keyword

Sabtu, 12 Julai 2014

MUSTIKA ULAR TEDUNG SELAR



Jenis ini layak Tok panggil sebagai Mustika , biar namanya agak menarik, nama mustik seperti bunyinya nama wanita , mastika dll.... 

Nama mustika adalah nama org indonesia dan ianya sama sahaja dengan geliga / permata / buntat / Gems..... lain padang lain belalang, lain tempat lainlah nama......

GUTS ini amat menarik , ia diberikan melalui mulut seekor ular yang mengeluarkannya, Tok takut dengan ular, cuma Tok yakin ular yang membawanya ini membawa sesuatu apabila ia enggan membuka mulut atau keluar lidahnya bila berdekatan.. Tok cuma berkata, " aku tahu dalam mulut kau ada benda, dan kau sembunyikannya, oleh sebab aku tahu, maka layak aku memperolehinya ..... Tak sangka ia menunduk dan mengeluarkan Mustika ini dan berlalu, lama Tok nantikan walau ia dah pergi.... agak selamat tok terus ambil dan.... haha... silat langkah 1000 la, takut mana tau tiba tiba terjulur balik dia mai, mampuih aku hah...

Alhamdulillah berani berani pun.,.. kalau benda bersisik ni, ampun la... geli...

Kegunaannya banyak sekali , hampir sama dengan guts perolehan lepas, alhamdulillah :

Kewibawaan ampuh
Pelarisan ampuh
Kerezekian
Penunduk makhluk ampuh 
Mampu mengawal suasana baik di pejabat atau di mana sahaja


Kod Produk : GUTS KENYIR 110714-450
Bentuk : Mustika
MAHAR : RM 450 ( FIX )
Memang murah sebab kita masih ikut harga lama... insyallah terbaik buat pelanggan GB dan TOK MAT GB 

16 ulasan:

  1. Wah..laju nye abg2 sekalian..xde rezeki :-)

    BalasPadam
  2. Kecewa...nampaknya tersingkir lagi saya...huhuhu

    BalasPadam
  3. http://geligabunian-ez.blogspot.com/2014/03/geliga-ular-tedung-selar-biru.html

    BalasPadam
  4. Geliga adalah panggilan org terdahulu... dan bunian juga panggilan org dahulu tapi bunian tetap jin ada yg islam & kafir tapi kebanyakan bunian ini penuh dgn tipumuslihat..
    org dahulu sbb masih xkenal sepenuhnya Ilmu Agama, Xfhm Agama, Al- Quran masih byk amal mantra syrik khurafat... dan bunian itu adalah panggilan org terdahulu. Sbb mereka ingat org bunian ini manusia boleh menghilng maklum anismes masih menebal kepercayaan karut..
    tapi dlm Al -Quran Xde sebut pun bunian ini yg ada Jin & manusia... syaitan iblis... jdi org bunian itu adlah jin yg tiiiinggal di gunung, bukit, seperti rumah mereka mereka tidak ada jasad...

    BalasPadam
    Balasan
    1. G debat dengan harun din lah... tok bukan utz

      http://www.darussyifa.org/SJ007.php

      Padam
    2. dan kita sefahaman dengan harun din.... ia bermula dengan bangsa jin dan kini ia berovelosi melalui penculikan manusia yang di bawa ke alam sana bagi di jadikan pemimpin , guru dan pengajar di sana.. ada manusia yang hilang masuk k sana menjadi guru agama, ada guru silat dan pelbagai lagi... percampuran manusia manusia yang hilang di sana mewujudkan sebuah bangsa baru di dimensi lain selain dimensi manusia.

      Seperti kita mengagungkan wali 9.... wali 9 tiada dalam Al-Quran dan hadis, namun mereka pernah wujud dan disebut sebutkan kita semua. Malah wujud gambaran mereka di jual di merata tempat dan negara.

      Kepercayaan kolot orang dahulu perlulah melalui revolusi atau perubahan mengikut kehendak masa dan zaman kini di mana pemahaman perlu dengan teliti perihal bangsa yang di panggil bunian ini.

      Sebelum adam dan hawa wujud, Allah telah meciptakan sebanyak 14,000 makhluk melata di atas bumi termasuk golongan JAN sebelum mereka ini di perangi dan di musnahkan... semua bangsa dan umat ada pengakhirannya dan kita adalah yang terakhir , termaktub di dalam ayat Al-Quran bahawa setiap umat ada waktunya .

      Di dalam pembelajaran Tok Mat GB memang kita menekankan asas nya bahawa bunian ialah manusia, namun apabila murid ingin belajar lebih lanjut, maka 1 amaran akan di keluarkan bahawa perlu berwaspada dengan tipu daya bangsa ini, seperti sedia maklum, Tok sendiri sudah beberapa kali " terkena " dengan bangsa ini , namun Tok meneruskan kerana apa?.... kerana ia adalah sesuatu yang boleh menajamkan amal dan akidah kita... bukan meninggalkannya dengan tanda soal sahaja.

      Asasnya.. ramai tidak akan tahu perjuangan TMGB selain memasuki kem mistik yang di anjurkan oleh Tok dan grup

      Padam
  5. bangsa tu menipu lg teruk drpd bangsa kita menipu ka tok mat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. semasa mula mengenali... nampak baik saja tuan.. kalau kita salah mau mau hukuman berat dia bagi. namun bila kita mengenali mereka....lama kelamaan mereka akan mengenakan kita semula , tok sendiri beberapa kali terkena... guru guru lainpun sama yang mana di dalam bidang mistik.

      X kenal kita nak kenal...bila dah lama kenal, kalau boleh kita x mahu mengenali mereka...

      Apa yang kita suka sgt mengenai mereka?.....

      kerana keayuan gadisnya?

      Kelawaan puterinya?

      mengapa hanya berkisar kepada Puteri?...di sana tidak ada puterakah?....

      Bila kita kaji semula... semuanya datang dari nafsu semata mata.... nak puteri for what?... why not putera?..... haaaa....jadi sendiri fikirlah .....

      Memang drg lawa lawa... mcm peserta kem lepas nampak , walau kaki sahaja dia mampu melihat...namun kaki saja pun dah comey dah...belum badan dan mukanya lagi....

      Bagi tok apa yang berlaku ialah asas yang Allah nak tunjukkan bahawa bidadari kat syurga nu lagi cantik dari bunian ini.

      Ramai org berpendapat bahawa bunian itu ialah Jin... namun semasa kami belajar hal hal bunian ini.bagi kami mereka yang berpendapat demikian ialah org org yang kecewa kerana tidak pernah atau tidak mampu melihat dan memiliki mereka... manusia sentiasa mempunyai hal hal iri hati, cemburu daaan hasad.. cubalah jika Allah membukakan mereka mata batin yang luas... nescaya mereka akan melopong dan takjub melihat segala ciptaan Allah dan rahsia rahsia Allah ini.

      Memang benar tidak disebut di dalam Al-Quran, namun ingatlah bahawa sebelum Quran..ada 3 kitab lagi sebelumnya, dan semua isinya bukanlah sama . Maka sebagai manusia yang berakal. mengapa tidak mengkaji?.....Bila mat saleh kaji...kita cemburu...nah...kan sudah nyata sikap manusia memang begini . untunglah jadi manusia ...jika jadi katak?

      Padam

Sila whatsapp admin 01110351710 bagi sebarang komen dan soalan. Terima kasih