Dengan izin Allah, energi permata ini berperanan memudahkan urusan pekerjaan dan pencarian rezeki.
Cuma persoalan yang sering timbul ialah: bagaimanakah sebenarnya ia berfungsi?
Hakikatnya, tidak semua peniaga menerangkan perkara ini. Akibatnya, ramai orang terus menganggap ia sebagai kuasa mistik semata-mata. Sedangkan, jika kita mengkaji dari sudut aura dan energi, kita akan mula memahami rahsia sebenar di sebalik tumbuhan, batu-batan dan permata ciptaan Allah.
Perhatikan sekeliling kita. Allah tidak menjadikan lapisan aura di sekeliling manusia tanpa tujuan. Begitu juga aura pada tumbuhan dan batu permata — semuanya wujud dengan sebab dan hubungan yang tersendiri. Setiap ciptaan ada fungsi, ada peranan, ada hikmahnya.
Batu permata asli mempunyai energi dan aura yang mampu berinteraksi dengan aura manusia. Yang ditekankan di sini ialah batu asli — bukan sintetik, bukan tiruan. Batu yang asli mampu menyerap dan bercampur dengan aura tubuh manusia secara semula jadi.
Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai kekurangan pada aspek aura tertentu — seperti aura keyakinan, daya tarikan atau “pemikat” — maka pemakaian permata yang mempunyai sifat energi tersebut akan melengkapkan kekosongan aura itu. Di situlah sebenarnya cara aura alam dan aura manusia bekerja: saling melengkapi, bukan saling bertentangan.
Persoalannya, bagaimana hendak membuktikan perkara ini?
Jawapannya, ia boleh dibuktikan secara visual melalui teknologi kamera aura.
Teknologi ini bukan rekaan baharu. Ia sudah lama wujud di pasaran antarabangsa, antaranya dikenali sebagai AURA 3000, dan kemungkinan kini telah ada versi lebih baharu seperti AURA 5000.
Nilai kamera ini sekitar RM48,000 pada tahun 2012.
Di mana khidmat ini boleh didapati?
Setakat yang Tok ketahui, pernah ada sebuah kedai di Komtar, Pulau Pinang yang menyediakan perkhidmatan fotografi aura, selain fotografi passport dan perkahwinan. Harga satu keping gambar sekitar RM45 (kadar tahun 2012). Harga semasa Tok tidak pasti.
Kaedah ujinya mudah:
Ambil gambar aura tanpa memegang sebarang batu atau geliga.
Ambil gambar kedua dengan memegang batu permata atau geliga tersebut.
Bandingkan hasilnya.
Jika masih ragu, Tok sarankan beli sendiri kamera tersebut — lebih telus, tiada alasan kononnya ada “trik jurukamera”.
Item yang dibincangkan ini berfungsi untuk menguatkan tarikan rezeki dengan cara melengkapkan aura tubuh yang mungkin suram atau lemah.
Kesannya, seseorang yang sebelum ini:
sukar mendapat pekerjaan.
susah menembusi projek.
cadangan sering di tolak.
kehadiran seolah-olah tidak dipandang.
akan mula merasakan perubahan pada respon persekitaran terhadap dirinya.
Ini adalah usaha, dan usaha jenis ini memang tidak semua orang faham. Pada mata kasar, orang hanya nampak ia sebagai perhiasan. Hakikatnya, ia bekerja di lapisan yang tidak terlihat.
Namun satu perkara wajib diingat:
solat dan ibadah mesti dijaga.
Kenapa?
Apabila seseorang berwuduk dan bersolat, tubuh akan menghasilkan energi baharu yang lebih bersih dan stabil. Energi ini akan melembutkan getaran aura yang sebelumnya kasar atau bercelaru. Dalam keadaan aura yang halus dan stabil inilah, pemakaian permata akan lebih mudah bersebati dengan aura diri.
Ambil contoh mudah:
Pernah minum air ECPI?
Bandingkan kelembutan air itu dengan air mineral biasa. Airnya lebih halus, mudah ditelan, dan cepat diserap oleh sel badan.
Konsepnya sama — cuma dalam konteks aura, bukan fizikal.
Malangnya, aura tidak boleh dikomersialkan secara meluas kerana bukan semua orang mampu memiliki kamera aura bernilai puluhan ribu ringgit hanya untuk tujuan pembuktian. Jadi, jangan terlalu cepat menuduh ia sekadar helah pemasaran. Fikirkan.
Kebanyakan peniaga kecil yang kita jumpa di tepi jalan atau gerai biasa hanya mampu menjawab: “Wallahu a‘lam.”
Sedangkan perkara ini sebenarnya boleh dijelaskan melalui kajian dan kefahaman. Ilmu ini bukan baharu, malah sudah lama difahami di luar Nusantara.
Jawapan paling mudah yang sering diberi ialah:
“Khodam.”
Mudah, ringkas, senang dijual.
Hakikatnya, ramai yang guna jawapan itu kerana tidak benar-benar faham apa yang sedang berlaku. Bila ada orang cuba jelaskan melalui pendekatan kefahaman dan logik ciptaan Allah, terus dituduh menipu — hanya kerana ia bercanggah dengan kepercayaan lama.
Kalau benar jin terlalu berkuasa di alam manusia,
esok KLCC sudah pindah ke Perlis,
bangunan KWSP Perlis pula berdiri di tapak KLCC.
Di alam mereka mungkin.
Di alam kita — tidak begitu.
kod produk :
Gkerezekian
bentuk : geliga
MAHAR : RM120
perhatian :
MULAI HARINI , TARIKH 30/12/2025, SELURUH GROUP PADUKA AKAN MEMBUAT PENGEPOSAN PADA HARI YANG SAMA PEMBELIAN . INI UNTUK MENJAGA KEHARMONIAN ANTARA PELANGGAN DENGAN KAMI .
MAYBANK
MYGEMSTONE 5510 1669 1626========================
CARA PAYMENT BARU
Jika anda menggunakan MAYBANK APPS anda boleh terus scan QR code di bawah dan terus melakukan pembayaran dengan mudah sekali
Klik QR Scan Di bawah Apps dan lakukan verifikasi
Kini Anda Boleh Melakukan Pembayaran Melalui TnG E-Wallet Dengan Scan QR di Bawah
Boost E Wallet
Setiap permaharan atau bayaran hendaklah dimasukkan ke:
ATAU





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih