Assalamualaikum wbt dan salam bahagia
Anda bersama Tok Sekarang di dalam halaman ini. Di atas sebagaimana yang di janjikan. Minyak Penguasa Laut dan Minyak Pengasehan.
Di dalam setiap kantung itu adanya 2 botol minyak yang berbeza harumannya.
Di Bunjut guni pula ada Logo Kerajaan Tasek dayang Bunting yang samar samar kelihatan
2 Benda ni iaitu :
Botol
Logo
Tidak dapat tok tayangkan di sini kerana khuatir di tiru, kalau cop kerajaan ledang pakai stamp pad orang boleh tiru dengan Modal RM 25 logo ini juga mampu di tiru oleh pesaing lain , Botolnya special, itu tok boleh jamin, tapi sedia maklum anda bukan nak pakai botol gantung di leher, anda nak pakai ialah Minyaknya.
Keempat minyak ini ( 2 set ) di berikan oleh Sang Puteri Merugai Lela yang sebelumnya jam 2am datang mengilai, tapi bila di lihat tok cuma berespon " aku penat hari ini , malas nak layan kau "... Mungkin anda tak faham.. sebab tu lah dalam page tok, tok ni cakap banyak.. ok tok ceritakan ya.
Pada hari pertama kumpulan Kami sampai di Pulau Langkawi, Kami membahagikan kepada 3 kumpulan, GM dan Pewaris yang hadir ialah 9 orang. Di pulau Selat erang seramai 5 org , di gua langsuir 4 orang sementara tok, bonda dan anak tok berusia 4 tahun di pantai langsuir.. bukan nak kata hebat tera mana sangat.. tapi takda manusia bawak anak kecilnya ke pantai berhantu macam tu dan bermalam di sana... tok dah maklumkan kepada GM semua tujuan tok bawa Putri Annisa ialah utk menguji ilmu tok sendiri. Ya.. kemungkinan boleh berlaku macam macam salah 1nya yang glamer berlaku ialah ada kes kanak kanak berjalan ke pantai dan laut dan kemudian lemas atau hilang, khemah kami betul betuyl mengadap pantai. Kami sampai di pantai berkenaan pada jam 6.45pm selepas selesai menghantar peserta ke semua lokasi dengan boat fiber 12 org.... Sebelum tok lupa..jika anda mahu ke lokasi kami pergi @ ingin bertanya tentang lokasi kami pergi bolehlah menghubungi Taukey Boat En Shahrim : 013-4497167...jika anda nak ke mana mana di langkawi tu guna boat boleh pakai boat beliau, bayaran juga adalah berpatutan..kalau tak sure anda kena sembelih, x percaya cakap tok x apa, yang nak di bayar duit korang gak, bukan duit tok wakaka..
Pada waktu kami mendirikan khemah , jam sudha menunjukkan 7malam.. tiada sesiapa di situ kecuali kami 3 beranak. Bonda macam biasa keluarkan baju baju dari dalam bag slow slow, lipat la apa la.. kita ni pemagar pun belum buat lagi dia dah suruh kita buat itu dan ini, yang Putri annisa macam kanak kanak lain, menjerit kegembiraan melihat air laut dan ombak. Seketika suasana menjadi hening, seram dan mengerikan.. kami terpisah dari manusia lain. Bunyi hutan mulai kedengaran, dan ada bunyi luar biasa dari bunyi hutan ini ( cengkerik dll ) di sebaliknya ada bunyi suara suara wanita dan dengusan nafas, sesekali tok berpaling ke tepi melihat ke arah hutan.. tok cuma risaukan binatang buas.. kalau kita sorang takpa.. nak mati ..kita sorang.. Segera tok ambil tali rafia yang di bawa dan terus menarik tali sempadan, agak besar kawasan yang tok tarik itu utk memberi ruang kami bertiga bergerak di waktu malam. Anak tok yang 4 tahun tu tak habis habis menyanyi, berjoget dll..itulah kali pertama dalam hidupnya berkhemah di tepi laut.
Selesai isya, ribut terus melanda, mujur khemah yang tok beli tahan kukuh dan kurang masuk air... bawak depa ni, tok pentingkan keselesaan, bantal angin dan tilam angin di bawa sekali, maka kalau ada air masuk di bawah tak terasa.
Jam 2pagi tok bangun untuk melakukan ritual dan melihat keadaan cahaya lampu solar yang di pasangkan...bangun saja tok terus terdengar bunyi mengilai.. dari tingkap jaring khemah tok menyuluh keluar arah belakang 45* khemah dan melihat dari bukit ada 1 kain putih melayang ke arah khemah kami, cuma mujur ada tali sempadan maka ia hanya betul2 dekat tali itu dan kemudian kain itu bertukar menjadi lembaga yang di panggil nelayan tempatan sebagai langsuir, pada hemat tok dan pandangan tok, itu bukan ori langsuir, itu cuma jelmaan utk menakutkan orang sahaja , setelah tranformasinya selesai ia berdiri di belakang garis tali dan kaku dan tok berkata " Aku penat hari ni, malas nak layan kau " memang badan dah berat sangat, letih toksah cakap.. kemudian tok terus keluar khemah dengan niat nak bersembang lagi dengan lembaga ini, namun ia terus menghilang. Tok terus menjalankan ritual umum tok sampai jam 4pagi bonda terjaga kerana merasa tok tiada di sebelahnya, Nisa juga bangun, "Ahhh kacau betullah "...mujur ritual juga baru selesai dan menunggu menyambut subuh. mereka berdua keluar dari khemah dan bonda tanya apa benda tok dapat.. dalam bonda dok membelek satu persatu poket2 nama tok melihat ada benda bergerak belakang pokok sejarak lebih kurang 9 meter sahaja dari kami. tok menyuluh dan dengan jelas melihat budak berbaju belang hitam putih , berambut putih, bermuka putih, tiada kelopak mata dan bulu kening sedang melihat ke arah kami.......terutama ke arah Anak perempuan tok Putri Annisa.. tok mengeluh.." Haishaaa...... dik... oo dik... meh sini meh ", tapi lembaga ini macam nak main sorok sorok ( silap tok tak ambil gambar sebab penampakan tu jelas ). dia terus memandang ke arah anak tok dengan penuh minat...tok terus mengajak , lama dia melihat . tok menyuruh Annisa masuk semula ke dalam khemah ... anak tok masih tak nak masuk, lalu tok jerkah " MASUK !!!"..... sebab apa?..... tadi tok panggil dia datang kan?.. tapi tak datang datang....... benda ni lagi lama dia pandang, lagi dia berdendam.. lagi kuat kehendak dia nak memiliki apa dia mahu , faham apa tok maksudkan?... tak faham sudah lah. malas nak jelaskan haha.
Hari kedua.. tok suruh boat ambil semua org duduk di tempat tok kerana 2 tempat mereka duduki langsung takda apa apa... Malam itu dan malam seterusnya , kami mendapat barang yang kami hajati, cuma ada beberapa yang tidak dapat memandangkan "benda langsuir " ni langsung tak nak keluar mengusik mereka.( yg mai tu semua dah power power dah ).... ni siri pertapaan GM ke 5 kot.. semua dah mantap mantap. Ritual tok di jalankan di dalam khemah kerana semua tempat Baaek dah di sapu GM GM haha. GM juga sempat meneroka sebuah gua yang jauhnya 60 meter dan di hujung hampir semua dari mereka mendengar bunyi kompang dan suaras wanita berbual bual, namun nak teruskan agak sukar kerana di hujung gua itu nak masuk kena merangkak, belut elekrtik juga banyak.. tok rasa korang pun x sanggup nak merangkak masuk dengan belut elektrik 40,000 V dok main main dalam air gua. Di dalam sana juga mereka menjumpai benda komunis 5 warna.. wah wah wah.. sarang komunis rasanya.
Baik, selesai serba sikit cerita mengenai pengalaman kami di sana deh.
MINYAK PENGUASA LAUT
Minyak ini kegunaannya untuk Kerja kerja menteri, nak jadi calon PRU, nak jadi ADUN, PM, MB, nak Apply kerja pengarah dalam jabatan dll. In Sha Allah dengan bantuan kerajaan Tasek akan di hadirkan Petugas petugas ghoib untuk menundukkan umat manusia, membinasakan musuh PRU calon lain dan mengekalkan kedudukan, CARA PAKAI hanya di pakai di Dahi tarik ke Ubun Ubun, Kemudian di pakai di kedua bahu, colek sikit sahaja kat bahu ( kena kulit ) . Baunya Ya RAbb.. memang best...jgn dok pakai banyak2, membazir ya
MINYAK PENGASEH LANGSUIR
Ni saja tok bagi nama, nak bagi hangpa takut saja, nama sebenarnya ialah Minyak Puteri Merugai lela. Puteri Genik ini menawarkan Pengasehan jarak Jauh melalui asbab minyak ini dan berkata minyak ini ialah Minyak Paling berbisa yang tersimpan di dalam Khazanah Tasek Dayang Bunting Sejak Neneknya kembali ke Kayangan. Minyak ini di gunakan oleh Nendanya untuk menyeru Neneknya yang dulu Puteri Kayangan Untuk turun dan kemudian mereka berkahwin dan kemudian selepas di sembuhkan Ayahandanya , Puteri ini kembali ke Kayangan dan Anak serta suaminya di Sumpah Oleh Raja Kayangan sebagai Buaya Putih menjaga Khazanah di Tasek ini. Pada ketika ini pengkhianatan ini sudah berakhir dan nenek dan nendanya kini kembali bersama dan mempunyai 3 istana di sekitar kawasan Tasek Dayang Bunting dan di kurniakan Rakyat Kayangan Seramai 5000 penduduk permulaannya dan beranak pinak sehingga kini, Kisah ini tiada di dalam pengetahuan mana mana pihak kecuali tok , itupun setelah di beritahu oleh Sang Puteri.
Sebelum ini tok menentang keras minyak calitan di gambar. tapi melalui minyak ini dan sedikit ritual, pemilik boleh memiliki sesiapa sahaja yang dia kenal, mangsa juga kenal dia.. jangan buat ke Siti Nurhalizah Pulak, dia kenal ke korang ?.. kang dok melilau tak tahwan hala sebab tak tahu perasaannya suka kepada siapa, naya member. Mestilah kepada org kita kenal..
Calit di gambar sikit sahaj, cotettttt sikit saja... dan seterusnya kena pm bonda utk tahui apa ritual nya, ritualnya amat ringkas.. anak tok usia 12 tahun pun boleh lakukannya. Nak tulis sini ye lah korang juga faham... org akan tiru penulisan tok ni utk barang jualan mereka...kalau brg ni juga takpa lah, cthnya anda beli minyak ini dan kemudian pakai 100% ayat ayat tok..tu takpa, tok izin. tapi kalau pakai ayat tok, kemudian jual brg lain.. haaa, hak tu salah di sisi undang2 sekalipun, hakmilik terpelihara sesebuah blog adalah dari tarik dan masa ia di publishkan ke Internet. itu bukti paling jelas ya.
Ok tok teruskan.
Minyak ni susah dapat, sila faham dengan sesungguhnya.. jadi mahar tok minta di bawah ni cukuplah balik modal tok p langkawi sana dengan belanja dll.. tok sebut sikit sahaja.. tambang feri bawak kereta ke sana 1 biji p balik ialah rm 520.. tok bawak 2 biji na jadi rm 1040.. dari jeti nak ke lokasi dgn patah balik bagai rm 1050, minyak belum kira, makan minum belum kira , brg brg keperluan khemah belum kira.. gedebak gedebuk...sila faham. mahar di bawah ni nak ambil modal tok p sana saja ya... kalau tok nak kira 1 set ni ada 2 botol, tok boleh maharkan dalam rm 5000. tapi tok juga faham masalah PKP kita skrg ni. jadi mahar di bawah sahaja ya.
