keyword

Selasa, 14 Februari 2023

PERJALANAN SUDAH DI ATURKAN










Alhamdulillah , Perjalanan tok sudah di aturkan untuk Pergi ke Indonesia mengambil 2 Dewi Yakni Dewi Illyana dan Dewi Rasmani. Nak ambil kesemua sekali, tok pikir juga sebelah abah pun ada buyer juga dan mereka memaharkan lebih dari RM 10,000 per dewi. sementara tok cuma 2200-4400 sahaja. Jadi tak elok la tok nak p angkat semua. Melainkan ada pesanan bakal suami, maka baru tok ke sana. 

Tok ambil masa dekat setengah malam nak tahu di mana kedudukan Pasukan Abah pada waktu ini, Mereka di jadualkan Akan menuju Ke Acheh untuk urusan penting di sana ( ada cawangan perguruan di sana ) , kini mereka baru sampai di Palembang dan akan meneruskan perjalanan 2 hari lagi menuju Ke Medan sebelum menuju ke Dabau Toba untuk membuat beberapa tangkapan dari Golongan Jin, Bunian , Dewa dan Campuran. Sementara itu mereka juga melakukan rawatan dan pembanterasan Pengamal Pengamal Sihir hitam dengan menyebarkan dakwah, mereka bukan banteras dengan kekasaran pada kali pertama melainkan dengan dakwah dan peringatan. Korang ingat Indonesia tu takde law ke hahaha. 

Tok akan berjumpa dengan Abah di Hotel ini , sebenarnya perjalanan ini tok nak lakukan sorang tanpa sesiapa ikut kerana tok nak ikut Abah melakukan perjalanan ke Acheh, Dah lama tok x ke sana selepas Perang GAM dulu. entah apa dah jadi di sana, kemajuan dan pembangunan bagaimanakah, dan Ilmu KKST juga berasal dari Sana ( Kalimah Kilat Samudera 3 ) Samudera Pasai ( Nama lama Acheh ) 

Dalam perjalanan ini juga tok akan membawa pulang Minyak daun bungkus yang dah kehabisan Stock buat masa ini. Dan jika ada barang lain boleh la bawak balik sekali. 

Minta kenalan di Kastam Medan dan Kastam Penang Memberi laluan kepada tok muda in Sha Allah dengan memudahkan urusan Tok muda. 

Minta Hamba Allah di Sungai Petani Standby, kerana tok pulang pada 20hb, 23 hb tok dah bersedia menerima Tetamu untuk tujuan ini. Beliau pun pernah datang ke Kebun tok yang daif ini untuk bersua kenal dulu. Nanti jumpa lagi lah kita ya :)

Doakan perjalanan tok dan Puan Kai selamat.. tok risau perjalanan Puan Kai ni sebab semalam Doktor minta dia rujuk pakar kerana dengupan jantungnya terlalu laju dengan keadaan kencing manisnya yang luar biasa,Lepastu demam pula...sana sekarang ada variant baru, demam dan muntah muntah. Doktor kata abnormal, Memang wanita mengandung jantungnya laju, tapi bukan selaju Puan kai. 

Dia nak ikut juga, tok tak boleh nak menahan sebab Puan kai ni jenis degil ..patut la dia jumpa dengan tok sebagai jodohnya kerana tok ni kaki pertapa yang sabarnya tinggi, level tok jika tok menengking tu laki lain dah naik penerajang , kalau level lempaq barang tu laki lain level dah jadi ninja baling pisau bhahahhahaha, Gurau nah . 

Tok harap ayah tiri Puan Kai boleh ke sini dan menjaga kebun tok selama kami tiada . Jika tidak entah la apa akan jadi kepada haiwan ternak. Mati habis lah jawabnya. 

Ada sesiapa nak kirim Jodoh dari medan...tok dengar Perempuan medan Lawa lawa dan ketaatan mereka pada suami masih menebal.. ada sesiapa ke hahah. In Sha Allah ada jodoh tak ke mana nah. 

Semoga kita semua di berkati Allah dunia dan Akhirat. 


Org tanya tok... Hamba Allah di Alor setar.. tok p sana dah berdua, berapa dah tiket tok.. hotel lagi..makan lagi.. 

Tok menjawab sambil tersenyum. Jika berurusan dengan tok... wang bukan jadi masalah. PERKARA PERTAMA IALAH KEBAHAGIAAN PELANGGAN. Ada lah nanti tu rezekinya, In Sha Allah. :)...mana dapat tiket murah pun, tok bukan beli tiket sebulan awal. Dan hotel tu tempat abah, ikut jugak la kita pun.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih