SOLD OUT
Alhamdulillah Ini ialah pemberian Dari Puteri Ratna Sari Purna Dewi & Duli Yang Mulia Hj Raden Nik Bukhari Alam Shah Yang kini bersama sama di Alam Ghaib Laut. Perjanjian tetap perjanjian tok tak boleh buat apa. Suaminya ialah Anak murid lama tok dan sudah pergi meninggalkan kita di dunia sementara ini. Itu ialah Murid ke 3 yang pergi kerana ada asam garam. Yang mana pelanggan yang ambil asam garam dan bukan murid, tok tak tahu apa status mereka kini.
Ada org tanya , apa jadi kepada mereka di alam sana?.. kalau mereka mengahwini Puteri ya sudah tentu mereka di angkat menjadi Pemerintah dan Mereka berdua akan di berikan Samada kerajaan Pusat Atau kerajaan Jajahan untuk memerintah.
Rahsia kenapa Puteri Bunian Ingin berkahwin dengan manusia kita ini ialah untuk merangkul kerajaan, kerana dia tahu dirinya bukan pewaris takhta kecuali mungkin anak saudara kepada Sang Pemerintah, Namun apabila dia mengahwini Manusia di alam kita dan apabila tempohnya sampai, Suaminya akan di " Ambil" sebagaimana yang sudah di janjikan dan di sana mereka berdua terus di angkat sebagai pemimpin sesebuah kerajaan dan hidup dengan Aman, Kaya dan Mewah sehingga kiamat. Tok juga ada asam garam yang sudah tok buat semasa usia 17 tahun namun isteri bunian di sana yang ada janji itu sudah tiada ( meninggal ) dan kata penasihat kerajaan di sana, perjanjian itu tetap tidak berubah kerana Tok sudah memiliki Puteri Balqis, Kini Permaisuri Urduja dan Kelak Ratu Balqis, nak lari memang tak boleh dah dari perjanjian ini. Sampainya tok berserah sahaja kepada Allah bagaimana ingin di perlakukan selepas "meninggal Dunia" samada kekal di alam barzakh atau di pindahkan ke alam bunian sebagaimana org org lama yang pernah berlaku 1 masa dulu ( hilang dari dalam kubur mayatnya selepas 2 minit di kuburkan ).
Kerana itu tok tidak ingin menawarkan asam garam kepada anda pertama kerana tidak kasyaf dan kedua anda sanggup meninggalkan anak isteri anda?.. jika anda sanggup melihat mereka menangis dan melihat mereka tua dan mati, silakan, Ya, anda nampak tapi anda tidak boleh berbuat apa apa. Masa di sana lambat 10 tahun di sana di sini sudah hampir 100 Tahun. , Tapi ruginya ada 1.... Jika Kiamat itu lagi 20 tahun, Maka anda cuma ada 2 tahun sahaja di sana untuk berbuat amal ibadat dan kebaikan, kerana itu org rahbaniyah itu badan mereka tidak pernah lekang dengan air wudhu, muka mereka sentiasa kelihatan basah . Mereka berkata " Sedangkan khalifah pun ( manusia ) boleh terkena bahang neraka, ini kan kami ".
Org pandai pandai termasuk ustaz di dalam bidang ini menyatakan Alam Bunian / Kayangan itu umpama separuh Syurga, Ya ia benar. Mungkin kerana itulah ramai manusia tergila gilakan untuk berhijrah ke alam sana.
Baik settle bab tu ya. Di atas ialah geliga Rezeki Ratna Sari Purna Dewi. Semasa lawatan mereka ke majlis keraian tok ini mereka membawa banyak item dari kerajaan Laut, Murid tok kelihatan segak dan tampan, namanya Cik N***. Pelanggan kita juga dulu, mukanya berseri seri sekali. Alhamdulillah kesusahannya semasa hayat dulu Allah berikan dengan kenikmatan. Semasa hayatnya sebelum "Meninggalkan dunia " suntikan yang di berikan oleh orang sana menyebabkan dia mengalami panas di tulang belakang ( kunci Haq ) kundalini , kadang kadang sampai berteriak, seorang kenalan juga pelanggan blog ini memberi maklum kepada tok dan tok cuma mendoakan kepada Allah Sekiranya dia masih ada hayat maka sembuhkan. Itu sahaja. Pelanggan tu juga dah takda kat sini, mungkin dia marah dengan tok, nak marah.. marah lah.. bukan pilihan tok dan awal awal sudah tok jelaskan dan ia di persetujui, tok bukan tanya sekali , tapi lebih dari 7x adakah keputusannya sudah benar benar masak di fikirkan, Dan akhirnya ritual di jalankan di Pulau Besar oleh seorang Ustaz yang juga murid tok utk di kahwinkan dengan Dewi Laut ini. Biar lah org nak kata apa pada tok. Allah saja yang tahu, masyar ada, sama sama lah kita tonton.
Geliga Rezeki ini bagus untuk melancarkan masyuk rezeki anda dengan izin Allah berasbabkan Tabaaruk Ini maka In Sha Allah Allah akan permudahkan. Yakin dan Tawakal kepada Allah, Usaha kita sudah buat ya.
Kod Produk : GKIWIL 28221
Bentuk : Geliga Kerezekian
MAHAR : RM 77.25
========================
Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam, kemudian buat Ulasan PAYMENT DONE atau PD atau sudah bayar di bawah ulasan GRAB anda itu tadi. Langkah ini sangat penting kerana ia akan memudahkan semua pihak. Harap maklum.
Setiap permaharan atau bayaran hendaklah dimasukkan ke:
MAYBANK E-WALLET
Maybank 551016691626 My Gemstone
ATAU
ATAU
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com
0127845231
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih