keyword

Isnin, 30 Mei 2022

SEPASANG DELIMA PERMAISURI URDUJA

 




Bangun dari Tidur di alam astral, melihat diri sendiri sedang terbaring kaku, melihat sekeliling di dalam master room untuk mencari fokus, kemudian berjalan menuju ke Balkoni bilik , kelihatan 3 orang dayang memegang 3 jenis persalinan " Tengku.. mahu pakai yang mana hari ini?" tanya salah seorang dari mereka. Wirna Wijaga menuding ke arah Pakaian Emas Bersisik Naga bersama Kain Layang Belakang bersimbol kepala Naga, 2 dulang di letakkan ke tepi dan mereka mengenakan Baju Kalis, besi lengan, besi dada, besi betis dan peha meletakkan Helm berupa mahkota yang menutup keseluruh kepala kecuali mata, hidung dan mulut ( Bentuk kuku naga ) , akhir sekali kain layang di cangkuk dan senjata di tunjukkan " yang mana 1 kah senjata iring tengku mahu bawa?" tanya salah 1 dari Panglima yang menjaga , Wirna Wijaga berkata " Beta mahu membawa busur Rajawali dan Pedang Cura " , dengan segera dua senjata ini di berikan bersama keris emas, keris ini memang tidak perlu di tanya lagi, ia memang wajib ada. 




Wirna wijaga turun dari balkoni rumah dengan terapung dan kemudian melihat ke arah kawasan lapang yang juga Lapangan terbang Yang di sediakan , beliau menggeleng kepala dan memejam mata , Wirna membuka mata kembali dan bertanya kepada Panglima Iringan baginda " Sudah persiapkan kah bala tentera beta pinta semalam?. " Sudah Tengku , mereka akan sampai 4...3...2...1. Zuppp Langit kelihatan bersilau silauan dengan Warna emas.. 10 juta bala tentera sudah bersedia menunggu, Wirna wijaga mengapungkan diri dan menghadap keseluruhan bala tentera ini , melihat mereka sejauh mata memandang, amat ramai. Ini ialah Pasukan Khas Istana Kota Kayangan yang di peruntukkan buat Wirna di dalam menghadapi musuh baik nyata atau Ghaib. 

" An Naftar... KEMARI ...." Panggil Wirna.. Berdesup 1 lembaga berkepala Tengkorak Lembu berapi bertubuh hitam berbulu melutut di depannya " Arahan Tengku?" Tanya Panglima ini... Pengenalan An Naftar, ini ialah Panglima terkuat yang di miliki Baginda Sultan Wirna Wijaga dan sudah lama mendampingi Baginda sejak tahun 1998, sudah beberapa kali memerangi dan berjaya menawan lebih dari 100 kerajaan di Malaysia dan juga Indonesia... " AL MUSTAQ.. KEMARI " Panggil Baginda ... Sepantas kilat hadir 1 lembaga Berbaju silat dan belitup seluruh mukanya kecuali mata menghadap dan melutut " Tengku" katanya ringkas. " An Naftar dan Al Mustaq, kamu berdua mengetuai Sayap kanan dan kiri, hari ini kita akan ke kerajaan Jerai dan akan memusnahkan Musuh kesemuanya " kata baginda dengan suara kuat " HAummmmm " Balas kedua panglima dan kemudian mereka berdua dengan pantas ke kiri dan ke kanan bagi mengetuai pasukan di sebelah tepi. 

