih tok untuk jawatan ini beberapa bulan lepas. Bagi tok kalau ada rezeki adalah, kalau tak ada pun tak apa, sekarang pun tok sibuk dah sampai hanya tidur 1 hari 3-5 jam maksima. Sekarang tok dah boleh rileks sikit kerana semuanya sudah di setupkan dengan sempurna. Tok lengkapkan 4 wife ni tanpa pengetahuan bonda, baru semalam tok ada kekuatan nak bagitau dia ..bonda terkedu dan kemudian berkata " hebat laki aku" .. pahtu senyap jap then pagi tadi dah okay huhu, peluh dahi beb walau bonda tu jenis tu, tapi buat sesuatu tanpa pengetahuan dia bukanlah sesuatu yang dia suka sebenarnya huhu. 

Alhamdulillah sekarang semua dah siap setup tinggal nak beroperasi sahaja, semua tok uruskan seorang diri , Tok ada Personal Secretary tapi tok cuma arahkan dia utk bertugas di Perlis sahaja memandangkan dia perlu uruskan keluarganya , anaknya untuk urusan persekolahan dan urusan selebihnya tok uruskan sendiri. 

Pada hari ini tok berada di Negeri Kelantan untuk uruskan urusan di sini dan hari ini tok perlu ke Terengganu balik hari atas urusan NGO pula. 

2 malam lepas tok ke 1 lokasi di Pasir Puteh iaitu Kg New Zealand yakni kawasan Tok Kenali Beruzlah dahulu kala. Dan alhamdulillah banyak juga batu permata dari zaman lama yang tok perolehi, Kalau nak di kira lawa..memang tak lawa lah tapi khasiatnya.. NGAM.. Alhamdulillah. Korang tau Kg New Zealand kat Pasir Puteh tu?... kena pergi sekali kerana di situlah pemandangan macam New Zealand dan ada flying Fox terpanjang di Malaysia, Kalau tak Silap Tok dalam 2Kilo ke berapa tah panjangnya Flying Fox tu pergi dan balik.

Dapat barang di sana tu ..boleh tahan juga  tak banyak tapi kelebihannya memang KAW KAW. Kebanyakan keluar untuk persediaan PRU akan datang tahun ini. Mungkin ... tok kata mungkin ya... org yang bakal memiliki batu tok kenali ini kemungkinan yang  aktif dalam politik dan bakal di takdirkan menang. Jangan Pandang Tok.. Ahli Parlimen Kangar tak boleh jadi menteri Keh keh keh.. Kalau di calonkan dan menang lah. Takat tu saja tok boleh pi. Tapi macam tok cakap, TOK TIDAK BERHARAP .

In Sha Allah untuk menapak di Kelantan ni beberapa tempat perlu tok pergi antaranya Gunung Reng, Bukit Ikan, Gunung Stong, Pantai PCB ( korang ingat PCB tu kosong ke ) , Pantai Irama, Bachok, Bukit Kluang . Cukup setakat ni sahaja dari pecahan 4 kawasan dalam negeri kelantan ( tok yg pecahkan menjadi 4 ) , 1 kawasan ni pun kalau nak ambil tak cukup tangan dah. Paling best emas di kawasan Border berdekatan Gunung Reng hehehe... Tok dapat Scan Ada Emas besar di sana yg sudah keluar dari perut bumi tapi belum di ambil org, mungkin org di sana boleh bantu tok mendapatkannya. 

Alhamdulillah.. ni sat g jam 12pm tok kena bertolak dah.. semoga ada kesempatan tok singgah di Gunung Tebu untuk ambil sesuatu di sana In Sha Allah. 

3 ulasan:

  1. Tahniah Tok,cepat dah ada kat sebelah..👍

    BalasPadam
  2. Tahniah Tok,cepat dah ada kat sebelah..👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, tok cepat je buat keje, x perlu macam org lain nak kena lalu penghulu la, pej ugama la.. kita direct W.P terus . seminggu siap doc

      Padam

Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih