Kod Produk : PLUMPUR 0802-250
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 250
RM 200 ( Fix )
Batu Petir ialah sejenis batu yang turun bersama sama petir menurut kepercayaan orang melayu, jenis jenis batu petir ialah :
PETIR NAGA
PETIR LUMPUR
PETIR PASIR
Dan paling tak rare serta senang dapat di kedai nurseri pokok ialah
PETIR API
Tok menyusun kesemua jenis ini mengikut gred dan pastilah yang di atas adalah yang paling RARE, sukar keberadaannya dan nilainya boleh mencecah sehingga RM 12,000 dan paling rendah pun ialah RM 3000 bagi yang tiada unsur kebal UMUM.
Petir lumpur adalah sejenis petir yang di dalam kategori sukar dapat kerana ia berada di dalam lumpur pada kedalaman paling cetek ialah 4 Meter. Untuk memperolehinya pastilah jika ada kawasan berkenaan di korek oleh JCB atau KOBE untuk sesuatu kerja, bentuk petir ini seperti mata gerudi berbentuk 3 segi , maksud tok bulat segitiga.
Kaum India menjadikannya sebagai Salah satu Bahan Sembahyang , apa nama batu tersebut, Tok sudah lupa, batu hitam yang di palitkan 3 line tu... maaf ..memang dah lupa akan namanya... jenis itu ialah jenis petir Api yang amat keras, turun bersama petir dan tidak pecah sama sekali. dan ia di anggap sebagai simbolik kekuatan .
Petir Lumpur bersifat sejuk dan panas ( ada keduanya unsur ), ia bagus dipakai untuk orang panas baran, sama juga petir pasir. Petir api langsung tidak sesuai dipakai jenis panas baran kerana ianya hanya berunsur panas sahaja.
Batu lintar / petir jika di pukul musuh , maka musuh boleh binasa dengan beragan tidak lalu makan selama 3 hari dan akhirnya jika tidak di ubati dalam tempoh ini akan meninggal dunia.
Samada pukul main main atau serius, asalkan pukulannya kuat sebagaimana petir menyambar, maka bisanya pasti terkena....
Indah sungguh ciptaan Allah
Besar Sungguh teknologi Allah kepada sebutir permata.....
Ada benda nanti tok akan Kongsikan..... Nantikan videonya tentang Teknologi Allah ini