Baginda Wirna Wijaga memusingkan badannya ke arah Jerai dan Mengumpulkan seluruh kekuatan untuk menyatukan seluruh bala tentera dan ......... Zuppppp.. terus sampai Di Kawasan Jerai. 10 Juta bala tentera terus di kerahkan oleh 2 Panglima sayap kanan dan kiri ini mengepung Jerai , Baginda wirna terapung turun perlahan ke bawah bersama 1 bunyi nyaring nggggggggggginggggg membuatkan semua di bawah tertekan dan terduduk ( Tenaga dalaman bagi menunjukkan status  kekuasaan )   dan belum kakinya menjejak Tanah baginda terus bertanya kepada salah 1 dari pahwalan dan panglima yang menunggu " di manakah Khemah Puteri Urduja Tunang Beta" tanya Baginda Sambil menggertap gigi dengan pandangan pembunuh.. " Pahlawan yang sedang memegang seluarnya dengan kuat ini menjawab " Di..di sana Tengku " katanya sambil menunjukkan ke 1 arah.. Belum Kakinya menjejak tanah Kelibat Baginda terus menuju ke pintu khemah yang di maksudkan, pintu khemah di selak dan di dapati Puteri Urduja sedang duduk betimpuh dengan keadaan peha kirinya di balut kain ( Bandage ) , kelihatan wajah Puteri Urduja yang sebelum ini garang  hanya kelihatan lemah , kelihatan Mahkota kecilnya di atas rambut yang tidak bertudung. Baginda mendekati dengan lemah lembut " maafkan kanda kerana sebelumnya kanda hadir tapi kanda tidak pedulikan dinda" kata baginda sambil tangan kanannya cuba memegang Luka Di betis Puteri, Tangan Baginda di tepis dengan Kuat " dinda tak perlukan bantuan kanda hanya sedikit luka ini " katanya perlahan, " Luka Puteri memang kecil tengku tapi di dalamnya ada racun, ia melemahkan Puteri dan mungkin akan menyebabkan kecacatan kekal ( Parut ) " Kata Jururawat yang menjaga Puteri di sebelahnya... Memang di alam sana banyak ubatan bagus, tapi ia ampuh kepada manusia biasa yang racunnya tidak secanggih penawar, tapi di Alam Ghaib, ubat yang di sediakan untuk mereka tidaklah sehebat mana jika di bandingkan dengan racun di alam sana juga. 

" Mari Beta cuba ubati " apabila tiada lagi perkataan kanda, maka ia adalah sebuah arahan dari seorang pemerintah, maka Puteri Membiarkan Tangan Baginda Wirna Wijaga di lalukan 1 inci antara kulitnya dan di sapukan, Alhamdulillah lukanya serta merta sembuh, sebetulnya aura manusia yang Allah Keruniakan ini memang sempurna apatah untuk makhluk seperti mereka . Jururawat yang melihat berasa gembira melihat luka sang Puteri sudah sembuh sepenuhnya " Nah sekarang kamu hanya perlu berehat, Urusan Ini Biar Beta Cuba Selesaikan " .

Baginda keluar dari khemah Puteri Urduja dan terus ke Padang Shaff ( Jika di sana ia adalah ruang kosong lapang ), Tercari cari seseorang yang bernama Laksamana Puteri delima Merah, tidak ketemu, Baginda Menemu 1 Panglima dan bertanya di manakah Laksamana Puteri Jerai, Panglima ini cuma menundukkan kepala dan tidak menjawab. " Hurmmm. kumpulkan semua pahlawan yang masih tinggal " kata baginda kepada Panglima ini, sejurus kemudian kesemua Panglima yang tak sampai keberadaannya 100,000 bersama 17,999 kepala kecuali Urduja sudah berkumpul di hadapan. Mereka kelihatan bingung dan bertanya sesama sendiri apa yang hendak di lakukan.

"Beta bersama bala tentera beta akan menyelusuri laluan jin ini sehingga ke Lokasi mereka, kamu semua bergerak dan memantau kawasan Jerai dan jika ada jin atau musuh sila lakukan apa yang kamu perlukan, selebihnya adalah arahan ketua kamu sendiri." Perintah Baginda.... Kelihatan mereka menganggukkan kepala.. Ya,. tidak perlu mereka terlalu akur dengan perintah Baginda kerana mereka sendiri punya Pemerintah sendiri, cuma apabila kedengaran cadangan itu bagus dan menguntungkan mereka ( Tak perlu bersusah penat lelah ) maka mereka setuju sahaja. 

Baginda Wirna Kembali Mengapung dan menghadap ke arah Laut , mengerahkan seluruh kekuatan bala tentera di dalam 1 jalur tenaga dan Zupppp... mereka terbang layaknya macam superman mengikuti alur cahaya nipis Laluan jin , Baginda mati mati percaya bahawa kedudukan Jin ini adalah di Lautan, namun sampai di 1 tempat tengah laut , laluan ini Zig Zag ke atas seolah kembali ke arah mula mula mereka hadir iaitu jerai, cuma laluan ini meninggi ke atas . Pasukan Naga Emas ini terus menuju ke atas dan kemudian mereka sampai ke Lapisan awan pertama dan melihat di sebalik awan adanya lembaga lembaga Jin sudah bersedia menanti, mereka melancarkan busur dan jutaan anak panah bertenaga meluncur ke arah Pasukan ini. 

Peperangan yang sengit berlaku di antara Pasukan Naga Emas dan Juga Pasukan Tentera Jin Laknatullah ini , Pasukan Khusus yang terdiri dari Jendral Jendral Naga Mengelilingi Baginda dan menghalang dari serangan, mereka terapung mengikut apungan Baginda Sultan yang sedang menuju Ke arah atas awan dan...... Semasa Baru paras dada terapung muncul atas awan 1 lembaga besar bangun memegang Lembing Trisula Emas, mukanya menakutkan dengan mata bulat terbeliak , rambut putih yang mengerbang paras bahu dan badannya juga bewarna emas. Belum cukup tubuh Baginda muncul sepenuhnya ( parah betis ) lembaga ini menghalakan trisulanya ke arah baginda dan keluarlah percikan kilat dan percikan ini terkena ke dada baginda menyebabkan baginda terpelanting jatuh di atas awan, Para Jendral segera menyerang Lembaga ini kecuali 2 dari mereka menuju ek Arah Baginda untuk melindunginya, Nyata Semua Jendral ( 8 org ) hanya di lempar, di tampar lembaga besar ini, badannya tidak lut senjata, baik senjata tajam, atau senjata tenaga, semua tidak lut di badan lembaga ini. Peperangan terus berjalan namun sesiapa sahaja yang cuba mendekati makhluk besar ini akan terpelanting , malah cedera. Peperangan ini berlaku 2 hari ruang waktu bumi .

Lembaga ini berjalan perlahan masuk ke awan lain sambil di lindungi tenteranya yang lain lain dan mereka hilang di sebalik awan yang tebal. Panglima sayap kanan dan kiri cuba untuk mengejar tapi di tegah Baginda Wirna wijaga, baginda masih berada di dalam keadaan bingung.. tidak pernah baginda berhadapan dengan musuh sekuat ini. Arahan Berundur di berikan memandangkan pasukan musuh juga sudah tiada, Anggota Pasukan yang masih kuat dan tidak cedera mengangkat kawan kawan mereka yang cedera dan terkorban. Sultan Wirna Wijaga terkedu..... Bingung " Kita pulang saja " kata baginda perlahan. Pasukan ini yang suku darinya sudah cedera dan meninggal di iring pulang dengan semboyan dan pukulan gendang yang perlahan, Baginda Wirna Wijaga Bersama 10 Jendral Naga turun singgah di Kerajaan Hilir yang kebetulan Tok Naga Dan Ratu Sabiqin ada di sana. Baginda Turun perlahan di Lobi Balairung seri Kerajaan Hilir , kedengaran bunyi Gong di Palu " Kehadiran ***** Tengku Wirna Wijaga Masuk ke Balairungseri" penjaga balairung bersuara. Keadaan Balairung menjadi diam, senyap sunyi, Baginda juga berdiri dengan senyap menunduk ke bawah dan mengenggam kedua penumbuknya ke bawah. 1 suara bertaya " Kenapa Tengku Wirna, Kenapa Tengku Berdiam? Tanya Tok Naga.. Tidak semena mena Baginda Sultan Wirna Wijaga Mencabut pedang cura putihnya dan membelah lantai istana sehingga terbelah, kelihatan tangan dan matanya mengeluarkan api, kemarah yang meluap luap tidak terhingga, Suasana menjadi sepi dan hening Perlahan Baginda Sultan Mengangkat Kepalanya melihat Tok Naga dan matanya mengeluarkan tenaga api " baru pertama kali ini Beta berjumpa Pihak Lawan yang terlalu Hebat dan Gagah" Katanya sambil menekan Hujung Pedang ke lantai membuatkan lantai pecah dan retak. 

Tok Naga memerhati Baginda Wirna Wijaga sambil menggertap Giginya dan tangan kanan yang ada di bangku Batunya di hentak sampai terpecah Batunya " Musuh yang Bagaimanakah Kita Hadapi kali ini Tengku ?" Tanyanya Lantang marah.. Kelihatan Ratu Sabiqin Sudah tidak sedap duduk, Baginda Ratu Memperbetulkan kainnya dan kelihatan menelan air liur, " Musuh ini tidak pernah beta hadapi dan beta Sendiri tak tahu jenis apakah ia " Balas Baginda Wirna wijaga, " cuma Jika kamu berdua ingin hadapinya, berhati hatilah " Tambah Baginda Sambil Berpaling ke belakang dan berjalan sambil hujung mata pedangnya di seret di atas lantai. Baginda memang amat tidak berpuas hati, tiada keputusan di dalam peperangan ini, Kalah tidak, Menang juga tidak.. Pihak Musuh umpama memandang Pasukan Naga emas Baginda Seperti habuk yang bertebaran, Makhluk itu cuma berlalu dengan selambanya ke dalam Awan yang tebal tanpa apa apa perasaan dan tanpa sebarang kata kata. Baginda Terasa amat terhina dengan perbuatan Makhluk ini. 

11 Lembaga ini berdiri di Balkoni dan Terapung kembali ke atas dan terus menuju ke Kerajaan Kota Kayangan  ......

Baginda Menaruh dendam yang amat sangat kepada Lembaga Jin keemasan itu , namun Strategi perlu di aturkan kemungkinan mereka akan kembali atau kemungkinan kerajaan lain pula akan di Serang, Baginda Berdiri di Balkoni Istana ketika matahari berlabuh senja sambil baginda Melihat Suasana Kerajaan dan Rakyat Jelata di bawahnya... Siapakah Musuh itu... Baginda Bingung. 


=========================================

Ini ialah Delima Yang di berikan Puteri Urduja sebagai membalas jasa Memulihkan Luka beracunnya, Dan di dalam Delima Ini adanya Energy Pasukan yang terkorban .

1 Delima ini mempunyai lebih dari 21,000 Energy mereka yang terkorban ( kalau org biasa panggil energy pari ) dan energy ini cukup untuk memberikan kelebihan kepada manusia biasa dari :

Gangguan Saka

Energynya mempunyai semangat terakhir iaitu mengalahkan musuh dan ia akan memusnahkan musuh yang cuba melakukan onar kepada pemakai, samada jin atau Manusia sendiri, asalkan mereka mempunyai energy maka ia mampu di musnahkan 

Jika anda mempunyai Geliga Bekal Askar, Delima ini boleh di jadikan alat caj Askar Askar yang di berikan dan kekuatan mereka akan meningkat dari kekuatan kini. 

Perubatan celup dalam air, apa apa saja termasuk perubatan saka, gangguan, sihir, Ain, santet

Menggelakkan diri kena pukau

In Sha Allah




Kod produk : D5PURDUJA 29522
Bentuk : Sepasang Delima Bekal Energy
MAHAR : RM 330.25
RM 199.25

========================

CARA PAYMENT BARU


Jika anda menggunakan MAYBANK APPS anda boleh terus scan QR code di bawah dan terus melakukan pembayaran dengan mudah sekali

Klik QR Scan Di bawah Apps dan lakukan verifikasi

Kini Anda Boleh Melakukan Pembayaran Melalui TnG E-Wallet Dengan Scan QR di Bawah

Boost E Wallet


========================


Pantangan Membeli Item Mistik ialah JANGAN meminta kurang kecuali di beri promosi, berkurangnya Mahar maka berkuranglah Khasiat dan kelebihan, Ini lah peraturan dunia Mistik Semenjak Berabad lamanya



*we use FREE Shipping In Malaysia  
( No Postage cost will be charge )


"Id  Tanpa Nama" @ " Anonymous", sila lakukan pengesahan id di no khusus yang kami sediakan yang berhubung dengan sistem canggih kami di +60178259540, Atau komen anda tidak akan di terbitkan

Hantarkan whatsapp nama anda dan komen GRAB yang anda lakukan di halaman tertentu

Bagi Pelanggan Baharu ( Id Baharu ) sila Whatsapp juga Nama anda ke Nombor ini Sebelum Komen anda di terbitkan

Kami ingin menggelakkan SPAM ID dari pesaing blogger lain yang meniagakan item yang sama Bidang

Sekiranya ada peniruan ID , Pihak kami akan merujuk kepada pemilik asal ID dan memintanya melaporkan kepada pihak berkuasa di atas penyamaran yang di lakukan

GRAB Melebihi dari 1 di dalam 1 Halaman Perlu pengesahan ID di 0178259540 KECUALI bagi OTAI LAMA BLOG, Jika Tidak GRAB anda tidak akan di Pamerkan


Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam, kemudian buat Ulasan PAYMENT DONE atau PD atau sudah bayar di bawah ulasan GRAB anda itu tadi. Langkah ini sangat penting kerana ia akan memudahkan semua pihak. Harap maklum.

Setiap permaharan atau bayaran hendaklah dimasukkan ke: 


MAYBANK E-WALLET




MAE





Maybank 551016691626 My Gemstone
ATAU
RHB : 2012 9160 00660 3
ATAU
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com


BOOST E-WALLET
01111113044 



Touch N Go EWallet




Atau Jika anda ingin menggunakan medium RHB atau PAYPAL, sila rujuk header blog di atas akan maklumatnya . 


Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke Bonda JJ  ATAU Cik Diela Blog ini yang menjadi admin anda dan pemudah cara anda di dalam permaharan bersama GB






BONDA JJ : 0178259540




CIK DIELA

 0127845231 

5 ulasan:

Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih