Barang comey bohhhhhhhhhhhhhh..... sungguh comey.... dulu tahun 2011 harganya di Chowkit ialah RM 8000... ya ini cerita benar. Tok pula jual di Sarawak Dan di KL naik bas turun bas Masa tu RM 4000 sebiji, ada ke orang beli?... kalau takde orang beli buat apa nak jual boh?...
Tapi masa tu ada hak ni saja lah produk kita , tak macam sekarang, sekarang 1 hari macam macam barang kita ada kan.. dan berbeza pula.. so tak boleh la nak tekan macam dulu, tu lah namanya peniaga yang ada toleransi haaaa. Bila tak tamak maka Allah akan bagi lebih lagi boh.. trust it.
Loket ni bagus di pakai sebagai rantai, di tengah tengah badan ( dada ) dan ia akan menjadi perisai kepada tubuh badan dengan Izin Allah SWT.
Malah ia boleh di gunakan untuk merawat pesakit gangguan dengan cara di beri pegang, di tekan di dahi atau di suruh minum airnya atau di renjiskan di Tubuhnya, terpulang..ikutlah ilham yang Allah berikan kepada anda.
Ia melekat magnet pula, maksudnya ada kandungan kursani di dalamnya jenis besi, metal. Maka kelebihan lainnya ialah Kebal darurat dengan izin Allah SWT Alhamdulillah'
Batu Tok wali ni sebenarnya banyak kegunaan, nama dia pun banyak, Batu tok wali, taat wali, tabasher, serpentinite, Batu darah Naga, Batu Urat Naga ( zaman Gengkhis Khan ) . Kisah ia di gunakan di era Gengkhis Khan ini bukan tok yang cerita tapi "orang " tu yang cerita dulunya , tok tau dia masih dok membelek blog tok dan sesekali sekala membuka blog ini . Sebenarnya kisah ia di gunakan di zaman Gengkhis Khan ini sudah kita rujuk sehingga ke kenalan tok di Bangkok yang mana kenalan ini ibunya berketurunan dari generasi Genghis Khan sendiri dan mengetahui sejarah Genghis Khan dari awal sampai habis. Tapi tok tetap meneruskan akan cerita ini kerana hampir 60% peminat batu permata utara menghafal bahawa batu ini pernah di gunakan di zaman itu. Maka tok full stop saja sampai di sini kisah itu .
Batu Taat wali sebenarnya telah lama di kenali di dalam Tanah Melayu dan di gunakan secara meluas bermula dari kaum orang asli sebagai medium mentawarkan beberapa jenis penyakit antaranya ialah berkaitan kepala dan usus. Tapi bila mai ke zaman ni ada pulak keluar nama baru dan di katakan penemuan baharu. Ini agak pelik sekali. tak pelik bagi yang tak tahu , tapi bagi otai otai lama ia memang sebuah kepelikan yang dasyat. Cukup lah kalau bagi tok nama Taat wali, Tok wali itu sudah sedap di dengar dan ia ada sejarah tersendiri kenapa di namakan begitu.. kisah seorang insan yang bertapa di rimbunan buluh dan kemudian ada beberapa orang yang berjumpanya dan ingin mencari penawar , lalu batu taat wali ini yang sebenarnya ialah batu Buluh di ambil dan di berikan sebagai penawar. Ini kerana pertapa bukanlah seorang yang kurang ilmu, kalau kurang ilmu dia takkan sanggup bertapa, kalau dia tak da ilmu dia takkan duduk dalam ilmu begini yang merangkumi ilmu perubatan.
Bab kekebalan?... jika pada tok ia lojik akal kerana ia berdasarkan kursani , itu saja. tidak lebih dan tidak kurang.
KISAH MANUSIA YANG SOMBONG & ANGKUH
Pernah dulu ada 1 hamba Allah yang sombong bertanyakan kepada seseorang yang menjual Besi kursani dari Kuala Ketil, peniaga ini hanya fokus kepada besi kursani sahaja, namun kerana busuk hati Hamba Allah ini sanggup memalukan peniaga ini di hadapan awam di sebuah expo....ditanyakan sebuah soalan untuk memalukan dan mengaibkan peniaga ini. "Kalau bumi tak pernah hasilkan besi.. dan semuanya datang dari meteor dan meteor ini bawa kursani, maka atas zink rumah itu juga adalah kursani lah ya"...... Soalan ini di sambut dengan gelak tawa para pengikut beliau ketika itu . Peniaga ini tidak terkata apa kerana tidak mahu bertikam lidah. maka dengan bijak dia hanya berlalu. Tapi jika tok ada di masa itu aku tak sebijak itu untuk berlalu, malah tok akan bertanya pula, bagaimana besi zink rumah di buat?, adakah kursani itu di ambil seketul , di lenyekkan dan di buat zink?, apakah komposisi zink dan apakah jenis jenis metal untuk menghasilkan besi zink bumbung rumah ?. Jawapan yang bakal keluar itu akan melenyekkan dan memerangkap dirinya sendiri. itu saja. Kalau tok, tok selalu bertanya soalan yang mana bila di jawab sendiri dengan ilmu maka jawapan itu bakal memakan tuan empunya jawapan.
Setelah bertahun berlalu, kini tok juga ingin bertanya kepada mereka yang mentertawakan peniaga besi kursani ini... DI MANA TAWAMU KAWAN?... Bonda JJ seorang isteri yang bijak kerana dia suka makan ulam ulaman , jadi nasihat tok, makanlah ulam ulaman banyak banyak agar akai tu ada.
Tok berasa geram juga kerana peniaga ini kawan dan merangkap murid tok, dia gembira tok gembira, dia sedih tok juga bersedih, Tak sepatutnya kita menjatuhkan orang ,aib di khalayak kerana seorang yang alim kata katanya adalah berhikmah dan penuh toleransi, kita pakai ketayap bukan sebab nak tunjuk kita baik, tapi kita pakai ketayap , serban , kopiah adalah untuk menjaga diri , akhlak kita , disiplin kita, malulah kalau kita pakai kopiah tapi mulut macam lahanat.. Tok mat takpa, aku pakai cap :p Sebab tok tau mulut tok ni berpuaka ( bertempat jugak la ).
Jadi sebagai manusia , paling kurang... kalau tak ingat ugama pun, ingatlah kita ada akai, dan kita kena saling menghormati. Bila kita saling menjagai, maka Allah akan jaga kita... Sehebat mana bodyguard kita ada, Allah lah Bodyguard paling hebat sekali buat kita. Sekian.
Kod Produk : LBTWALI 10719
Bentuk : Loket Batu Tok Wali
MAHAR : RM 120
PROMO RAMADHAN
RM 80
Assalamualaikum tok.grab 1pcs. Kalau sempat
BalasPadamw.salam wbt silakan aja bang man
PadamBang man grab 1 lagi 8A ya tok. Pd dh bagi bonda.
BalasPadamBaik. Terima kasih ya
PadamDetail hantar ke admin ya 0127845231
Padam