Mahar di bawah ni utk 1 set, 2 botol
Owh sebelum lupa, anda kena jemur di bawah bulan mengambang 15 melayu ( 15 rejab, 15 ramadhan, 15 syawal....kita panggil 15 melayu senang ) setiap bulan, jangan buka penutupnya, cuma letak macam tu sahaja dengan mendedahkan botolnya. ( buka dari kantung )
Kod Produk : MKUASALAUT
Bentuk : 2 Botol MKuasa Laut
MAHAR : RM 3000
Kod Produk : MKASEHPMLELA
Bentuk : 2 Botol Minyak Pengaseh
MAHAR : RM 3000
ANDA BOLEH GUNAKAN PROMOSI HARGA EMAS... SEBELUM BAYAR SILA TANYA BONDA, HARGA EMAS BERUBAH SETIAP HARI. JIKA ANDA GUNAKAN PROMOSI EMAS, KOS POS AKAN DI KENAKAN
========================
CARA PAYMENT BARU
Jika anda menggunakan MAYBANK APPS anda boleh terus scan QR code di bawah dan terus melakukan pembayaran dengan mudah sekali
Klik QR Scan Di bawah Apps dan lakukan verifikasi
Kini Anda Boleh Melakukan Pembayaran Melalui TnG E-Wallet Dengan Scan QR di Bawah
Pembelian Atas RM 700 ( Ikut Harga Emas Semasa ) Layak Menikmati Diskaun 50% dengan Program Rangsangan Belian Melalui Emas, Hubungi Bonda Utk Maklumat Lanjut
========================
Siap Kos Pos, dont worry be happy untuk semenanjung dan Borneo kini
Pantangan Membeli Item Mistik ialah JANGAN meminta kurang kecuali di beri promosi, berkurangnya Mahar maka berkuranglah Khasiat dan kelebihan, Ini lah peraturan dunia Mistik Semenjak Berabad lamanya
*we use FREE Shipping In Malaysia
( No Postage cost will be charge )
Id " Tanpa Nama" @ " Anonymous", sila lakukan pengesahan id di no khusus yang kami sediakan yang berhubung dengan sistem canggih kami di +60178259540, Atau komen anda tidak akan di terbitkan
Hantarkan whatsapp nama anda dan komen GRAB yang anda lakukan di halaman tertentu
Bagi Pelanggan Baharu ( Id Baharu ) sila Whatsapp juga Nama anda ke Nombor ini Sebelum Komen anda di terbitkan
Kami ingin menggelakkan SPAM ID dari pesaing blogger lain yang meniagakan item yang sama Bidang
Sekiranya ada peniruan ID , Pihak kami akan merujuk kepada pemilik asal ID dan memintanya melaporkan kepada pihak berkuasa di atas penyamaran yang di lakukan
GRAB Melebihi dari 1 di dalam 1 Halaman Perlu pengesahan ID di 0178259540 KECUALI bagi OTAI LAMA BLOG, Jika Tidak GRAB anda tidak akan di Pamerkan
Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam, kemudian buat Ulasan PAYMENT DONE atau PD atau sudah bayar di bawah ulasan GRAB anda itu tadi. Langkah ini sangat penting kerana ia akan memudahkan semua pihak. Harap maklum.
Setiap permaharan atau bayaran hendaklah dimasukkan ke:
MAYBANK E-WALLET
Maybank 551016691626 My Gemstone
ATAU
Atau Jika anda ingin menggunakan medium RHB atau PAYPAL, sila rujuk header blog di atas akan maklumatnya .
Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke Bonda JJ ATAU PN. EKA Blog ini yang menjadi admin anda dan pemudah cara anda di dalam permaharan bersama GB
BONDA JJ : 0178259540
Pn eyka
Cik Nurul
0127845231
Assalammu'alaikum, Tok Ayah. Saya sudi jadi saksi akan kebenaran cerita Tok Ayah. Sebenarnya, ketika para GM sedang menyediakan makan tengahhari, saya mendapat gerak ke suatu sudut muara di antara pertemuan air masin & tawar utk bertafakur di situ. sepanjang bertafakur, sy terlihat seekor buaya putih yg sgt besar datang di hadapan saya. Terdetik di hati,"Ooo...ada buaya putih rupanya kat sini."...kami hanya memberi salam & membalas salam je...tak rasa nak berborak. Selepas selesai buat keje sy kat situ, sy kembali ke kem utk berjumpa dengan Tok Ayah sbb nak rujuk hal tersebut, namun sy terlupa tahap gaban...apabila terlihat keindahan sebiji batu putih. Bila Tok Ayah buka cerita dari Puteri Merugai Lela, baru sy teringat kembali pertemuan dengan buaya putih. Selain tu, sy percaya Sang Puteri le yang berdiri di belakang sy ketika Tok Ayah melatih ketajaman kasyaf kami di malam ke-3.
BalasPadamw.salam wbt, Alhamdulillah, GM Nazri antara peserta yang hadir dan mengalami banyak kejadian best2. Tahniah tok ucapkan, nuh nazri..pulau Gong badak menunggu kita, tok x sabar tgu PKPD ni habis
PadamPuteri tu memang suka mengusik org nazri. Buaya putih tu mungkin nendanya atau ayahandanya, memang sebelum tok ke sana tok berurusan dengan 3 buah kerajaan demi memastikan pekerjaan kita selamat dari hasad nyata mahupun ghaib. ada kan tok bagitahu sebelum tu.
PadamApa pun in Sha Allah team kita jika ke sana lagi akan di sambut dengan baik , kalau hadir ia cuma hadir untuk menemani / berkawan. tapi awas semasa zikir jika ia hadir tukarkan zikir kalam kepada zikir nafas atau zikir jantung/nyawa agar zikir tak putus. Ada sudah tok ajarkan di kem dan sebelum kem lepas .
Tok gembira melihat GM GM dan pewaris yang hadir semua mantap mantap belaka. Ada GM yang meninggalkan kita kita ketahui mereka masih di dalam perjalanan mencari hakikat yg mereka tak cuba utk fahami. akibatnya mereka perlu mengulang semula dari bawah, sayang sungguh. Kita mahu mendidik percuma pun org tak mahu, mahu mendidik dengan berbayar org kata mahal.... sikap manusia..memang menakjubkan, boleh berubah ubah walau pun Allah sudah berikan Akal. Subhanallah
Saya layan membaca je. Nak beli tak boleh, sebab nvidia baru release graphic card baru. Gamers for life hahaha
BalasPadamX pernah bosan baca pengalaman orang lain.
Kerul 😁
gang
PadamAssalamualaikum, dapat juga dgr cerita & pengalaman Tok masa kat sana 👍
BalasPadamw.salam wbt . Alhamdulillah.. pengalaman bukan sesuatu yang mampu di beli dgn wang.. ia perlu kita lalui sendiri.
PadamTerpegun saya dengar cerita tok..hebat tok
BalasPadamtok tak hebat puan. ada lagi yg hebat dari tok ni :)
PadamSalam, Tok. Harga tu walaupum guna harga emas dapat 2 botol?
BalasPadamWslm wbt. Ya tuan
PadamTok kedua-dua minyak itu ada pantang tak?
BalasPadamJgn dilangkah saja tuan
PadamAssalam..ada sesiapa nak share dgn sy..utk minyak penguasa laut..sng sikit nak stdnby klu ada interview goverment
BalasPadamSalam Tok, saya grab MKASEHPMLELA dgn harga emas.
BalasPadamWslm wbt. Jazakallahu khairan kathira atas permaharannya ya tuan.
PadamPD
PadamSama²👍
ada lg ka minyaknya tok
BalasPadamjns ni xda dah.
Padam