SOLD OUT
Video Keindahannya
Alhamdulillah ini ialah Yakuk Putih Raja, dan Rajanya Pun Tok belum ketahui apa namanya.... Dan..cuma ada 1 sahaja, hurmmm.. nasib laaa.
Tu ada tok sertakan videonya sekali, ada browser yang x dapat nak tgk video ini dan ada browser yang x dapat melihatnya. Tapi barang ni tak sama macam dalam gambar di atas, dalam gambar lain, x handsome.. x makan gambar org kata. hahha.
Kelebihan Yakuk Putih dari Sang Raja ini ...Ops sekejap..sebelum tu tok ceritakan asal usul Yakuk ini ya. Yakuk Ini dahulunya di lekapkan di hujung Hulu sebuah pedang tapi kemudian pedang itu hilang di medan pertempuran, selang beberapa hari Sang Raja membuka laci mejanya dan di dapati Yakuk ini pulang dengan sendirinya tanpa pedang. Pedangnya hilang terus namun batunya masih kekal setia. Sehingga kini yakuk ini tidak di gunakan kerana semua pedang Sultan sudah mempunyai Batu batunya sendiri dan akhirnya beliau memberikan kepada Penghulu Mambar jika mahu di gunakan di Pedang, namun sang Penghulu hanya mempunyai keris dan bukanlah pedang ( pedang hanya di gunakan untuk Raja Raja ), tidak ketahuan berbuat apa apa, Penghulu memberikan kepada Tok atas sedikit tebusan syarat .
Yakuk ini hanya untuk di pakaikan di hujung pedang atau di korek sarung pedang dan kemudain menanam separuh batu ini ke dalamnya.
Kelebihan Yakuk umumnya di ketahui sebagai Medium kebal darurat namun sejauh mana itu tidak di ketahui kerana kita belum pernah berperang di era ini. Namun Tok Mambar berkata " Letak saja di pedang samada sarung @ hulunya dan kelebihannya kamu tahu sendiri".
Kenapa begitu?... begitu apa?.. kenapa tidak di nyatakan kelebihannya?... Lihat Taming Sari.. Di dalam Kisah Sejarah adakah di ceritakan bahawa Taming sari itu memang asalnya Kebal oleh kerajaan Majapahit, Malah Hang Tuah terkejut ketika Taming sari ( Pemilik asal ) tidak cedera terkena tikamannya, ketika itu Hang Tuah beranggapan mungkin dari ilmu Pahlawan Taming Sari, Namun setelah berjaya menewaskannya, maka barulah di terangkan kelebihan keris tersebut. Adakah Hang Tuah menyembah keris ini?... tidak, tapi cuma di ambil , di pakai sebagai keris istiadatnya.
Untuk apa?.. Bila kita memakai sesuatu barang contohnya kebal, tapi kita tak tahu kebal itu datang dari barang hikmat itu, maka bila berlaku kejadian tikam menikam dan kita selamat, kita akan bersyukur kepada Allah. Berbeda dengan hamba Allah yang memakai azimat yang sudah di ketahui kelebihannya..bila jadi kemalangan contohnya ..dan tidak cedera, apakah perkara pertama mereka buat ...pegang di dada yang ada azimat dan kemudian berkata " mujur ada azimat ini ".... selepas beberapa minit baru nak bersyukur kepada Allah, Ini Masalahnya, Masalahnya ialah dia ingat kepada apa dulu untuk bersyukur?... Kerana itu guru guru zaman dulu terutama zaman kami belajar silat dulu, cuma buat air dan suruh minum, Kami sbg murid pun tak bertanya air apa itu, guru bagi kami azimat suruh pakai, kami pakai , dan guru cuma cakap " Pakailah benda ni, In Sha Allah moga selamat ".. just That. dan bila contohnya eksiden motor ke apa ke, x jadi apa apa..maka hal pertama kita buat ialah Sujud Syukur kepada Allah, dan kemudian baru teringat pemberian guru kita dan bila kita teringat kita bukan nak puji azimat tu sangat, tapi kita akan berdoa kepada guru kita , apatah jika guru kita itu sudah meninggal dunia maka kita akan ingat kepada guru kita itu dan menghadiahkan Fatehah kepadanya.. bukankah itu lebih cantik dari pada kita pakai benda yang kita tahu , kemudian kita rasa riak, ujub dan takabbur?
Kod Produk : YRAJA 241120
Bentuk : Yakuk Raja
MAHAR : RM 200
========================
CARA PAYMENT BARU
Jika anda menggunakan MAYBANK APPS anda boleh terus scan QR code di bawah dan terus melakukan pembayaran dengan mudah sekali
Klik QR Scan Di bawah Apps dan lakukan verifikasi
Kini Anda Boleh Melakukan Pembayaran Melalui TnG E-Wallet Dengan Scan QR di Bawah
========================
Siap Kos Pos, dont worry be happy untuk semenanjung dan Borneo kini
Pantangan Membeli Item Mistik ialah JANGAN meminta kurang kecuali di beri promosi, berkurangnya Mahar maka berkuranglah Khasiat dan kelebihan, Ini lah peraturan dunia Mistik Semenjak Berabad lamanya
*we use FREE Shipping In Malaysia
( No Postage cost will be charge )
Id " Tanpa Nama" @ " Anonymous", sila lakukan pengesahan id di no khusus yang kami sediakan yang berhubung dengan sistem canggih kami di +60178259540, Atau komen anda tidak akan di terbitkan
Hantarkan whatsapp nama anda dan komen GRAB yang anda lakukan di halaman tertentu
Bagi Pelanggan Baharu ( Id Baharu ) sila Whatsapp juga Nama anda ke Nombor ini Sebelum Komen anda di terbitkan
Kami ingin menggelakkan SPAM ID dari pesaing blogger lain yang meniagakan item yang sama Bidang
Sekiranya ada peniruan ID , Pihak kami akan merujuk kepada pemilik asal ID dan memintanya melaporkan kepada pihak berkuasa di atas penyamaran yang di lakukan
GRAB Melebihi dari 1 di dalam 1 Halaman Perlu pengesahan ID di 0178259540 KECUALI bagi OTAI LAMA BLOG, Jika Tidak GRAB anda tidak akan di Pamerkan
Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam, kemudian buat Ulasan PAYMENT DONE atau PD atau sudah bayar di bawah ulasan GRAB anda itu tadi. Langkah ini sangat penting kerana ia akan memudahkan semua pihak. Harap maklum.
Setiap permaharan atau bayaran hendaklah dimasukkan ke:
MAYBANK E-WALLET
Maybank 551016691626 My Gemstone
ATAU
Atau Jika anda ingin menggunakan medium RHB atau PAYPAL, sila rujuk header blog di atas akan maklumatnya .
Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke Bonda JJ ATAU Cik Balqis DAN En Iman Blog ini yang menjadi admin anda dan pemudah cara anda di dalam permaharan bersama GB
BONDA JJ : 0178259540
EN IMAN & CIK BALQIS
0127845231
Assalamualaikum tok..xdpt nk tgok videonye..bley mntk bonda antrkn video ker sy x?
BalasPadamw.salam wbt. videonya di youtube. kejap tok cuba adjust di youtube
Padam