Assalamualaikum wbt semua dan selamat datang ke E-Kedai Ayah Pay.. Atau sebutan panggilan mulut sebagai Ayah Pai. Macam macam Gelaran Org panggil Tok semasa Hayat, Dari Sukma , Pawang Bukit Salak, Pawang Asmaradana, Tok Mat GB, Ayah Pai.. Lepas ni aku tak tau la nak jadi apa pulak, Tak Tupai entah entah Popeye The Sailor Man, Sailor ke Alam Barzakh Haha. Semua Org akan menghadapinya kan.
Ok, Atas tu... apa korang panggil?... Zamrud?..terpulang, tok ni menulis jenis batu tak ikut batu kerana nama pun Permaharan Geliga dan tok ikut apa nama org sana bagi, kalau tak ikut sat g takut ada yang merajuk, depa ni kalau merajuk teruknya tu 6x ganda dari kita.
Dan tok memaharkan atas nilai Topaz, uish.. topaz pun mahai tau sekarang ni, jadi macam ni lah, tok maharkan atas nilai barang sumberkan alam gaib saja , jadi tak la mahai mana. Org kata sesuai dengan harga minyak yang murah la ni, kalau minyak mahai kita pun paham maka kita letak slow sikit la.. slow pun agak agak atuitt la tak mau org marah ke kita , tok dah kena sound dah dgn sesama peniaga yg tak kenal beza mana peniaga dan mana pembekal, depa kata dalam perbualan mereka " macam mana nak ajar peniaga drop harga/pijak harga " huhuhu. Boh mahai tak kena, boh murah tak kena. Boh middle pun tak kena.. Last sekali balik kampung buat sawah bendang la senang bhahaha.
Kelebihannya ialah untuk penarikan kerezekian, item ni tok perolehi dari Wang Tepuih ( Tepus ) tepatnya di bukit wang lah masa musim doyan lepas , semasa ke sana tu sebenarnya takda niat nak ke bukit wang. masa tu tok dan bonda idam nak makan doyan kampung, tapi bukan kampung alam sini lah, terutama bonda tu. Kami bertolak dari rumah pun dah jam 6.15pm, sampai kat sana dah dekat jam 7pm. Sengaja tok nak test ilmu yang tok wariskan kepada Bonda iaitu ilmu ke alam lain. Dia yang bawak kereta dan tok cuma suruh dia ikut naluri dia mana mau di tuju. Akhirnya kami sampai di sebuah kampung yang dekat dengan bukit wang tu..kalau mau ikut tepi pintu masuk bukit wang tu bukan ada kg apa, kecuali hutan kiri kanan dan rumah dusun , dan jalan tu kalau di alam kita terus lagi cuma tangga bukit wang, Bonda pula 1st time ke sana. Umpama macam org tua melayan anak anak, tok cuma suruh dia berhenti di sini, di sana, lepak di warung durian , pilih durian, makan durian...tok pulak buat dek je takda cakap haa kita dah sampai alam bunian, takda, memang tu cara dia, kita tak boleh nak excited dll, sebab bab alam gaib ni dah banyak fitnah salah 1nya apa kita makan tu, bukanlah apa yg kita nampak di alam kita, jadi pertama tok x mau wujudkan was was pada bonda dan kedua tok tak mau wujudkan 1 suasana kurang harmoni di antara kami dan org alam sana...bukan boleh dok tunjuk haa tu org bunian, haaa tu org haluih..dah kita duduk alam dia dah dan kita kena kontrol perlakuan tak senonoh , perenguih kita ni.
Di 1 warung yang depan, kiri , kanan belakang dia semua durian, warung, bukan macam pasar malam tu, depan kami hutan, belakang kami hutan, ada kereta kami saja park situ, bonda ni dah excited tgk durian macam macam jenis , ada durian kerbau, durian manor, durian apa lagi tok lupa dah nama dia, durian badang dll..hak tu saja tok ingat nama, tak da nama D17 ka, D12 ka, xda xdak. Memang sedap sedap, ada rasa yg macam gula, ada yang seratnya pekat nak telan pun melekat di tekak.. Bonda dah excited dan tenggelam dalam keterujaannya memakan durian bersama air kopi yang lezat sekali. Pakcik dan makcik tu tak habis habis melayan kerenah kami , tok cuma... qeryeh ( sengih ) melihat bonda gembira.. dia tak sedar dia di mana.. yang dia cuma tau durian tu sedap heheheheh. Sempat lagi bonda cakap nak beli tanah area tu, segar dan masih berhutan kayu kayu lama, tok masih sengih macam kerang busuk...masa mampu nak membeli tanah kawasan ni kalau.....
Setelah makan kami pun beredar dan sampai di 1 kawasan antara pekan jitra, tok suruh dia stop kereta dan tok senyap.. tok paling melihat bonda dan tanya " sedap makan tadi?".. bonda yang macam kanak kanak kegembiran membalas dengan berkata " sedap sangat, tak pernah rasa durian macam tu , murah pulak tu, isk tak boleh jadi ni, esok kita p pulak kanda na ?"... tok cuma sengih dan berkata " esok takda dah..kita p tadi tu alam depa".. bonda gelak..dia tak percaya..sebab dia yang bawak kereta tu masa p dan balik.. tok sengih lagi dan kata... " kalau tak caya, jom kita patah balik".jalan tu straight je patah balik dari tempat kami stop ... bonda kata " ok jom patah balik".... patah balik punya patah balik.. sign board demi sign board, bonda dah hairan... pelik.. mana kampung tadi sebab di hujung jalan yang dah gelap cuma hutan dan " selamat datang ke bukit wang". kereta dah tak mampu nak ke depan kerana di depan cumalah laluan pejalan kaki naik ke bukit wang.. "mana kg tadi?", Bukan kat sini ke tadi "...tok hanya sengih, dan sengihan tok bertambah luas , bonda dah seram, tok nak gelak, tok cover sat g kot kena cubit.. bonda melihat tok dan berkata " eyy betullah aku ni bukan kahwin dengan manusia".... teringat kata kata ayahnya di Ganu dulu berkata kepadanya " mu kenal mana manusia pelik ni?" hahaha... " laki mu bukan manusia, laki mu org bunian "... ayahnya tok moh di kg wakaf tapai nu, ma dia bidan.. Ma bonda ni, 1st time jumpa tok terus menurun..macam biasa..tok cuma sengih kerang busuk.. Bukan 1x org kata macam ni dekat tok, jika di kenangkan kembali masa tok menikah org johor dulu , pakciknya di melaka siap telefon dan bagitau mak dia " yang datang umah engkau tadi bukan manusia , tapi org bunian". Guru tok di Felda Papan Timur Iaitu Arwah Wak Yatim juga berkata " ramainya datang , cucu sy kecik kecik lagi kalau nak meminang"..padahal tok cuma datang sorang.... tok ni memang la manusia, betullah apa depa kata tu, yang mai tadi bukan org, dsbgnya sebab tok berjalan sorang tapi hakikat berjalan ramai ramai. Yang kelih..kelih la.. x kelih toksah mintak nak kelih. di rumah Pa Tabib Jengka 17 dulu pun sama juga, kisah tok bertunang dengan puteri Gunung senyum anak yang di tukar dari peneroka jengka 20, Pak Tabib dan isterinya melihat luar jendela rumah mereka dan katanya ramai org tok bawa ...macam biasa tok cuma sengih sahaja, x boleh nak kata apa sat g tersilap cakap lain pulak jadinya..tok cuma 1, tak mau org taksub dengan tok dan tok tak mau perhatian dari org umum, bagi tok, diri tok bukanlah sesiapa, jika bukan kerana moyang, keturunan dan izin Allah tok cuma manusia biasa. Dan kita macam ni memang selalu kena sedar dari mana kita datang dan kena selalu ingat paling penting ialah niat kita dengan Allah SWT. Tok sayang mereka semua yang ada di samping tok dan tok tak mau akibat sedikit tergelincir maka tok kehilangan mereka di sisi tok , merekalah kawan, merekalah sahabat dan merekalah saudara yang tok ada dan mereka sentiasa jujur dengan tok, tidak seperti saudara2 alam nyata kita yang kita tidak tahu entah apa hati mereka dan bila mereka mampu berubah membelakangi kita.
Aih, jauh bercerita pulak ni... kembali kepada geliga di atas. Semasa kami nak sampai ke kg warung doyan ( durian ) tu bonda nak berhenti solat katanya belum solat tadi di rumah, kejap lagi nak maghrib dah, lalu tok suruh dia berhenti di 1 rumah papan dan di situ cuma ada 1 makcik tua yang sudah menunggu untuk menyambut kami di pintu masuk rumahnya, tok tak keluar dari kereta , bonda saja keluar dan meminta izin dari makcik ni @ tok panggil Nenek Yah ...Bonda tak kenal sapa nenek ni dia cuma tau dia nak tumpang solat, tapi tok kenal nenek tu, kami cuma senyum antara 1 sama lain. Bonda ni kalau dia bersolat, mau mau dekat 1 jam, tak kira la umah sendiri ke, masjid ke atau rumah org. Selesai solat dan nak masuk dalam kereta nenek ni memberinya 2 biji Batu ini dan beberapa barang lain dalam 1 bungkusan batik kecil, mereka bersalaman dengan mesra , bonda masuk dalam kereta dan dia berkata " baik sungguh makcik tu , telekung dia pun masih baru dan wangi, duduk sorang ke dia haa, anak anak p mana habis, kerja di bandor kot no" .. tok hanya sengih dan mendiamkan diri, sambil kami berlalu melambaikan tangan ke arah nenek tu....hehhe.. bonda kalau dia tau sapa nenek tu, mesti dia akan ketakutan yang amat sangat.... tu nenek kebayan kawasan hutan tepus. kalau dia nampak rupa sebenar nenek tu tok sure dia akan ketakutan yang amat sangat. Tu bukan Bunian, tapi itu ialah JIN. Nak panggil bunian bagi org biasa pun panggil lah, bagi tok dua dua sama je, jin pun bunian , bangsa Rahbaniyah Keturunan Nabi Isa pun Bunian. Yakni manusia halus yang menetap di alam bunian sejak ribuan tahun dulu. Jin pulak jenis yang suka menyamar jadi manusia, pun org panggil bunian... Bila ada ilmu membezakan baru tahu , contohnya kuih karipap yang di hasilkan dari kilang dengan kuih karipap yang di hasilkan menggunakan tangan...,eh teringat karipap ni teringin makan karipap la pulak skrg hahaha.
Kelebihannya utk penarikan kerezekian , memudahkan urusan dunia dan barang ni alami.bukan isian.
Kod Produk : TOPAZ 16820
Bentuk : Topaz
MAHAR : RM 200
========================
CARA PAYMENT BARU
Jika anda menggunakan MAYBANK APPS anda boleh terus scan QR code di bawah dan terus melakukan pembayaran dengan mudah sekali
Klik QR Scan Di bawah Apps dan lakukan verifikasi
Kini Anda Boleh Melakukan Pembayaran Melalui TnG E-Wallet Dengan Scan QR di Bawah
========================
Siap Kos Pos, dont worry be happy untuk semenanjung dan Borneo kini
Pantangan Membeli Item Mistik ialah JANGAN meminta kurang kecuali di beri promosi, berkurangnya Mahar maka berkuranglah Khasiat dan kelebihan, Ini lah peraturan dunia Mistik Semenjak Berabad lamanya
*we use FREE Shipping In Malaysia
( No Postage cost will be charge )
Id " Tanpa Nama" @ " Anonymous", sila lakukan pengesahan id di no khusus yang kami sediakan yang berhubung dengan sistem canggih kami di +60178259540, Atau komen anda tidak akan di terbitkan
Hantarkan whatsapp nama anda dan komen GRAB yang anda lakukan di halaman tertentu
Bagi Pelanggan Baharu ( Id Baharu ) sila Whatsapp juga Nama anda ke Nombor ini Sebelum Komen anda di terbitkan
Kami ingin menggelakkan SPAM ID dari pesaing blogger lain yang meniagakan item yang sama Bidang
Sekiranya ada peniruan ID , Pihak kami akan merujuk kepada pemilik asal ID dan memintanya melaporkan kepada pihak berkuasa di atas penyamaran yang di lakukan
GRAB Melebihi dari 1 di dalam 1 Halaman Perlu pengesahan ID di 0178259540 KECUALI bagi OTAI LAMA BLOG, Jika Tidak GRAB anda tidak akan di Pamerkan
Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam, kemudian buat Ulasan PAYMENT DONE atau PD atau sudah bayar di bawah ulasan GRAB anda itu tadi. Langkah ini sangat penting kerana ia akan memudahkan semua pihak. Harap maklum.
Setiap permaharan atau bayaran hendaklah dimasukkan ke:
MAYBANK E-WALLET
MAE
Maybank 551016691626 My Gemstone
ATAU
RHB : 2012 9160 00660 3
ATAU
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com
ATAU
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com
Atau Jika anda ingin menggunakan medium RHB atau PAYPAL, sila rujuk header blog di atas akan maklumatnya .
Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke Bonda JJ ATAU Cik Balqis DAN En Iman Blog ini yang menjadi admin anda dan pemudah cara anda di dalam permaharan bersama GB
BONDA JJ : 0178259540
EN IMAN & CIK BALQIS
0127845231
Salam Tok...grab
BalasPadamWslm wbt. Silakan tuan
PadamPD Tok
Padambaik, terima kasih
Padam